Wednesday, 27 October 2010

Kisah Pengalaman Dalam Bas Buat Pedoman

Salam dan selamat petang rakan bl0gger, f0llower dan stalker blog nih :)
Hee..mulanya nak cakap aku heppi sangat kat rumah sekarang. Cuti semester la katakan. Sila jangan cemburu sebab Unisel memang cenggitu. Awal dari yang lain. Swasta la katakan. Pada adekku dan pelajar IPTA lain, diharap berjaya dalam final exam yang akan korang tempuh bulan depan kira-kira 4 hari dari sekarang..tehee :D Tapi rasanya kebanyakan student IPTA akan exam mulai minggu depan. Gudluck semua! (:
Aku dah selesai peperiksaan sabtu lepas dan sekarang masa untuk oliday! Alhamdulillah dah kat kampung halaman di rumah tercinta dan syurga pertama duniaku. Hari ni dah 4 hari aku di rumah. Sekejap je masa berlalu kan..tapi yang paling aku best, dapat lupakan segala masalah yang melanda masa kat kampus. Segala-galanya hilang. Noktah. Yang ada kebahagiaan dan keseronokan sahaja. Seyum puas! :)

Sini aku ada snap pic masa dalam mas on de way balik Kedah.Empat buah bas tolak satu,baru sampai ke destinasi. dan setiap saat amat mendebarkan walaupun kadang² bosan sebab sorang-sorang. Jadi ini la keje aku..ngee:p Eh hang tak malu ka Wia, dok snap-snap gambar dalam bas. Pengangkutan awam. Ramai orang..tak malu ek?! kalau dah suka tu..pandai² la kan kawan-kawan. Cari line..dan masa tu line aku clear sangat..wink*
keb0sanan*
kegedikan*
kecerahan terlampau *
Ye nampak kan perbezaan bas yang aku naik. Aku memang la suka sesangat menangkap gambar walaupun mimik berbeza tapi wajah tetap sama. Pabila naik kenderaan awam nih. banyak ragam dan karenah manusia yang aku jumpa. Bukan tu ja, bangsa,budaya dan agama yang berlainan pun aku jumpa dalam satu bas. Memang unik kan Malaysia tapi aku gerun jugak bila dah berlainan bangsa. Entah..mungkin sebab aku sorang. Huhu* Psst tapi tak selalu.


Ragamnya memang tak tercapai dek akal kadang-kadang. Baik peandu bas mahupun penumpang. Dan paling aku takut pabila oran yang dok sebelah aku tu lelaki. Tobat buat bisu 1000 bahasa T___T sebabnya aku cukup takut balik kampung hari tu bila tiba² aku terlelap. Entah kenapa perjalanan dua jam tu buat aku terlelap mudah. Huhu. Tapi tersedar bula orang cuit tangan aku. Rupanya seorang pak cik lingkungan 30an. Ok je la, dia suruh aku ubah beg galas aku. Sebab tempat lain dah penuh kan. Jadi aku tak kesah lah. Ubah ajelah. Kebetulan kali ni balik barang agak banyak. Huhu :( penatt..


Sampai katmana entah, mulanya aku tengok orang sebelah aku tu dok baca paper. Ok la kan. Tapi bila dia nak tegur aku tu, dia asyik siku lenga aku. Haishh..cam gerun pulak kan pakcik sengal tuh.Bila dia tanya aku buat tak tahu je dia siku aku untuk perhatian pada dia. Dah la bau mulut bau rokok. KUAT pulak tu bau dia.Ceit! Dah la tanya macam²..naik hairan gak aku. Dan satu lagi yang aku tak berkenan..dia tanya mana aku nak pergi, belajar mana, berapa orang kawan balik sekali, pastu nak tahu detail itu detail ini. Pertama kali kot orang macam nih. Aku dah naik takut tapi tak tunjuk sangat la kan.* Tapi dalam hati tuhan je tau =.="

Gerak geri dia buat aku tak tahan. Ceh. Jenuh mengelak. Dah la aku dok tepi tingkap. Lagi sekali tepi tingkap okieh. Naik sesak dada aku dengan pakcik tu. Tapi nasib tak lama situasi tu sebab dia dah sampai destinasi dia kot. Aku dah tak tahan sangat²..rimas kot² hal-hal yang bukan-bukan berlaku..selamat..Fuhh!! Okieh sejak lepas tu, aku dah berjanji dalam diri TAK kan dok sebelah tingkap lagi. Ni nasihat aku pada kawan-kawan Hawa..sebelum terjadi apa² yah tak di ingini Jaga lah maruah kita baik-baik sebelum tercemar. Huhu.. macam pengalaman la kan.. kecut perut Oooo.


Ok, memang agak lewat aku cerita tu, tapi nasib jugak aku tak apa². Buat-buat dia ikut aku tak naya ka?! Aku bersyukur sangat. Lepas nih akan lebih berhati-hati lagi. Selamatkan lah aku Ya ALLAH di dunia dan akhirat amin* Sebenarnya nak cerita awal tapi kekangan masa dan letih. Aku lengahkan dulu. Hukhuk. Selamat berblogging semua. Rajinlah BW untuk erat ukhuwah sesama bl0gger ye. Have anice day..See U! notacinta--> ambik pengajaran dari pengalaman adalah satu langkah berguna. Dan tak lupa, moga dear cepat sembuh..amin*
----:---'--{@
~Dawia Honeyputri~

2 comments:

  1. hahaha, tampar jerk muka pakcik tue :)

    ReplyDelete
  2. Myra pun ada penglaman ngeri gak nek bas..
    Ingat nak citer gak nanti utk sama2 beringat..
    TQ ye..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi