Thursday, 14 October 2010

.Motivasi Diri..Hooyeh !!.

Salam dan selamat pagi Khamis :) hari ni masih xda paper untuk exam tapi esok pasti ada kalau mengikut jadual yang ditetapkan. Aku baru lepas studi dan akibat kebosanan..erkk tak sebenarnya nak melepaskan stress aku on lappy dan blog jog umah kawan-kawan. Banyak informasi terkini yang aku dapat. Sambil-sambil tu aku jentik nuff yang bangun. Nuff yang tido, dah kejuttkan tapi ia cakap pagi masih muda. haha. Sekadar bergurau.

Pagi ni nak hapdate pasal kesihatan. Sejak kebelakangan nih, cuaca dibumi Selangor aku berpijak sekarang amat panas.Dan sekarang jarang turun hujan. Yang bestnya cuaca macam ni boleh sidai jemuran banyak-banyak dan yang pasti cepat kering..hurray ! tapi bila yang tak beshnya tido terganggu. Haip Dawia..time-time minggu peperiksaan ni ang tido ja kejanya ya. ngee:D itulah aku yang sebenar..lalalala~
Sekarang ni, bila dah masuk minggu exam, kesihatan kena jaga supaya tak terganggiu waktu menjawab nanti. Aku sekarang dalam proses menjaga kesihatan diri dengan tido yang cukup.*penting tu.. minum air putih dengan kuantiti yang banyak sehari. Cuba minum 8 gelas air sehari atau lebih sekarang ni.Tidak main hujan atau panas..yup itu memang bestkalau waktu hujan tapi bila panass itu keja gila jawabnya. Hadoii..
Tadi, aku studi aku teringat seorang kawan lama masa dibangku sekolah menengah yang tiba-tiba text dan terus call aku. Masa tu aku tengah buat ulangkaji. Nadia Saidin namanya. Lama jugak sembang sebab dia yang call aku tak la kesah sangat kan..nak nak dia dah keja kerajaan kat badan PTPTN..kira masyuk la jugak.

 Tiba-tiba dia cakap , pasal kawen.haha. Apa la si Nad nih tiba-tiba pulakk. Tapi dalam dok cakap cakap pasal tu, dia suruh aku jaga kesihatan. jangan makan garam banyak sangat dan jangan makan gula banyak sangat. huhu. Hempa semua paham dak apa maksud yang mendalam tu. Itupun salah satu dalam menjga kesihatan dalaman badan kita. Tapi disebalik kata-kata Nadia tu, jangan makan garam banyak sangat bermaksud jaga hati jangan dikotori dengan toksid natrium karbonat terlalu banyak seumpama meracuni hati dengan kata-kata orang.
Kedua, jangan makan gula banyak sangat seumpama jangan selalu termakan budi dan kata-kata manis manusia yang kadang-kadang rambut sama hitam tapi hati didalam siapa yang tau kan..aku faham bila lama letak fon dari dia. Besr dan terharu sangat bila ada kawan yang ambik berat dan hargai diri ku ini =) 

Betul tu, kadang-kadang aku rasa apa yang Nadia cakapkan tu. Tapi itulah lumrah manusia. Aku pun tak boleh lari dari itu. tapi bila dah time exam macam ni, masalah kesihatan fizikal dan mental jugak kerohanian perlu dijaga. Hati dan perasaan letak tepi. Cuma perlu ambik petua senyum selalu kadang-kadang penawar pengubat luka, Jadi kita akan ceria selepas tu. Sekarang nih, aku kena elak gosip-gosip, mengata orang dan seumpanya. Tapi serius, hati ni cepat sangat terasa hati dan cengeng walau hanya perkara kecil dan remeh.

Kalau macam tu, perkara yang perlu di elak dan bukan hanya pada waktu exam ialah kumpul dosa. Sebaiknya kumpul pahala dan pasti ganjarannya lumayan. Aku akan cuba sedaya upaya mentarbiyah kan diri untuk bekalan masa hadapan. Harap-harap berjaya. Blogger semua..harap hmpa semua pun mendoakan diri ni ye.

Semangat?..kadang-kadang aku tidak ada semangat sebab buhsan kot. Untuk sesuatu yang berbentuk hiburan mungkin siapa pun ada semangat kan. Tapi bila time studi contohnya. Semangat tu hanya ada sekejap je. Ohoho. Percaya atau tidak, manusia boleh belajar hanya pada sejam pertama. Masuk jam yang selebihnya. Ia cepat bosan macam aku. Dan bila bosan, fikran dan tak boleh tumpu. dan akhir sekali, segala bacaan yang dibaca dan latihan yang dibuat akan tidak lekat di kepala..huuuaa :"(

Okieh lah kenkawan blogger semua. Hari ni hari untuk ulangkaji aku untuk paper esok. Tapi aku sempat lagi bebel dan hapdate blog kesayangan aku nih..hehe:D cuma aku ambik prinsip mudah. Jangan biarkan diri dalam keadaan terlalu selesa dan terlalu stress. wink* Esok paper marketing. Doakan aku ye..moga sukses selalu. Akhir entri aku nak katakan, jagalah kesihatan diri untuk hidup seimbang dan sejahtera. Ecece dah macam pakar motivasi pulk kan. Dan pssttt sebenarnya tujuan aku pun memang nak motivasikan diri sendiri. Percaya atau tidak?..ia berjaya :)
Notacinta--> Heppi lunch buat buah hatiku dear<3 terima kasih atas segalanya sehingga kesaat ini. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.Alhamdulillah..bersyukur seadanya. okieh selamat berbl0gging semua (: Jangan lupa klik nuff aku ye. See U. Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga semuanya. Walaweh! perutt aku sekarang amat tidak selesa. Hah!jaga pemakanan jugak ye..moga keceriaan milik kita semua c(= Doakan kejayaan aku (",)
----;---'----{@
~Dawia Honeyputri~

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi