Tuesday, 5 October 2010

.TeraSa Letih Dan RiSaunya Hari ni.

Salam semua :) heppi m0nday! rasa malas dan penat sangat hari ni..tapi nasib tak banyak dan sharp sangat kelas. Sebab study week. Dan banyak jugak chapter yang dah habes belajar. Cuma U aku nia tak sama macam U yang lain ada study week bagai tapi katsini macam tak je. Huhu.


Hari ni aku kuat jalan sampai satu kampus dah tawaf.Berjalan berjalan dan berjalan tanpa henti dan last sekali letih dan sakit kepala jawabnya ! Sebabnya cuaca hari ni catat sejarah dalam bulan Oktober tak hujan. harap-harap malam ni hujan(",) amin*
Exam cuma tinggal beberapa hari lagi. Tapi persoalannya..aku masih tak pecaya. Haip! jangan pecaya sebab aku memang percaya exam tu dah dekat sebab tu aku d0k countdown selalu nih. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Tadi baru lepas settlekan asaimen akaun..tapi amat la fenin sebab buat dalam excel. Tambah-tambah pulak aku budak baru belajar..nasib badan la kan. Nasib due date di postpone Rabu ni..syukur sangat.So,bila aku dalam runsing aku taip dalam blog. Hilang sikit stress. Pecaya lah. Lepas taip ni nak sambung buat lagi. Orang tua-tua cakap jangan suka lengahkan pekerjaan atau sesuatu yang kita lakukan. Sebab keje akan bertambah dan bebanan jiwa jugak bertambah. Hmm aku setuju gak walaupun kadang-kadang keMALASan tu tiba. Maka tertangguh la keje aku macam sekarang nih.hoho o.O
Petang tadi masa aku pegi pasar malam, my dear call bagitau yang abangnya tak sihat. badan merah-merah, muntah dan lemah badan.Kesian sangat. Untuk pengetahuan korang..abngnya OKU cukup sifat. Tapi bisu.. itu je kekurangannya. Kesian sangat. Aku belum jumpa abang kepada my BF tapi penah tgk dalam pixca je.Kalau sekali nmpk macam orang normal berkaca mata seperti aku.Tapi, dia xb0leh bercakap..istimewanya abg kepada my BF kan?

Sebenarnya, aku pertama kali cerita pasal abg tue, tak bnyak sangat aku tau tentang abang apiz,namanya.Tapi, dear selalu bercerita. Tapi, hari ni abang Hafiz masuk hospital. Tadi maghrib my dear bagitau. Dear terlalu risau sampai tak selera makan..aku pun risau jugak. Sebab abang apiz sakitt..tapi dia tak leh cakap nak bagitau.Boleh korang bayangkan?..masa lepas maghrib tadi, abng apiz dibawa ke hospital dari apa yang dear bagitau dan ceritkaan padaku..sampai pukul 10,30 tadi,famili dear balik. Rupanya abang apiz kena tahan wad malam nih. Katanya nak operation..dan kata doktor paru-paru dia kecik, dan mungkin nak berair. T______T

Esok, my BF xkeje. Cuma aku harap operation tu berjalan dengan lancar. Okieh, dah nak sambung studi. Kelas awal pagi esok. Kalau aku bosan aku jog blog korang k;) Rasanya aku dah jatuh cinta untuk berbl0g,agagaga. Akaun..cepatlah siap!! satu lagi masalah..aku jadi pindah Shah Alam ke tak?huu* register hostel dah tapi tak lengkap sebab ingat dah nak kena pindah. Ouh runsingnya..dari sem lepaas lagi kata fakulti aku nak pindah..tapi sampai sekarang tak tau jadi pindah ke taak?. erkk. Apakah isu ni hanya nak bagi aku pening pala lagi dan lagi. Sebenarnya risau tempat tinggal. Dapat ke hostel nnt?..Bilik aku sekarang..sayang gila la dah beberapa sem di bilik yang sama. Katil yang sama. Serasi dah..hmm.


Selamat tgh malam semua;) sesiapa yang sambut besday esok..Heppy bufday ! tapi sekarang ni aku rasa nak baring dan letak kepala lalu masuk alam mimpi. Best jugak tu. Mati sementara..Ok, selamat berbl0gging dan blogwalking semua. See U! 
-----;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi