Monday 20 June 2011

Kenduri Bihun Sup Daging Di Kampung Sempena Hari Bapa :)

Assalamualaikum :)
arini dah hari Isnin. Adik adik dah pegi sekolah dan ayah pula dah mula kerja hari yang ketiga dah. Alhamdulillah dan wia pula dok berdoa agar cuti lambat berlalu. Hehe.. biasa la dapat cuti lama lama sikit. Tak best balik Shah Alam. Ok wia nak stori pasal sambutan hari Bapa semalam. Wia balik kampung sebab Mak Teh #adik ayah buat makan makan tau. Katanya pukul 2.00 petang jemput ke kampung. Tapi disebabkan Badrul pegi Tajwid dan mak pegi mengajar. Kena tunggu sampai kelas tamat pukul 5.30 petang.. sempat la wia blogwalk pelan pelan kunjung rumah blog rakan lain.

Bersiap siap lepas asar, terus ambik mak kat bawah sebab mak pegi keje ngan kawan. Tak payah naik atas, kebetulan ayah dah ambik Badrul terus dari sekolah. Jadi mudah la. Pukul 6.00 petang bertolak ke rumah tok. Dipendekkan cerita, maksu pun dah ada semua dengan anak anaknya. Siap dah makan lagi sebab depa mai awal. Keluarga sebelah tok njang, wia panggil untuk tok sedara. Anak anak cucu dia pun semua ada, wah rasa meriah macam raya. Rata rata ucap selamat Hari bapa kat ayah dan sesama depa ;) Meriah je rasa.


Masuk ja terus pi dapur tok lepas salam salam. Terus tok ajak makan bihun sup daging. Panas lagi uoOls sebab dimasak atas dapur kayu tempat khas kat umah tok sebelah ayah nie. Memang macam tempat kelah sebab bahan untk makan sup semua dah sedia. Cuma nak masuk dalam pinggan makan. Api dapur kayu tue pun dok berasap lagi. Tanpa tunggu lama, terus ambik mangkuk plus garfu dan sudu. Cedok laaa..
Taraaaaaaa !
Masa nak boh bihun dan bahan bahan daah rasa terliur ;)
Yang best daging tue kena carik sendiri. Terbaikk laa
Sesi makan makan.
Gambar sebelah kiri ayah yang nak makan. Wia snap..
Sebelah kanan , Badrul yang dah nak licin makan ;p
Time wia pulak..agagaga :D
Nie la dapur kayu umah tok.Unik tau, susah nak jumpa sekarang nie..
Kalau ada pun, mana ada yang dalam umah'.Mesti kat luar kan..?
Candid (",)
Candid makan..Nana dan Pali ;)
Nyum nyum nyum..Keropok dan tok wia sangat rajin.Cucu sulong kesayangan la katakan ;)

Banyak lagi gambar, tapi wia masukkan yang sebahagian saja la ok.
# ahaa nak bagitau yang kampung kedua dua tok wia sama dekat. Jadi mudah la nak balik. Kuikui. Kenyang pun dah kenyang, malam tadi dua sesi wia makan tau. Petang dan malam. Lepas ni jangan tanya pasal apa wia chubby dan gemuk =.=" hahahaha.
Oklah sambutan Hari bapa semalam memang syok. Kenyang di samping bersama kelurga tercinta. Heppi sangat. Bihun sup tue memang best. Petang tue memang makan beramai ramai. Nak tangkap gambar pun segan. Nanti apa pulak kata depa, wia gila bergambar pulak. Hee. Tapi ayah memang sporting bila nak tangkap gambar layan je karenha anak sulong dia nie. Sayangg ayah. Sayaang mak :') Eh eh sayang tok juga.

Syukur rezeki Allah. Semalam hari rezeki melimpah dan harapnya berterusan dari hari ke hari. Dan lepas tu dapat pulak makan keropok yang kaler wana wani tue. Memang heaven.. pekena pulak dengan kopi dan ada juga air teh. Kenyang.. blurp ! Alhamdulillah dan terima kasih tok dan mak teh untuk makan makan nie. Sedap sup daging. Bermangkuk mangkuk wia makan :')
P/s : Heppi sangat semalam. Amat bermakna. Psst wia tengah renovate blog lama. Sssshhh. Diam diam sudaaaahh. Nanti da masa wia soseh soseh katsini pasal blog pertama wia tue. Eh eh Ngee..

4 comments:

  1. cam sedap je , hihi .

    Btw if nak duit , shawl , headphone , novel , topup and dll ? Jom join contest ni ! :)

    http://thisnotyours.blogspot.com/2011/06/wohoo-jom-join-contest.html

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnye bihun sup tu..terasa nak p beli lak... :D

    ReplyDelete
  3. @ Aflina Affandi

    memang sedap tau :)
    ok.. nnt sy pegi usha sana ek :D


    :)
    thanks comment

    ReplyDelete
  4. @ SweetLikeWhat


    ehee.. beli jgn tak beli.
    Memang sedap tau ;;) :))

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi