Thursday, 31 May 2012

Stop Blogging + New Lovely Header :)

Assalamualaikum dan salam keceriaan. Mulai esok sempena bulan baru, hari baru wia nak bagitahu yang wia akan balik kampung dan akan bercuti berblogging selama 4 hari. Insha Allah.. Kalau wia rindu dan sempat wia update. #Tapi tak janji :P


Sebab sibuk rumah tok nak kenduri. Hehe..Jadi sebagai cucu sulong yang masih tak bekerja secara bertauliah, kena la balik awal tolong apa yang patut. Ehemm ;) Sebab kata mak ayah wia,,wia ni kira kena booking dengan tok untuk siapkan itu dan ini..

Hi from Chito :)
Jadi faham faham la kalau wia tak menaip berhari hari ye..Pasti wia rindu nantikan? HeHe. Kata ayah kalau ada kenduri kendara kat kampung, itulah suasana yang paling meriah. Betul tu, leh kumpul adik beradik. Ye dak? ;)

Jumpa lagi nanti yeah :*
Lagi best meriahkan hari kenduri dan berharap ia berjalan dengan lancar. Jadi, wia akan berkampug rumah tok selama seminggu ye uoOls. Kalau sempat wia update guna phone. Nak juga cuba kan? Itu pun kalau sempat dan line laju. Harap harap cenggitu la. ( ^__- )


Yang bestnya adik wia, dak Nana nak balik 2hb ni..Lama tak jumpa sejak Januari lepas, Rindu pulak. Ehem kalau dia baca mesti kembang hidung. Hiks. Tak sabar nak sambut bufday adik malam ni. Lama tak makan kek..Kukuikui. Rindu nak hang out dengan member..Macam macam rasa ;)


Seronoknya jugak kenduri kendara, mak hadiahkan sepasang baju kurung untuk wia dan dak Nana. Sayangg mak. Ok selamat berblogging. Rindu nak blogvespaking lepas nih. P/s : Terima kasih dear kerana memahami kite :*


Walaupun blog tak berupdate mulai esok dan 3 hari berikutnya, #mungkin tapi dear mesti contact. Biar dekat dihati walau jauh dimata. Ok see you guys..Hometown..Wait For Me! Walhal dekat ja pun. Senyum berkekek kekek. Omeii. Tukaq HEADER BARU.. Yeay!

Heppy Bufday Adik BongSu :)

Assalamualaikum. 31 Mei jugak adalah tarikh yang bermakna buat wia. Kerna hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran adik bongsu wia :) Alahai dah umo 10 tahun pun dia. Tapi kami sekeluarga masih layan dia macam umur setahun:P


Dah nama pun anak bongsu, memang manja habes. Dikesempatan hari lahirnya, wia sekeluarga dah pun sambut awal in advance Sabtu lepas, makan luar. Biasalah sambut tetap sambut. Kih²..  Kerna hari masih awal, kek pon tak sempat beli lagi, jeng jeng.. Kita wish dan sertakan kek dari google dulu lah :D

Nyum²..


Naiss kan.? :p


Happy Birthday  Adik :)

Kak doakan adik sentiasa sihat dan membesar dengan baik. Belajar rajin² dan jangan nakal²...Dah besaq dah pun adik kakak :) We Love You adik Badrul :*


:: Happy 10th Birthday ::
Senah Helwah Badrul

Wednesday, 30 May 2012

Happy 4th Anniversary, Love ♥

Assalamualaikum. 30 Mei tiba lagi untuk tahun ni. Heppinya rasa nak senyum sepanjang hari. Hehe. Sebab tarikh ni tarikh keramat buat wia dan si dear.. Alhamdulillah, hari ni genap 4 tahun hubungan yang terjalin antara wia dan si dear ;)


Tak mahu nak naip panjang panjang. Cukup sekadar wia bersyukur, kerana hubungan ini masih bertahan sehingga ke hari ni #terharu. Bertuah wia dapat si dear yang memahami dan begitu ambik berat tentang wia. Romantis? Ya tapi tak selalu. Opss. #Sorry kalau dear baca. Hehe


Syukur hubungan ni masih bertahan kerana bersama si dear :* Dear yang sabar dan tabah dengan karenah wia. Wia pulak kuat emosi. Apapun setiap hubungan pasti ada pasang surutnya. Dan pastinya setiap pasangan ingin bahagia hingga ke jinjang pelamin. Insha Allah doa doakan ek :]

Happy 4th Anniversary Love

Wia berharapkan, moga hubungan yang terjalin ni berakhir dengan sebuah penyatuan yang suci dan sah. Kalau ditanya, jawapannya lambat lagi :P Mudah mudahan. Biar kawan kawan kawen dulu. Hiks. Buat dear, dengarlah lagu ini yang sy hadiahkan pada awak, sempena ulangtahun ke-4 ni. Psst moga awak suka :*

Daisypath Anniversary tickers


Tak ada yang lebih sempurna bila hubungan jarak jauh pabila dua hati saling mempercayai dan jujur. Itu yang jadi pengikat hati ;) P.s buat si dear..”Terima Kasih kerana sabar dan memahami”..I’m heppi with you <3 Ilysm dan imy..Love you infinity dear..amin.

Tuesday, 29 May 2012

Dinner Family at Nuri Tomyam :)

Assalamualaikum. Sehari tak update, terasa rindu nak berblogging. Sebenarmya malam minggu lepas, wia dan famili makan kat luar. Dekat Bandar Baharu iaitu Restoran Nuri Tomyam. Memang sedap² makanan katsitu terutama makanan ala Thai.


Wia dan famili kalau nak makan besar, memang pi situ. Pendek kata, katsitu banyak pilihan makanan mengikut citarasa masing²..Kadang² kami sekeluarga sambut bufday tok katsitu. Kiranya banyak momen tercipta katsitu. Memang pelanggan restoran tu tak penah putus ;) Jom makan...

Kuew tiow Hongkong ;)
 
Siakap Masak Steam.

Selesai dalam sekelip mata ;)


Alhamdulillah ;)
Muka kepenatan =.=

Mak kesayangan  ;)

Kandid ayah ;)

Blurp.. :P

Adik bongsu kekenyangan

Sunday, 27 May 2012

Comelnya..Geram ! :D

Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Tengok baby yang comei pasti tak jemu mata memandang. Nak nak  pipi yang bambam, rasa nak gigit jaa. Geram ! =D Wia pantang nampak baby tak kira gegirl ka boboy. Semuanya rasa comei dimata wia. Kihkih


Kalau baby yang baik tak nangis kalau orang yang tak dikenali dukung. Lagi best! rasa macam nak jaga terus. Bawa balik rumah. Mesti senang tak banyak karenah ;) Macam nak jadik "Babysitter" pulak :P Sebab baby memang kerjanya makan, minum, main, tido. Hee..


Sepupu Bongsu - Taqeef
Comeikan..? :) Putih gebu, pipi bambam, dan mulut halus kemerahan. Pakej lengkap yang buat wia tak jemu memandang. Kan dah jadi wallpaper henfon Nokia wia ;) Nak ngadap muka comei ni hari².. Suka sangat! Sebab tu kalau dalam seminggu tak jumpa, rindu sangat. #Senyum.


Sekarang dah tak ramai baby kecik dikalangan sepupu² wia kerana sekarang depa dah membesar. Yang ada tu pasti jadi perhatian. Adik bongsu wia pun dah berumur 10 tahun. Dah tak boleh dukung² dan main acan cak ciluk lagit. Pok amai amai ataupung cak cekur udang gamit :)



Comelkan bayi.. Pipi gebusSss ;)

Saturday, 26 May 2012

Terminat....Tak Lebih Dari Itu :)

Assalamualaikum. Salam Sabtu buat semua. Sarat kan kenduri hujung minggu ni sejak cuti sekolah bermula. Gantung periuk la jawabnya. Hehe. Makan malam lain cerita ;) Hari ni ada kakak member baik wia bertunang. Insha Allah tak kemana wia akan pi :)


Sebenarnya wia nak menaip entri tentang seorang artis yang wia terminat. Opss. Sebenarnya wia jarang nak minat artis, baik lelaki ataupun perempuan. Entah cemana, tetiba rasa terminat kat artis yang ringkas dipanggil Fizo Omar :) Mula minat bila dia tak banyak gossip dan seorang yang kasihkan ibunya yang cantik ;)

 

Biodata Fizo Omar

Nama Sebenar: Wan Hafizol Wan Omar
Tarikh Lahir: 19 Julai 1985
Umur: 26 tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Sukan : Football
Tinggi : 177 cm
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis

Pengacaraan: 3 Hari 2 Malam (TV9), Pakar Kejelitaan (TV3), Gen X (RTM)

Teater: Siti Di Alam Fantasi

Drama: Jersi 9, Spa Q Musim Ke-2, Awan Dania Musim Ke-2, Suraya & Bila Musang Berjanggut, Siti Kelembai, Mistik Alam Hitam, Bionik, Cahaya Berbisik, Matahari, La Dolce Amira, Cinta Sempurna, Keliwon, Keliru, Kau Laksana Bulan, Suraya, Suatu Hari Di Hari Raya, Bonanza, Rumi Dan Juli, Gadis Merah Jambu, Bisikan Subuh, Tak Serupa Tapi Sama, Elite, Kau Curi Cintaku, Dendam, Puteri Salju.

Filem: Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami, Kongsi, Hello, Halim Munan.

P/s : Sekali sekala wia update pasal artis. Tapi tak mungkin selalu dan mungkin kali ni saja sebab blog ni blog picisan tersurat tersirat kisah wia cik empunya blog :)

Friday, 25 May 2012

Jom BerBUENO ! Maniskan Mood ;)

Assalamualaikum. Salam Jumaat kacak dan jelita :) Cuti sekolah dah bermula buat adik² yang bersekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu..Yippe! Bestnya terasa macam wia ni pelajar sekolah pulak. Walhal dah mantan 3 tahun lepas. Kuikuikui.


Sambil bercuti tu rasa nak berkongsi kegembiraan dengan berita yang manis² seperti berita member nak bertunang, berkahwin, menikah dan bersanding. Tak lupa pada member yang nak sambut baby baru. Hee. Oleh sebab cuti seekolah dengan berita yang manis² wia tumpang heppi ;) Jom makan menda manis feveret ramai.. Apalagi kalau bukan berbueno !


Berblogging sambil berbueno memang rancak uoOls ;) Pengalaman makan coklat kinder bueno memang mood jadi ceria..Tengok si chito pun nak mam coklat bueno.Hikss. Sedap dan manis memang terasa susu coklatyang lazat.. Serius wia jatuh cinta dengan Kinder Bueno ! =D

Alolor..Comeinya :P

Berbueno sambil online ;)

Ada dua stick coklat yang mewah dengan coklat lazat. Hiks


satu paket dah manis buat hari uOls..

Yummy....Jom Berbueno!

Thursday, 24 May 2012

Twister & Chito :)

Assalamualaikum. Lama wia tak kongsi gambar Chito si teddy kan? :) Ye beruang coklat kesayangan, peneman tido katanya. Meh sekali sekala nak perkenalkan Chito dalam blog picisan wia ni..Tetiba Chito jadi duta Twister. Upsss..


Sebelum tu nak tanya siapa penah minum air Twister? Sedapp kan.. Pilihan wia kalau air Twister adalah air oren. bagai dikupas sendiri uoOls..Dah macam trademark air PEEL FRESH pulak. Maaf..Motif cuma nak bayangkan rasanya #Peace! Sedap diminum waktu sejuk. Kihkih.

HeHe, tak tahu nak letak caption apa..
Perkenalkan Duta Twister kita :P

Comeinya.. alolor =D

Teringat kenangan time studi makan nih ;)

Bulan Mei bulan free wia..Insha Allah bulan depan cari misi baru. Doakan wia.. Yang penting wia heppi hidup sekarang bersama famili tercinta ;) Jom minum Twister sambil blogvespaking.

Wednesday, 23 May 2012

Shopping Barangan ELIANTO ! :D

Assalamualaikum. Bestkan shopping..Alahai dah lama sangat tak shopping.. Rindu sangat. Mungkin minggu ni nak shopping dan dating dengan mak. Boleh jugak belek² bakal baju raya yang berkenan dihati. Hehe..


Minggu ni mak agak busy. Dan boleh dikatakan bulan Mei mak sibuk dan aktiviti padat. Anaknya yang tak kerja² lagi.. Hadoii. Habis wia nak shopping dengan sapa lagi kalau bukan dengan mak. Kawan² pulak semuanya belum cuti.


Alang alang dah menaip pasal shopping, ingin wia kongsikan masa wia shopping barang di Elianto. Memang alat mekap dia terbaik dan hasilnya cantik. Geram sangat! Dek barang yang baik, haruslah berkualiti dan mahal. tuptup sempat beli blusher dan berus yang gebuss ;)


Bila dok tengok alat mekap, bab TESTING tu mesti tak boleh lepaskan peluang. Maklum laa masa tu la nak cuba alat mekap mahal  sapu dan tempek kat muka. Tonyoh sana, calit sini.. Akhirnya..jadik vavavoom la nak habaq mai :P Jom snap snap di Elianto O__o V

Masa ni tengah sale ;)


Rambang mata..Hehe

Sweetnya... ;)

Ni yang sempat wia beli dengan berus blusher yang tebal. #tak ada dalam gambar..kuikuikui

Tak banyak kali lagi guna sebab sayang.. Boleh cenggitu? Puas hati guna barangan mekap di elianto. nanti dah kerja nak borong habis²an time SALE ! Haha.. Bila pulak nak shopping dekat Body shop ;) Moga ceria selalu ~

Tuesday, 22 May 2012

Secret Recipe Cake ;)

Assalamualaikum. Secret Recipe ! Yummy sekali dengaq dah rasa kecuq ayaq liur nak habaq mai.. Tu dia keluaq dah loghat kedah cheq. #Ok saja testing. Meh wia nak cuba menaip cara ringkas. Cuba tak salah kan? Biar senang nak dibaca. Kalau panjang pun bukan larat nak baca habis. Betoi dak? =D


Wia belajar makan kek mahal sejak studi hari tu. Sebab kek berjenama haruslah mahai. Makan secret pun kadang kadang. Serius, fakta sedap tu memang tak boleh disangkal lagi. Pasti habiskan kesemuanya setiap kali makan ;)


Feveret perisa kek Secret yang wia gemar adalah Indulgence dan Black forrest. Oreo cheese tak brapaa genar sebab mudah muak. Itu kata wia. Lain orang lain la citarasa kan? Meh tengok gambar kek secret yang wiaa penah makan. Sebenarnya banyaak laagi perisa yang ada..Cuma yang lain wia tak berapa gemar.. Hee.



 

 

Sedapp ;) Black forest flavor
Entri ngimbau kenangan ;) Nie yang rasa nak cari kek 
Secret Recipe..Blogvespaking laju² jom..Bubye!

Monday, 21 May 2012

Kenny Rogers moment :D

Assalamualaikum. Bagi penggemar makan ayam mesti pernah makan dekat Kenny Rogers kan? ;p Wia penah sekali sebab saja suka suka nak makan katsana. Hehe.. Masa wia pegi tu, wia order ayam dengan sos BBQ.. Bagi wia kurang sedap sikit berbanding sos lada hitam . Bagi sos keju, wia tak berapa gemar sebab nanti cepat muak.


Saja try sos BBQ tapi rata rata orang cakap sos lada hitam lagi superp sedap. #Wia sendiri tak penah rasa lagi. Wia tak pesan nasi. Cuma mintak coslow dan muffin vanilla yang femes tu..Gaya makan sorang. Opss kantoii..Kihkih. Tu bila wia fikir fikir balik. Mesti best makan dengan family kan?

Kebetulan wia makan hari tu dekat PAS (Plaza Alam Sentral) Shah Alam jaa. Dekat dari rumah sewa. Alang alang nak merasa kan? Buat apa nak segan makan sorang. Sedapp muffin vanilla makan panas panas. Hiks..Dan coeslow wia bawa balik rumah. Hambik banyak uols.. Boleh 2,3 hari makan sorang batu habis. Fiuhh..


Memang terbaik makan katsitu. Pesan air pun tak semata mataa naak jimat. Itupun makan itu je dah berbelas uoOls.. Wia order ikut set makanan yang disediakan. Jadi mudah dan jimaat. Lain kali nak makan dengan si dear kat Kenny Roger lagi ;)





 


Sedapp ! Sekali cuba mesti nak lagi. Nanti kali kedua pergi nak order yang sedap sedap lagi. Itu hanya nak rasa daan mencuba..Hee. Memang ayamnya sedap dan isinya lembut. Kenyang kena bahagian ayam yam banyak isi. Teringin nak makan yogurt buah katsitu, Nampak sedap, tapi tak sempat merasa hari tu. Sebab wia takut membazir..#Padahal boleh ja bawa balik kan?


Kenney roger.. Nyum nyum memang sedapp : (^_____^)Ada rezeki, nak makan katsana lagi. Kalau sebelum ni hanya makan sorang, mana tahu lepas ni berdua takpun dengan family..Yang penting makan bersamaa kan lebih mengeratkan tali kekeluargaaan.

Sunday, 20 May 2012

Oh Berat badan...

Assalamualaikum. Salam hujung minggu ;) Tetiba feeling ank tunggal kat rumah bila adik² pi sekolah. Maklumlah kat Kedah sekolah hari Ahad. Boleh ler bermanja manja dengan mak ayah. Opss bila fikir² ada member wia ada yang dah kawin waktu umur sekarang nih, wia masih dok feeling manja ngan mak ayah lagi. #Heaven.


Musim kenduri sudah hampir tiba bila di akhir² Mei.. Jenuh tahan nafsu makan ;p balik dari Shah Alam tempoh hari, rata orang aka tegur wia dengan pelbagai cara, tapi tujuannya sama. Badan berisi (Chubby), gemuk dan seumpama dengannya. Damn >___<"  Rasa macam pasu terhentak kat kepala. Huihui.



Over rupanya berat badan wia nih..Gurlp! Kiranya nampak ketara berat badan naik. sampai sekarang tak pi timbang berat badan. Kali terakhir berat adalah 50 kg. Sekarang tak tahu ler..Hukhuk. Ce teka berapa berat badan wia? Bagi wia tak sensitif pasal umur dan berat dikongsi dengan pembaca dan follower..



Memang dah nak kena buat perubahan pada diri nih.. Memandangkan diri wia rendah, tak tinggi dan tak boleh jadi model baju muslimah pun ;) Oleh sebab itu, kalau badan gem (singkatan dari perkataan gemuk) boleh tampak rendang dan tak cantik. Jadi wia kena buat sesuatu supaya badan kembali slim melim. Pendek kata, jaga badan supaya lebih ideal berat badan.


Misi pertama harus lakukan diet yang sihat. Kemudian terasa nak pakai Premium Beautiful (PB)..Salah satu boleh dapatkan bentuk tubuh badan yang menawan. Insha Allah kalau dapat membantu, wia nak cuba Herbalife..Wia nak sarankan pada si dear jugak.


Kerna kami berdua sama² ada masalah berat badan. Tak apa sikit² lama² jadi bukit..Yang membawa maksud, usaha sikit² lama² membuahkan hasil. #Wia tak nak letak gambar full selagi wia tak maintain kurus.Kihkih. Wia tak ada la gemuk obes yang seperti korang bayangkan. Cuma berisi, disamping faktor ketinggin, nampak ketara juga kalau naik berat badan. Erkk -_____- Ok gigih wia, GIGIH! Aja aja fighting..

Saturday, 19 May 2012

Haiwan Kesayangan Ayah ;)

Assalamualaikum. Salam Sabtu buat semua. Bestkan mempunyai pet sendiri.Atau bahasa Melayunya binatang peliharaan. Entri kali ni berkisar pasal hobi ayah yang suka membela burung dan ikan. Bagi ayah wia, dia memang tak suka bela kucing ataupun spesis haiwan ekzotik.


Tapi lebih gemar pada burung, ikan atau  ayam dan itik. Kat rumah wia nih ada dua jenis haiwan yang ayah bela sebagai binatang peliharaan. Pertama ikan patin dua ekor dan burung 'Lovebirds' sepasang, jantan betina. Termasuklah dua ekor burung merbok. Sebelum nih ayah ada bela burung tekukur.. Tapi rajin sangat dia bersiul.. Akhirnya ayah lebih gemar pada burung merbok yang berkukur hanya slow dan lunak lagi kata ayah ;p


Semalam ayah wia beli lagi sebuah sangkar burung yang baru. Lebih cantik dari sangkar besi kerana ia diperbuat dari kayu ;) Tampak lebih selesa untuk burung. Sebab baru² ni ayah dapat seekor burung merbok dari kawannya.

Sangkar burung baru ;)





Tetiba nak masukkan dalam sangkar besi, kepak burung dan paruh burung luka sebab dawai besi yang tajam. Kesiannya burung tu..Berdarah. nampak sakit. Tapi burung merbok tu diam ja semasa diletak ubat pada lukanya yang berdarah tu..


Kesiannya....
Bila ayah wia beli lagi sangkar burung, nampak sangat memang ayah wia gemarkan burung dan ikan yang dah bertukar spesies dah dalam aqua kat rumah nih :) Ikan memang cantik dalam aqua, tapi wia minat tengok jaa tapi tak minat nak bela . Kihkih.
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi