Sunday 20 May 2012

Oh Berat badan...

Assalamualaikum. Salam hujung minggu ;) Tetiba feeling ank tunggal kat rumah bila adik² pi sekolah. Maklumlah kat Kedah sekolah hari Ahad. Boleh ler bermanja manja dengan mak ayah. Opss bila fikir² ada member wia ada yang dah kawin waktu umur sekarang nih, wia masih dok feeling manja ngan mak ayah lagi. #Heaven.


Musim kenduri sudah hampir tiba bila di akhir² Mei.. Jenuh tahan nafsu makan ;p balik dari Shah Alam tempoh hari, rata orang aka tegur wia dengan pelbagai cara, tapi tujuannya sama. Badan berisi (Chubby), gemuk dan seumpama dengannya. Damn >___<"  Rasa macam pasu terhentak kat kepala. Huihui.



Over rupanya berat badan wia nih..Gurlp! Kiranya nampak ketara berat badan naik. sampai sekarang tak pi timbang berat badan. Kali terakhir berat adalah 50 kg. Sekarang tak tahu ler..Hukhuk. Ce teka berapa berat badan wia? Bagi wia tak sensitif pasal umur dan berat dikongsi dengan pembaca dan follower..



Memang dah nak kena buat perubahan pada diri nih.. Memandangkan diri wia rendah, tak tinggi dan tak boleh jadi model baju muslimah pun ;) Oleh sebab itu, kalau badan gem (singkatan dari perkataan gemuk) boleh tampak rendang dan tak cantik. Jadi wia kena buat sesuatu supaya badan kembali slim melim. Pendek kata, jaga badan supaya lebih ideal berat badan.


Misi pertama harus lakukan diet yang sihat. Kemudian terasa nak pakai Premium Beautiful (PB)..Salah satu boleh dapatkan bentuk tubuh badan yang menawan. Insha Allah kalau dapat membantu, wia nak cuba Herbalife..Wia nak sarankan pada si dear jugak.


Kerna kami berdua sama² ada masalah berat badan. Tak apa sikit² lama² jadi bukit..Yang membawa maksud, usaha sikit² lama² membuahkan hasil. #Wia tak nak letak gambar full selagi wia tak maintain kurus.Kihkih. Wia tak ada la gemuk obes yang seperti korang bayangkan. Cuma berisi, disamping faktor ketinggin, nampak ketara juga kalau naik berat badan. Erkk -_____- Ok gigih wia, GIGIH! Aja aja fighting..

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi