Assalamualaikum. Layan fesbuk hari hari boleh boring dibuatnya. Rasa nak klik 'deactive account' laju laju ;p Pertama kali fikir terasa nak deactive, kali kedua fikir terasa nak kekalkan sebab banyak kawan yang berfesyen, berkongsi aktiviti dan wia suka tengok ;)
Banyak kawan wia dalam fesbuk majoriti adalah perempuan.. Lelaki kalau ada pun kawan lama dan sepupu sepapat. Bila dah luangkan masa macam sekarang ni, selalu sangat wia update status. Nak nak bila kita ni tak ramai kawan dan tak HOT, status kita tak ramai yang like dan komen. Ibarat macam diambik mudah saja. HuHu.
Tetiba rasa nak sentap dan sedih. Kawan lama pun buat nak tak nak ja bertegur sapa.. Kadang kadang wia terfikir memang kita akan berkawan bila kita bersama saja kah.? Bila dah berjauhan, memang kena diamkan diri dan tak bertanya khabar.? Pelik dan annoying betul !
Aalang alang dah tertaip entri luahan rasa camni. Wia nak juga selitkan pada kawan kawan yang hantar sms bertanya khabar..Walhal suatu masa dulu, bila wia nak berkawan, selalu nak bertanya khabar. Larikk... Diamkan diri. Macam ni ke kawan yang kita nak.?
Kalau sesiapa yang baca entri wia ni adalah kawan kawan wia.. jika uoOls punya sms tak dibalas tu, maknanya wia dah mula nak menjauhkan diri dari hempa. Titik. Buat apa nak rapat, kalau nak saja kita rapat. Kalau tak diperlukan memang buang jauh jauh.
Wia memang tak ramai kawan. Biarlah bersederhana bersama keluarga dan kawan terdekat. Sebab manusia kan cepat berubah. HuHu. P/s : Mood sekarang tengah fikirkan masa depan. Mengorak langkah arah tuju kearah hala tuju masa depan. Doa doakan. Maafkan wia tertaip entri luahan hati. #Sorry...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
biasalah wia..ms kte hbs pengajian ni..mula lah kte rs kwn2x hilang dr kte..tue belum kawin dan bekerjaya lg..ms tu kwn2x kte dh mula jd org baru..masing2x dgn komitmen masing2x...klu 1 tika dulu ada janji nk contact..at last 1 ms ble wia dh bekerjaya..wia akan fhm..bahwa masing2x need life to go on....mgkn wia rs sunyi kot.tu yg rs kwn2x x peduli..tp ble wia dh busy dgn keja mcm2x t..wia pun akn kdg2x rs xde ms dgn kwn selalu mcm ni..even fb & blog jd tontonan..this is when u get work wit private sector..
ReplyDeletefiza dah sebulan deactive fb..tahan jee diri nak reactive fb semula..tapi lama-kelamaan Alhamdulillah..dgn izin Allah swt, fiza dah tak rasa nak reactive fb tuu semula..Iyee memang kita ramai kawan dlm fb tuu..dan segala info kita boleh tahu melalui fb..tapi bukankah kita boleh tahu apa jua sebarang maklumat melalui bahan lain dan kawan-kawan fiza pun contact fiza melalui hp jee..hehe..^_^
ReplyDelete