Saturday, 12 May 2012

Harta dan Wangg (---")

Assalamualaikum. Bosan pulak lelama kat rumah nih;p Boleh ternak lemak dah cik wia oii.. Wia dah tak nak berlama cuti kat rumah. Terasa nak pegang duit sendiri dah ni. Cuti memang best tapi takkan nak selamanya jadi penganggur kan? Dua hari lepas terima surat dari PTPTN, agar balas Lampiran A yang menyatakan kita dah terima surat dari mereka. Insha allah esok wia nak hantar maklum balas.



Risau jugak wia yang tak kerja² ni..Mana nak bayar balik pinjaman kan.? tapi wia tak nak la jadi orang yang tak kenang budi. Pandai meminjam , tak pandai membayar. Isk² tak sanggup cenggitu. Moga Allah permudahkan. Janji berusaha tanpa putus asa.Insha Allah Allah tunjukkan jalan ;)


Sesiapa ada pengalaman mencari kerja, boleh la kongsikan dengan wia ye.. Sebab dalam dunia sekarang, mencar kerja bukan lah senang. Harus pandai membuat pilihan dan tak terlalu memilih. Dan satu yang wia heppi, resume dah pun siap ! Tunggu nak mohon dan cari kerja.. Serius teruja dan sedikit takut :')


Wish Me Luck uoOls..
..Heppy Weekend!..


Insha Allah dimana ada kemahuan desitu ada jalan kan.? Tiada yang mustahil dalam dunia ni kecuali dengan izin Allah :) kalau ada berita baik pasti wia kan kongsi dalam blog picisan wia. P/s: Wia rasa nak tukar url blog la..sebab wia dapat rasakan yang ada stalker blog wia dan orang itu wia kenal. Tukar ke tidak, tengok cemana nanti ;p

1 comment:

  1. Betul2 . Duduk rumah lama2 memang bosan. Saya pun belum cari kerja ni. Tapi nak sambung study dulu :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi