Tuesday, 8 May 2012

Jodoh, Semuanya Sudah Tercatat Oleh Allah :)

Assalamualaikum. Bingkisan entri yang wia baca, rasa tertarik untuk dikongsi bersama. #Sedikit sebanyak terkena pada diri wia sendiri dan alaminya. Mudah mudahan wia dapat ikhlaskan hati dan kuat bertahan dari fizikal dan mental. Jom sama sama baca (^_____^)

Berapa kuat jodoh dengan si dia

Secara umum yang kita tahu, tanda tanda jodoh adalah, keserasian, saling memahami, masing masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu yang secara asasnya. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah. Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila bila lah dia tidak akan ada.
Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:-
“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”
Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat meniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku. Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita 

Percaya tak, sebenarnya jodoh yang dicari berada berdekatan dengan kita. Kita mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat. Bahkan kita akan jatuh cinta dengan seseorang yang mungkin kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita. Entah entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada diantara kita yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh atau sebaliknya. Macam wia . Hikhik. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk akan tetap juga sampai nanti.



Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Pastinya sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta. Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa. Ok, jika pasangan berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk kita. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Kita pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia. Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan kita rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh kuat bersama si dia Insha Allah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?
Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!

Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, kalau jodoh, ia tetap jodoh sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah. Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik kita. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya. Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk kita di masa akan datang nanti Insha Allah.
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang. Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk kita semua. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, Insha Allah. # Sumber dari Google. Sebab tak sempat salin link.

2 comments:

  1. tentang jodoh....kte x tak kan pernah tahu siapa...sehinggalah dia jd milik kte abadi...terkdg di universiti kte melihat kwn2x kte couple..kte rs kan kte nk couple.tp adakalanya jodoh yg kte catu mgkn menjd / tidak...semakin lama semakin kte memasuki alam baru..bertemu org baru..dugaan semakin kuat....mungkinkah dia milik kte? berusaha dan terus berusaha agar dia jd milik kte..namun jika tiada jodoh ..tiada jua..tetapi mgkn dlm ms yg sama..kte x nmpk jodoh lain yg hmpir dgn kte..ble dh kawin, br kte tahu dialah jodoh kte sbnr setelah berapa byk destinasi kte lalui...

    ReplyDelete
  2. betul2. . apa pun doa lah kita dapat jodoh yang baik :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi