Ambik masa jugak nak kemas perlahan lahan. Dan akhirnya semalam wia settle kemaskan buku lama, majalah dan novel pada rak dalam bilik wia. Baru tampak kemas. Bak kata adik2 wia dah macam kat perpustakaan. Hikhik. Betul juga bila fikir sebab buku dan majalah banyak kat rumah sebab mak wia gemar beli majalah Mingguan Wanita dan wia suka majalah Dara.
Kemas dimata wia ;) |
Masti ada dikalangan uOls yang suka novel kan? ;p Begitu jugak wia.. Wia masih ingat lagi novel pertama wia.. Yang dibeli dekat kedai buku area rumah wia. Bertajuk “Adam Hawa”..Yang sekarang telah pun di dramakan yang ditayangkan di Astro.
Cepatkan masa berlalu. Bila belek buku buku katsitu, banyak sangat kenangan. Kenangan belajar menjadi seseorang sehingga kini. Rindu zaman tu.. Sayang sangat bila fikir. Wia simpan sampai sekarang. Kalau ayah wia suka baca novel hantu. Ada beberapa buah koleksi novel ayah pad arak buku dalm bilik wia.
Semalam dah kemas ikut susunan. Hiks..Puas hati #Senyum lebar. Sebab tu, sekarang nak tempek gambar yang rak dah kemas tersusun. Lupa pulak nak snap gambar sebelum rak tu dikemaskan. Masha Allah rasa cam malas nak masuk bilik sebab rimas.
Mungkin gambar xfull dan blur sikit..hehe |
Bukan senang sebab ada banyak kertas, habuk. Maklum la lama tak dikemaskan. Nih bila wia dah masih tengah free sebab tu kemas. Feeling ada pustakaan mini kat rumah dalam bilik sendiri. Wia praktiskan ilmu dan pengalaman time jadi pustakawati kat sekolah dulu..Hee =’D
Mulakan hari yang indah di hari Jumaat, hari permulaan yang baik ye semua. Hari ni dan semalam perkataan dan ayat yang kerap kali wia dengar ialah “ Dengan mengingati Allah, Hati menjadi tenang. “...Mungkin itu petunjuk yang walau apapun, Hanya Allah yang tahu ~
tringat ms lps hbs pengajian.....byk buku kena simpan mcm wia la..kat rak...at last jd bhn apa dh lani di rak tu..haha
ReplyDelete