Saturday, 26 May 2012

Terminat....Tak Lebih Dari Itu :)

Assalamualaikum. Salam Sabtu buat semua. Sarat kan kenduri hujung minggu ni sejak cuti sekolah bermula. Gantung periuk la jawabnya. Hehe. Makan malam lain cerita ;) Hari ni ada kakak member baik wia bertunang. Insha Allah tak kemana wia akan pi :)


Sebenarnya wia nak menaip entri tentang seorang artis yang wia terminat. Opss. Sebenarnya wia jarang nak minat artis, baik lelaki ataupun perempuan. Entah cemana, tetiba rasa terminat kat artis yang ringkas dipanggil Fizo Omar :) Mula minat bila dia tak banyak gossip dan seorang yang kasihkan ibunya yang cantik ;)

 

Biodata Fizo Omar

Nama Sebenar: Wan Hafizol Wan Omar
Tarikh Lahir: 19 Julai 1985
Umur: 26 tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Sukan : Football
Tinggi : 177 cm
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis

Pengacaraan: 3 Hari 2 Malam (TV9), Pakar Kejelitaan (TV3), Gen X (RTM)

Teater: Siti Di Alam Fantasi

Drama: Jersi 9, Spa Q Musim Ke-2, Awan Dania Musim Ke-2, Suraya & Bila Musang Berjanggut, Siti Kelembai, Mistik Alam Hitam, Bionik, Cahaya Berbisik, Matahari, La Dolce Amira, Cinta Sempurna, Keliwon, Keliru, Kau Laksana Bulan, Suraya, Suatu Hari Di Hari Raya, Bonanza, Rumi Dan Juli, Gadis Merah Jambu, Bisikan Subuh, Tak Serupa Tapi Sama, Elite, Kau Curi Cintaku, Dendam, Puteri Salju.

Filem: Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami, Kongsi, Hello, Halim Munan.

P/s : Sekali sekala wia update pasal artis. Tapi tak mungkin selalu dan mungkin kali ni saja sebab blog ni blog picisan tersurat tersirat kisah wia cik empunya blog :)

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi