Saturday 19 May 2012

Haiwan Kesayangan Ayah ;)

Assalamualaikum. Salam Sabtu buat semua. Bestkan mempunyai pet sendiri.Atau bahasa Melayunya binatang peliharaan. Entri kali ni berkisar pasal hobi ayah yang suka membela burung dan ikan. Bagi ayah wia, dia memang tak suka bela kucing ataupun spesis haiwan ekzotik.


Tapi lebih gemar pada burung, ikan atau  ayam dan itik. Kat rumah wia nih ada dua jenis haiwan yang ayah bela sebagai binatang peliharaan. Pertama ikan patin dua ekor dan burung 'Lovebirds' sepasang, jantan betina. Termasuklah dua ekor burung merbok. Sebelum nih ayah ada bela burung tekukur.. Tapi rajin sangat dia bersiul.. Akhirnya ayah lebih gemar pada burung merbok yang berkukur hanya slow dan lunak lagi kata ayah ;p


Semalam ayah wia beli lagi sebuah sangkar burung yang baru. Lebih cantik dari sangkar besi kerana ia diperbuat dari kayu ;) Tampak lebih selesa untuk burung. Sebab baru² ni ayah dapat seekor burung merbok dari kawannya.

Sangkar burung baru ;)





Tetiba nak masukkan dalam sangkar besi, kepak burung dan paruh burung luka sebab dawai besi yang tajam. Kesiannya burung tu..Berdarah. nampak sakit. Tapi burung merbok tu diam ja semasa diletak ubat pada lukanya yang berdarah tu..


Kesiannya....
Bila ayah wia beli lagi sangkar burung, nampak sangat memang ayah wia gemarkan burung dan ikan yang dah bertukar spesies dah dalam aqua kat rumah nih :) Ikan memang cantik dalam aqua, tapi wia minat tengok jaa tapi tak minat nak bela . Kihkih.

1 comment:

  1. Anonymous9:06 pm

    uwaah syg burung yep sis tkot nk pgg burung hihi

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi