Friday 4 May 2012

Percubaan Puding Karamel :)

Assalamualaikum. Tika ni ramai yang dok hapdate pasal perkahwinan Scha dan Awal = Schawal. Wia pulak tak pandai nak hapdate pasal artis. Cuma nak cakap mereka pasangan yang sweet.. Moga wia juga begitu kelak bersama pasangan yang entah siapa la agaknya ;p



Mood wia dah kembali baik, selepas habis berbebel entri sebelum ni. Mungkin ada betul dan salahnya. Yang pasti wia selalu degil dan ingkar cakap dear, incik buah hati. Bila terfikir balik ada betulnya. Wia taknak bermasam dengan housmate lama. Sebab wia dah berkawan baik dengan mereka. Tapi jika lain kata ayah wia nanti.. Lain la jawabnya sesi bayar bil nanti. Huhu.
 


Ok tak nak buat entri sedih sedih dan membangkitkan rasa tak senang. Wia rasa nak berkongsi resepi mudah yang ikutkan perancangan nak dibuat malam ni. Tapi atas sebab tertentu tak dapat buat. Harap maklum. Terima kasih incik dear utk resepi ni.. Esok baru nak buat ;p Insha Allah...

Resepi Puding Karamel

Susu segar/ susu cair
Gula halus / Gula Melaka
Telur Ayam
Esen Vanilla

Mudah kan uoOls.? Cara nak membuatnya, sangat mudah ibarat makan kacang. Kuikuikui. Campurkan susu,telur dan esen vanilla bersama. Kalau jangan sampai berbuih dan sebati. Dalam masa yang sama, boleh masakkan gula atas dapur sehingga keperangan. Jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Pastikan manis ye uoOls. Sejukkan gula tadi..





Kemudian masukkan gula perang/ karamel tadi ke dalam acuan, kemudian masukkan campuran susu pulak. Kukuskan dalam 10 hingga 15 minit. Keluarkan dan boleh la disejukkan dalam peti semalam. Ok siap ! Mudah je kan.? Sebab tu wia nak buat.. Tengs alot my dear for the recipe (^____^)


3 comments:

  1. wahhhh... sdap nye.... tgk pown da meleleh air liur :)

    ReplyDelete
  2. wahh ! nampak sedap la ,
    buatkan bolehh ? hehe

    ReplyDelete
  3. mudah resepi ni..tp klu bab pukul tu x jadi sebati..dia x kan jd tekstur yg elok.akak pernah cuba buat puding karamel ni..mgkn akak msh kena belajar lg teknik yg betul dr org pengalaman ...rs mmg sama wp tekstur x clean

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi