Thursday, 15 July 2010

ღ..Hapdate Terkini..ღ

Assalamualaikum para bl0gger  dunia mayaku. Moga hari yang ceria buat korang..pagi ni aku dah siap-siap gosok baju dengan jayanya..mengalahkan seorang askar nak bersiap-siap baju untuk diperiksa pegawai..kilat kasut bagai..padahal pakai wedges..tapi tup tup kelas cancel. Gurlp ! ouh semangat jatuh dibuatnya.. balik buka lappy dah terus on9..baguskah begitu..? tepuk pipi tanya la hati. huhu. Memang aku faham tapi agak b0san bila di ostel kadang kalanya.. nak jugak sibukkan diri dengan hal2 dan persatuan. tapi bila bab-bab camping bagai aku malas pulak. 
Citenya bermula bila tadi kawan rapat aku bagitau yang diorang nak g camping..tapi cam masalahnya aku xde mood nak g kem segala. Lebeh suka hal-hal softy. Tapi bila nak pegi kem tau-tau je la. Letih dan esoknya dah mula kelas. Macam la jugak parent aku bagi..sebab dah jauh dari mak ayah..rasa mesti diorang risau camping jauh2 tambahan 3 hari dua malam,minggu depan. Huu tak rela..tapi diorang member yang best..teringin jugak nak pegi tapi pulus kering..hmm O.o

Semalam tak sempat hapdate sebab aku d0k sibukkan diri dengan kesihatan kaspersky  aku yang agak tak sihat.. dan lepas panggil master lappy yakni adek merangkap membe..alhamdulillah,kaspersky aku masih b0leh bernafas ceria dan sihat kembali..ahaksz! jadi tak sempat menyempat nak hapdate apa yang patut..rasa gian kembali untuk menaip..^^
Sehari ni aku dah mula bercuti dan bebas dari kelas.. agak boring..sebenarnya kelas ada tapi ank pensyarah masuk ICU jadi dia ambik cuti 2 minggu..masuk ni dah minggu kedua..kelas akaun tak start2 lagi. tapi itu semua ketentuan tuhan..kena terima termasuk student dia (aku jugak termasuk salah sorangnya). moga2 ank puan.Salbiah cepat sembuh.amin*
Maka dengan rasminya aku selalu mengon9kan diri. Dok senyap2 ibarat dalam sarang..tanpa sebarang aktiviti. Cukup sekadar memanjakan diri depan lappy biru aku ni..melihat alam dunia maya yang kadang-kadang adalah satu hiburan dikala bosan. Serius aku tak rasa cuti yang panjang dikala tanpa teman kalau lappy ni sentiasa..tapi itu lah kadang-kadang laptop atau pc kuat jugak majuknya. Sebab tu makan minum lappy ni aku jaga ibarat menatang minyak yang tepu..gurlp! kerna laptop nih teman suka duka aku nak luah dan menaip..huu..


Ok nak pegi blogwalking pulak la. Perhatian..ini n3 kosong kisah tersirat tersurat hidupku..tetiba rasa nak s0pink..tapi gaji (ptptn) tak masuk lagi. Huh! alangkah bahagianya kalau dapat beli handbag, kasut, baju yang cantik2..sebab sekarang aku rasa aku dah jatuh cinta pada fesyen..sebab ramai sekarang pakai baju cantik2..auw teringinnya !~sabar dan terus bersabar..
Selamat berblogging semua. Dan bergojes dalam alam maya yang serba canggih manggis..harap-harap dapat baca cite yang menarik;) sebab jelita itu menawan, menarik itu indah..Salam manis pada semua..=D senyum-senyum selalu kerana di sebalik hujan yang panjang..ada pelangi yang indah menjelma(:
Yang menaip guna hati,
---;--'--{@
~Dawia Honeyputri~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi