Thursday, 28 July 2011

270711 - Hari Terburuk Yang penah diRasa T_T..

Assalamualaikum. Tempat menaip Rumah kawan tingkat sepuloh, Shah Alam. Okey panjang cerita wia nak stori kali ni. Kenapa tetiba wia kat rumah kawan, dan kenapa semalam wia langsung tak hapdate blog. Memang ikutkan semalam, wia dah tak boleh tido malam tambah pulak pagi semalam lepas Suboh dah memang tak boleh lelap. Kenapa..? Kerana dalam hati tak sabar nak tanya pasal deposit =.=" Yup deposit rumah sewa..Opss bekas rumah sewa. Kenapa dah jadi bekas..? Meh nak cerita perlahan lahan. Tarik nafas dan hembuskan perlahan lahan ye sebelum baca.
> Situasi pagi <
Sanggup tak nak tido malamnya sebab nak menunggu siang menjelma. bila Subuh menerjah, mata pun dah tak nak lelap. Tak sabar nak cakap dengn housemate sebab bukan sikit deposit rumah wia, RM500. Dengan tak tahu apa apa, masa masuk rumah hari tu pun tak ada kontrak hitam putih. Itu memang salah wia juga sebab bagi sewenang wenangnya duit yang agak banyak bagi seorang student bulat bular macam tu je. Sangat kecik hati :'( dan pagi tu bila dah dengar agak diorang dah bangun.

Wia pun cepat cepat nak bertanya, sebab pada mulanya diorang dah setuju nak bagi RM200 je sebagai deposit wia. Wia macam tak puas hati dan sebab tu nak tanya mana perginya RM300 lagi. Sebab wia sangat tacing dorang cakap dorang yang pegang. Sentap sangat waktu tue, tu yang tak sabar  nak tanya. Bila wia tanya, discuss apa yang patut. Dapat la RM250. Katanya janji nak bagi deposit waktu tengahari. Ok wia menunngu dengan senyuman.

> Situasi Tengahari <
Lepas je masak memasak tengahari, wia menonton cerita Princess Hour kat tv memang dorang pun tak ada ke kelas kott. Tepat pukul 12.30 tengahari, balik la budak dua orang tue.. dalam hati tak sabarnya nak dapat balik deposit. Sambil teruskan menonton. Sye Yin yang katanya iras Tiz Zaqyah celup versi cina tu balik ngan kawannya. Dorang classmate merangkap housemate dalam rumah sewa wia tue. Wia tunggu je saat nak dapat duit. Dan boleh la wia blah macam tu je. Hee.. memang saat tu cam debar sangat. Al-maklum la wia seorang dorang bertiga. tak ramai pun stay dalam rumah tue. Sebab tu mahal nak mamp** !! Ggrr. Tengahari tu juga dorang nak conform dengan  budak yang wia cari tue. 

Wia pun bagi la no phone, lepas cong cang cong cang bercakap. Masa tu cerita Korea yang wia tonton tadi pun dah habis masuk la bilik sebab nak bersiap siap, makan dan kebetulan pukul 2 petang wia ada kelas. Memang nak rushing la kan.. tengah wia makan tetiba dak cina tu terpekik pekik panggil nama wia. Dia suruh keluar. Suara menyinga kamain ibarat singa kelaparan. Sekali dan keluar, dia pun cakap pom pam pom pam nak hentam kita. SENTAP kot wia time tue. Dah la makan pun tak sempat habis. Terkedu dalan hati rasa sebu. Perempuan mulut longkang ditujukan pada dak cina perasan kaya tue. 

#Maaf entri wia agak emosi time ni sebab perkara baru terjadi. Hal tu masih melekat dalam ingatan. Lambat nak pulih. Sambung balik cerita, wia pun dah tak larat nak dengar dia bebel cam mak nenek pastu dok tengking tengking bagai. Wia melawan.. serta merta lagi tinggi suaranya. Hampeh betoi amoi busuk ni. Wia stop kan dia cakap, sebab wia kata ada kelas terus tutp pintu geram. Ggrrr..! Lepas tu kebetulan incik dear pun call wia, sebab dia macam tau tau yang wia mulanya tak mau nangis, terus terhambur air mata bila ngadu dekat dia, sambil suap nasi perlahan lahan. sambil nangis. Telan nasi pun rasa tak lepas.

Terus incik dear pulak naik angin. Dia nak no phone amoi mulut longkang tue. Asalnya wia tak bagi, then takut gaduh tapi bila didesak banyak kali, terus wia bagi..masa pakwe call amoi tue, amoi tu dekat ruang tamu baca paper la kononya, dan masa tu wia dalam toilet tengah bersihkan muka dan ambik wuduk untuk solat Zuhur, terdengar amoi tu jawab phone, sambil marah marah. Kuat betul suara dia, macam orang hilang akal. Cehh, menyampah pulak dengar, ingat bagus sangat la tue..Rupanya pakwe wia yang cakap. Kesian dear, macam mana la dengar agaknya. Risau juga dia pun turut tacing. Bila habis je wia selesai ambik wuduk, nak masuk bilik, dengar amoi mulut longkang tu panggil wia. Mata tu mata wia pun dah merah. Serta merta wia cakap tak mau. Terus tutp pintu. Ingat nak hormat sangat orang macam tue. Boleh m****s !!

> Situasi Petang <
Azan berkumandang, masa tu dok fikir macam mana nak pindah dari situ, tapi apepun kena pegi ke kelas petang tu dulu. Kalau ada pintu keluar kat tempat lain memang pegi. Tapi.. hmm malas nak ngadap muka yang buat kita SENTAP.. meluat sihh. Bila dah settle semua, wia pun jalan terus ke pintu depan. Tetiba amoi mulut longkang tyu panggil.. macam malas nak dengar, tak sanggup dia mengarut macam orang gila..terus wia endahkan. Lepas tu dia cakap..RESPECT boleh.. wia tengok dia dengan muka tak puas hati. RESPECT..?! amoi mulut longkang ni bercakap pasal respect..dia tahu ke makna respect tue..? pui ~ wia memang betul betul marah kat dia terutamanya. Nasib si gemuk tak ada pegi kelas.

Kakak dia pulak diam membisu.. nampak suci tapi bab menjeling dia la ratu. Tak boleh blah ..Ggrr..!! baru je amoi tu nak cakap terus wia nak keluar. Then telefon dia berbunyi, apa lagi langsung la blah.. macam s*** je budak amoi perasan dia la tuan rumah padahal dia tak ada hak pun nak marah marah. Memang tu yang buat wia geram sampai sekarang kalau ingat balik >.< eeeee geram betul ! Pegi kelas dengan mata bengkak sikit. Then cerita kat kawan kawan terus dorang suruh pindah. Hmm memnag nekad sangat nak pindah. Malam tue juga.. Dalam kelas, terus belajar sampai habis kelas. Itu pun jasad ke mana hati dah ke lain..
 Nak tahu apa terjadi.. boleh ke wia pindah ke tidak..?

To be CONTINUE...

6 comments:

  1. sabar tau? semua ini dugaan wat wia...

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:55 pm

    x sbr nk tau cite sbnr..byk nya dugaan wia..aduih..sabar wia

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:42 am

    To Dawia ,

    Sampaikan pada putri jelita..
    aq sdh lelah dgn permainan ini...
    lepaskan aq dr ikatan yg teak terperi ini..
    aq yg telah lemah..dan tak lagi berdaya..meminta kepadamu...maafkan khilafku,

    berharap pada sang pencipta..ini bkn tulisan terakhirku,,,
    km menang...km menang put,, km telah berhasil membunuh karakter hidupku :)

    jika ini jln yg kau pilih..aq tidak akan membalas nya dgn kejahatan yg telah kau perbuat.
    :)

    heran,,,seorang wanita cantik mempunyai hati sekeji ini..
    masih ingat kah syal yg kamu berikan?

    syal tersebutlah yg selalu kupakai untuk mengusap darah yg kluar dr hidung dan telinga ku..
    aq yakin hidup ku tak kan lama..sakit dikepala ku makin sering kambuh..

    semoga km bahagia sayang dengan semua yg telah terlewati.

    ReplyDelete
  4. @ Mia-Ina terima kasih sis :)

    Allah menguji kesabaran sy bertimpa timpa, tapi mungkin ini hikmahnya..

    ReplyDelete
  5. @ My Blog terharunya.. :'(

    tapi mustahil bagi saya nak smpaikn pada dia.. hmm apepun kata kata awk pengubat luka lama sy

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi