Sunday 10 July 2011

Talkingg About Balik Kampung Yesterday ;)

Assalamualaikum ;)
Wia baru saja balik dari kampung dan balik kampung memang bestt. Macam macam yang wia rasai. Makan kenduri, tengok bunga yang cantik seperti bunga matahari, bunga raya putih, bunga keembung, bunga mawar dan bunga kenanga. Sembang dengan mak sedara. Sesi gambar bersama mak dan adik beradiknya, Wia jadi photographer, main dengan dua orang baby girl. Comel tau ;)

Geramm lama tak main dukung dukung baby yang kalau geram pasti terasa nak cakap.."anyonyonyo omei omeinya" sambil terasa nak cubit pipi yang geam geam nya dia.. wah memang lama sangat tak main baby comel 3 bulan dan 8 bulan. Lepas tu wia  buat wanci, barang mainan kecil yang dimasukkan dalam plastik comel. # Barang mainan kilang yang disertakan dengan keropok. Tolong maksu wia. Banyak pengalaman wia rasa hari nie ;) Best sangat.
Memang rasa seronok kalau berada di suasana kampung. Segala masalah pasti hilang. Terasa macam nak stay kampung lama lama even ramai. tadi kenduri makan sedap sangat. #Banyak makan daging cemana la nak diet wia. Tapi memang sepinggan full wia makan ;p Makan kenduri sekali sekala memang sedap. Opss lupa nak bagitau yang tadi wia pegi kenduri akikah tumbang seekor lembu. Memang jenuh makan daging hari nie :) Nikmatnya alhamdulillah..Blurp! Kenyangg dah.


Rata rata pegi kampung hari ni cakap mengenai ketibaan Ramadhan dan Syawal. InsyaAllah hujung bulan nie kita akan menjalani ibadah bulan puasa. Tapi wia sedih sebab pegang puasa wia sebab dah habis cuti dah.. Oh malasnya nak fikir sekarang.Yang penting dah habiskan cuti seminggu lagi kat rumah dengan sebaiknya :)
Bunga Raya Putih ;) Unik jarang dapat di lihat.
Bila di suasana kampung rasamacam fresh sangat. Wia pegi ambik benih bunga mawar dan bunga raya putih dekat rumah mak sedara pun , sepanjang jalan terasa udara yang segar, sejuk, dan menyamankan. Nikmatnya ! Sebab tue terasa nak stay kat kampung lama lama. rindu suasana kampung bila daah balik taman ni. sebab kat kampung banyak aktiviti boleh buat. Contoh bercucuk tanam. Bagi makan ayam , panjat pokok, ambik daun inai pakai dan ditempek dijari.# Bercakap pasal inai..adik wia dah petik daun inai untuk ditumbuk. Wia mungkin pakai lambat lagi la ;p Dah nak habis cuti. Hehe..
Yang penting semalam sangat best ;) Balik kampung memang rasa lain berbeza di bandar.. Wia senyum puas dapat sembang dengan tok dan tok wan. Sembang dengan mak sedara dan sepupu sepapat even ramai lagi tak ada tapi sangat bermakna. Selamat berhujung minggu uoOls. Heppy berblogging. Psst even pipi tembam wia tetap nak senyum puas nampak gigi ciptaan Allah A.W.T..P/s L Nak kuar dengan ayah beli tiket bas dan bank in duet ;p Aigoo.. Dating ngan ayah di hjg minggu. Ngee :'D

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi