Friday, 29 July 2011

Penceritaan BerSambung...

Assalamualaikum :) Baru berkesempatan menghapdate blog bila saat lelah itu telah pergi. Okey entri lepas memang pahit untuk ditelan. Tapi nak tak nak harus jugak atasi demi kebaikan diri dan famili..walaupun wia terkilan sangat perkara macam ni boleh terjadi. Sobs sobs. Ya memang hidup wia banyak dugaan, tak macam orang lain. Tapi wia tahu ada hikmah disebalik kejadian. Dan itu tandanya Allah masih sayangkan wia. Okey dari entri wia yang lepas wia cakap wia akan sambung cerita sama ada wia pindah atau tidak..walaupun wia ingin sangat buang perkara pahit ni jauh jauh tapi harus wia coretkan dalam blog wia nie sebagai pengalaman hidup.
 -------------------------------------------------------
 > Situasi Malam <
Pabila petang tue wia balik je kelas, terus ikut membe lya balik umah dia yang kebetulan satu blog je dengan wia. Cuma wia tingkat 5 dan dia tingkat 10. Syukur ada kemudahan lif. Jadi balik dari kelas tak la penat sangat :) Tapi serius pegi kelas  petang tue wia rasa macam tak boleh tumpu sangat. Dalam fikiran hanya cakap nak pindah. Maklum la masalah datang bertimpa. Kebetulan juga lecturer habiskan kelas sejam awal. lya pun harap wia menginap kat rumah diorang dulu. Jadi wia yang malu malu alah pegi juga melepak katsana. Sambil fikiran dok fikir cemana nak pindahkan barang. Yup ikutkan hati memang maalam tu juga nak pindah. Jadi tunggu kawan lya balik dari umah dulu..bincang cemana.

Okey settle bab tak mahu balik tengok muka amoi mulut longkang tue dah. Pasti dia bawa geng nak kenakan wia. Sebab wia sorang mesti kena hentam punya. Nak tak nak wia memang tak akan balik seorang diri kat umah tue. Malam tue set dengan kawan nak angkut barang. Kawan lya, Amy dan Kak Chik je ada kat rumah. Memang sudah jatuh ditimpa tangga wia ni, kak chik cedera lutut akibat jatuh. lukanya amat besar dan kena dibawa klinik. Amy pula kebetulan ada 3 kelas hari Rabu tu.. lya pula kena pegi persatuan silat dia sebab ada buka booth. Wia serba salah dibuatnya. Bertambah runsing sebab semua orang tak berapa sihat. ada juga membe dorang yang wia kenal, Sha kak kepada kak chik pun demam , ke klinik juga. Kalau ada mas mesti dia pun ada hal..tapi mas tak ada sebab ikut parent dia balik Indonesia. Sabar la hati..Banyaknya dugaan.

Okey wia cerita, betapa susah hatinya nya wia deposit RM500 pasti lesap ! tapi itu wia dah tolak tepi dulu, sebab angkut barang keluar lagi mustahak. Fikirkan lya dan kengkawan dia pun ada hal masing masing. Hati jadi serba salah. Hanya Allah yang tahu perasaan wia saat tue. Bila semuanya dah tenang, petang tue wia jadi seakan orang asing di rumah orang. Kak chik dah dibawa ke kilinik oleh akak dia. Amy belum balik kelas. dia pula nak masak malam sebelum keluar ke persatuan dia malam nanti. Wia..?? kaget disitu. Nak bantu tapi tak tahu yang mana, jadi lya faham perasaan wia. dia borak borak sambil masakkan nasi goreng ikan bilis dan sambal telur. Sedaapp! pandai lya atau nama sebenarnya Nur Alya' Athira masak.

> Lewat Jam 9 malam <
Lepas tengok semuanya kembali pulih, lya pun dah keluar. terpaksa minta tolong Amy yang wia tak rapat tapi penah satu kelas dengan dia. Kak chik pun wia kenal sebab selalu pegi umah lya. Lya je yang wia rapat sebenarnya. Nak tak nak terpaksa minat tolong dorang berdua. Amat serba salah tapi memang tak boleh biarkan barang wia cenggitu je. risau diapa apakan oleh amoi mulut longkang dan kawan kawannya. Memang wia nak settle kan malam tu juga. lya dah berkali kali minta maaf dari wia sebab tak dapat bantu. bila semua dah siap. Luka Kak chik pun  dah dicuci. Terus siap dan gerak ke rumah yang wia tak boleh tempuh tu. Huh ! Nasib ada amy dan kak chik. Langsung buka kunci mangga dan kunci pintu depan uamh. Slumber dek wia masuk bilik terus ternampak la amoi mulut longkang dan si gemuk kat ruang tamu. Seakan akan buat tak tahu tapi wiaa tahu la apa dalam fikiran dorang. sebab 3 bulan dok serumah tak kan tak tahu isi perut dorang..hmm.
Alya kanan dan member dia..
Masuk je dalam bilik. Memang barang wia tak kemas apa pun lagi. Terus je buka cadar, kemas almari. Kain kain dilipat. wia ambik rice cooker, iron, hilter dan barang elektrik lain simpan dalam kotak semula. Kemas kemas semua. Dah siap packing, ambik pula barang dapur masukkan semua ke dalam plastik besar. Dengan haraan tak tertinggal apa apa pun. Siap semua. Nampak amoi mulut longkang dok dalam toilet. Kemudian dia terus tutup pintu. Perangai tak elok punya orang. Menci sangat la agaknya. Padahal wia yang patut panas hati dengan dia sebab tinggikan suara ngan wia tak semena mena. Cisss!..yang wia gelar si gemuk pula memang suka jaga tepi kain orang. wiaa dan kawan kawan mengemas, dia pun turut sibuk perhati ke hulu hilir takut orang ambik  barang dia. Pegi laaa. Tak akan nak angkut barang korang laa. Menci dan menyesal wia stay situ. tau la lain bangsa. tapi jangan la nampak sangat wia ni keji sangat dimata dorang. Memang wia tak akan lupa sampai bila bila pengalaman hidup ni.
Amy dan Kak Chik
Barang semua siap dikemas, akhirnya..wia berpindah juga. Tapi nampak je sikit barang wia tetapi penatnya hanya Allah yang tahu. Angkut semua barang dulu ke luar pintu rumah. Kemudian angkut pula bawa ke lif. Suruh kak chik jaga sebab dia cedera. Kesian amy sebab banyak bantu wia. kehulur kehilir ulang angkat barang wia sebab jarak rumah ke lif selanga banyak rumah juga. Itu memang payah. Settle semua, masukkan pulak barang barang yang tadi, ke dalam lif. Kak chik tahan lif. Cepat cepat wia dan amy bawa masuk barang tu untuk naik ke tingkat sepuluh. Sampai ke atas, sekali lagi kak chik tahan lif untuk wia dan amy angkat barang ke rumah dorang pulak. Penat sangat sebab kena rushing. belum tamat lagi. Terpaksa angkat barang wia ke rumah dorang yanga gak jauh juga jarak dari liff ke rumah. Berulang alik bawa barang. wia sangat serba salah. Mesti amy penat. wia banyak susahkan dia kali ni. Dah la tak berapa rapat. Tengok amy berpeluh, wia patah lagi. Settle semua barang. Angkut pulak masuk ke ruang tamu rumah dorang. Ya Allah mencabarnya. Susahnya tak ada incik dear dekat sini untuk turut membantu.

 Jelas semuanya dah habis. Memang semua tercungap cungap. Tambah tambah wia dan Amy. sakit tangan, pecah peluh, dahaga, lapar semua cukup. dah la tak makan malam lagi. waktu tu jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Baru la wia, amy dan kak chik nak menjamah nasi goreng lya dan sambal telur. Setiap sorang tambah dua pinggan. lapar satu hal, kemudian ditambah sedap..memang menambah la jawabnya. Nasib lya masak banyak. dok tak lama lya pun balik. Dia minta maaf sebab tak dapat bantu. wia rasa tersangat penat. tapi yang penting wia dah settle dengan umah yang cekik darah tu. Huh ..! Berterima kasih wia pada kak chik dan Amy. Harap dorang tak kisah walaupun wia tahu dorang letih sangat. Sempat wia bagi kunci pada si gemuk tue, walaupun dalam hati rasa tak nak bagi je kunci tu pada dorang >.< Gggrr..

Okey To be Continue again..
# Panjang sangat.. jadi rehat dulu.

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi