Assalamualaikum pembuka bicara. Dengan niat tulus dan tawaduknya wia mengharapkan kawan kawan blogger sekalian dapat mengaminkan doa wia supaya pertemuan petang ini dengan dua hamba Allah yang sangat baaik hati memudahkan urusan wia. Wia sangat berharap pertemuan yang dijanjikan pada petang ini berjalan lancar hendakNya.
Saat ni getar dihati masih terasa, moga diperkenan Allah atas doa doa wia selama ini. Moga lancarkan bulan Ramadhan dann ibadah wia kelak. Berharaap nasib akan berubah. Semuanya diatas pertemuan petang ni dan atas kehendak Allah S.W.T.. wia berharap semuanya menjadi seperti yang dirancang.
Seperti ayat Surat Yassin yang berbunyi " Kun fa ya Kun". Kalau nak menjadi sesuatu ia, Jadi lah ia..amin :) dengan izin dan restu Sang Pencinta. Ya Allah tuhan ku.. wia sangat berharap semuanya akan mudah dan lancar. Jangan laa ada gusar dihati lagi. Tenang lah hati ini menerima apa yang kau inginkan. Tetapi satu harapan hamba mu ini.. moga dikau lancarkan lah. Hanya itu yang mampu wia mohon selain usaha dan tawakal.
Sekali wia harap, kawan kawan doakan wia dan amin kan lah supaya semuanya akan baik. Moga 'deal' ni menjadi. Semoga harapan wia dalam sebulan ni membuahkan hasil. Ya Allah, wia tak mampu untuk berfikir lebih dari akal fikiran. Yang lain hanya mampu berserah padaMu Ya Allah. Hati kecil ini cuma mengharap, apa yang di ingini termakbul. Wia nka bantu mak ayah.. dan tak tertanggung rasa diri ini untuk membebankan mak dan ayah di rumah.
Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah berdoa:Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
InsyaAllah..dengan harapan dan doa, moga moga segala nya akan berjalan lancar ya rabbul Izzati. Segala nya berserah dengan rendah diri. Hati ini getar.. tak mampu untuk berfikir. Masa cuma tinggal seberapa hari cuma.. Hanya kau yang mengetahui segalanya. Amin, amin ya rabbal Alamin. P/s : Tolong sama sama aminkan doa yang wia hajati. Mogaa termakbul ya Allah.. InsyaAllah.
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥