Friday, 15 July 2011

Sehari Tak Berblogging Terasa Setahun Lamanya..

Assalamualaikum :)
Seharian semalam wia tak hapdate mahupun blogwalk sebab tetiba wia on broadband langsung tak ada line, saja try connect rupanya connection dah terminated. Kuang kuang kuang >.< Nak kena bayar dah lettew jawabnya. Huhu.. Tak apa la sehari wia nak balik Shaha alam wia bayar. Sebab sekarang nie memang tak ada duit dalam tangan. tengah pokai memandang sem lepas sem pendek. Ta ada la masyuk duit peterptn..

Memang wia dah jatuh miskin sekarang nie. sabar aja lah. Kalau nak kan apa apa mesti rengek rengek kat mak atau ayah. Hee.. Tapi bukan selalu dapat sebab kenkadang wia ni terlalu boros kalau ada duit. Semuanya rasa nak beli. UoOls.. serius wia rindu sangat nak berblogging dan berblogwalk. Sekarang wia guna PC ayah untuk blogging dan log in FB.. kena guna juga walaupun kena ikut turn. Kuikui.

Tak kisah la janji wia dapat hapdate. Beberapa hari je lagi. Wia pun ni pertaa kali rasa yang tenet kena block sebab blum bayar. Haha. Memang sangat cuak tetiba line kat tumah ni tak ada. Ingat line tak ok. Rupa nya dah di Berhentikan buat sementara waktu sebab tak bayar. Hadoii.. Masa ni la broadband nak kena dibayar. Tunggu la beberapa hari lagi..sob sob.


Sedar tak sedar hari ni dah penghulu segala hari. Tambah tolak darab bahagi wia ada lagi 3 hari lagi di rumah sebab cuti wia pun dah nak habis. semester baru pun dah nak bermula. Sabar je la wia.. hati memang berat. Tapi nak tak nak kena pegi juga.. Lagipun wia dah bercuti sebulan lebih dah :') Sedih kot tak dapat blogwalk kerap akibat broadband menyepi seketika. Tapi apepun dapat juga on9 kat rumah nia rasa terubat sikit. 

Pasal entri wia yang lepas, alhamdulillah ia pulih sedikit walaupun tak semua.. Kerana hati ini seperti tisu yang lembut dan mudah tersentuh. Wia rasa tak sabar nak mulakan semester baru dan dalam masa yang sama amat berat hati nak tinggalkan kampung halaman selama sebulan. Kira wia akan puasa penuh di Shah Alam. Sebab nak balik pun boleh mengundang letih. Hmm memang nampak gayanya macam tu laa :(

Okey wia dah ketagih nak berblogwalk ;) Heppy Friday uOls. Ceriakan hati selalu. Ingat Allah sentiasa bersama hambaNya. Wia tearas nak hidup udara kampung puas puas. Sememang cuti yang panjang buat hati rasa letih dan berat hati untuk balik merantau. Kuatkan hati.. habiskan sisa cuti dengan famili sepenuhnya. P/s : Lately jatuh cinta dengan cerita Korea "Princess Hour"

2 comments:

  1. Anonymous12:18 pm

    tringat ms student dulu..ada rs mcm wia juga..pantang blk rumah, berebut internet dgn adik.mujuq sekarang dh keja..wat hal sendiri la...byr internet...tp dh dok niat dlm hati ble dok dgn suami..syarat utama mau ada internet...gila nk blog.haha

    ReplyDelete
  2. @ Mia-Ina mmg macam tu kan kak :) sementara nak bekerja sendiri..hehe


    sweetnya akak nak ada internet minta dgn suami..hehe :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi