Thursday, 7 July 2011

Syukur..Result Periksa Wia Semester Lepas Dah Keluar. Result nya??

Assalamualaikum :) 
Sekejap dah hari Khamis. Hari nie 07hb Julai dimana result wia keluar. Pepagi nie wia dah cuak sebab result exam dah nak keluar. Walhal dah tau dua hari awal. Walaupun berdebar yang amat. Wia gagahkan diri juga untuk tengok di website student portal pagi nie. Cuak tu jangan ditanya. Kalau ikutkan takut nak tengok result memang mals nak buka tengok pagi pagi cenggini. Bila tak tahu lagi maka banyak la persoalan yang bermain di mina. Sebab tue wia akan buka tengok awal awal. Senang ! Elok ke tak elok kita dah tahu. Ehemm# Sekarang ni pun tengah taip entri denyutan jantung wia masih dup dap dup dap. Nebes tadi tak hilang lagi ;p
Masa buka website "Student Portal" semester nie serius wia jujur yang wia puas hati sebab sistem tak Down dan selesa dan laju je nak check result. Hati berdebag bagai dikata. Nak tekan button enter pun rasa tak sampai. Sampai begitu sekali penangan. Kalau malam tadi lagi best, siap dok tertanya tanya berapa kah pointer wia semester ni, turun ke naik. Risau sangat. Kenkadang wia ada terfikir yang bukan bukan takut pointer menurun mendadak.

Bila dah usaha sunggug sungguh, berserah dan tawakal kepada Allah itu penting. Okey jeng jeng jeng, laman portal milik wia dah onn. Nak check bahagian result Examination. Takutnya. Tak dapat bayang berapa pointer yang bakal di perolehi. Rasanya wia tak cukup belajar lagi sem lepas tu yang takut tue. Dan bila di loading lagi, debaran terasa seakan jntung nak luruh :') Hadoii. Nebes sungguh. Tangan pun seram sejuk.

Last last dapat juga result :'D Fuhhh..legaaa. Menaik . Terharu :') Bertambah baik dari semester lepas. Pointer pun meningkat. Syukur Alhamdulillah. Seronok sangat dapat result, member yang lain pun dapat result yang okey sebab dari pemerhatian status di FB depa. Bersyukur sangat pada Mu Ya Allah kerana memberikan nikmat nie pada hamba Mu ini.

Okey hari ni nak buat kek coklat lembab yang sejuk sejuk beku ada topping coklat pekat tue. Mungkin sempena wia dapat result baik boleh la jamu adik adik dan mak ayah dengan manisan. Kek Coklat. Hee. Okey Have a nice day. Heppy berblogging. Wia rasa heppi dapat result exam yang memuaskan hati. P/s : Cuti sen wia tinggal kurang dari seminggu. Perlu manfaaat sehabis mungkin dengan keluarga tercinta. Doa wia moga kejayaan nie berpanjangan hingga final year. Amin Ya rabbal alamin :)

4 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi