Saturday 30 July 2011

Counting Baby Moon Ramadhan =)

Assalamualaikum :)
Counting baby moon Ramadhan Al-Mubarak. Cepatnya masa. Setahun dah pun berlalu. Esok dah nak tengok baby moon. Tak sabar nak jalani ibadah puasa selama sebulan. Harapnya dapat la merasa nikmat berpuasa dengan sebaik baiknya. Nak tingkatkan amalan ibadah dua kali ganda dari sebelumnya kerana banyak ganjaran hebat yang dijanjikan Allah dengan ketibaan Ramadhan yang mulia.

Sabar menanti..insyaAllah lusa atau tulat kita akan jalani ibadah puasa. Menahan lapar dahaga dan amalan yang dilarang ketika menjalani ibadah puasa. wia ingat lagi tahun lepas, wia last puasa di BJ (Bestari Jaya) Kuala Selangor dan kali ni pertama kali di Shah Alam pulak. Sangaty teruja. Dan wia jamin ramai lagi kawan kawan dan saudara seISLAM dengan wia yang tak sabar menanti bulan dimana Syaitan akan dirantai. Yang ada hanya la nafsu manusia dan tabiat sendiri.

Ramadhan, bulan yang mudah mendapat pahala. Bulan yang satu satunya ada Solat Sunat Tarawikh..dah lama wia tak menunaikan solat Tarawikh. Azam bulan Ramadhan tahun ni wia nak buat solat tarawikh bersama muslimin dan muslimat Surah Al-Islah di depan rumah wia ni.. harap harap dapat laksanakan dengan sebaiknya. Amin.
Syukur bulan Ramadhan kali ini membawa kelainan pada wia. InsyaAllah bulan puasa kali ni juga adalah hikmahdisebalik masalah wia sebelum ini. Harap ini la hikmahnya :') Wia sedang berkira kira nak berpuasa di siang hari dan nak grab sebanyak mana pahala dari Allah S.W.T.. ini la masanya umat Islam sama sama melakukan amalan yang Allah janjikan ganjaran jika lakukan amal maaruf nahi mungkar.
 # Moga sama sama kita tingkatkan amalan mulia dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak.
Wia sendiri tak sabar menati bulan kerahmatan tue. Harapnya dapatlah lakukan rukun Islam ketiga ini dengan baik dan diberi kesihatan yang berpanjangan sihat walafiat. Amin :) Kali ni wia berpuasa di dalam rumah baru. Moga segala masalah dah settle. Nak timbulkan keceriaan dalam diri dengan menunggu baby moon muncul. Hee.. moga Allah perkenan doa. Setiap umat Islam dalam Malaysia ni mesti dah buat persiapan fizikal dan mental untuk menempuh bulan Ramadhan yang penuh 1001 kesabaran dalam menahan nafsu dan melakukan ibadah siang dan malam. InsyaAllah..
Wia heppy nak sambut baby moon Ramadhan;) Moga amalan puasa kita tahun ini lebih bermkana dari sebelum sebelumnya. Lakukan sehabis baik kerana belum tentu tahun depan akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Moga segalanya berjalan lancar. Heppi tahun ni weOuls dapat sambut Ramadhan awal ;)

4 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi