Assalamualaikum :) Pejam celik pejam celik. Dah penghujung bulan FEBRUARI. Menariknya bulan ni dan tahun ni adalah tahun lompat. Dimana tarikh 29 Feb muncul untuk 4 tahun sekali. Kiranya tahun ni kita ada 366 hari setahun. Bestnya !! Lagi best pada siapa yang lahir tarikh ni boleh la sambut dengan meriahya ;)
Dalam famili mahupun member wia masih belum ada yang lahir tarikh ni. Tapi memang bermakna la tahun ni.. Entah sempat atau tidak untuk tunggu 4 tahun akan datang. Masa cepat berubah. Status boleh berubah. Ajal maut mungkin menjemput. Tunggu 4 tahun untuk 29 Februari 2016.
Dalam tarikh yang julung julung kali ada dalam tahun, hari ni wia free. Rest kat rumah sewa dan siapkan asaimen yang tertunggak. Bila mana dah hampir dengan bulan Mac, maka makin bertimbun kerja wia. Hampir juga dekat dengan final exam, presentation group dan test, quiz bagai.
Walau cemana pun wia tetap tak sabar tunggu bulan MAC, dan bukan bermakna tak sayangg tinggalkan bulan FEBRUARI yang banyak kenangan manis untuk tahun ni ;) Memang sukar dilupakan. Biaralah ia menjadi diari bersejarah dalam hidup wia
Pada yang sambut hari lahir tahun ni, "Selamat Ulangtahun Kelahiran"..wia ucapkan. Semoga panjang umur murah rezeki. Pada baby baby yang dilahirkan hari ni, "Selamat datang ke dunia". Moga menjadi anak yang soleh dan solehah bagi yang beragama ISLAM.
4 tahun lepas pada 28 FEBRUARI 2008. Wia masih belum memiliki blog. Dua tahun selepas itu baru aktif dalam dunia blogging. Masa tu hanya aktif FRIENDSTER dan MYSPACE.. Itu zaman remaja belasan tahun. Haha. Kini bila dah berumur 20-an. Dah berbeza. Bukan sikitt tapi banyakk :)
Okeylah saja wia pos entri sempena tarikh 29 FEB yang bermaksud tahun ni kita tambah sehari dalam kitaran setahun menjadikan genap 366 hari. Moga manfaatkan segalanya dengan baik baik untuk sehari yang istimewa ni. Selamat beristirehat untuk wia. Tak sabar nak blogvespaking :'D Rinduu. #Semalam langsung tak update blog. Pabila mood hilang dia nagin lalu. Ecece..
:: S P E C I A L D A T E ::
29 FEBRUARI 2012