Saturday, 18 February 2012

Pelangi Sebuah Kejayaan :')

Bersyukur ke hadrat Allah kerana rezeki datang tanpa kita jangka. Alhamdulillah wia nak kongsi dengan blogger yang singgah di blog picisan wia. Bangga dengan diri sendiri bila masuk kelas Research semalam. Seorang pensyarah sebutkan nama wia dengan rasa ingin tahu. Wia yang janggal nama disebut dalam kelas. takut pun ada kalau kalau ada buat silap.

Rupanya bila pensyarah mengenali wia..Al-maklum sebelum ni mungkin beliau tahu rupa tapi tak ingat nama. Terus beliau umumkan yang wia adalah yang terbaik mendapat kuiz secara brainstorm yang dibuat masa kelas malam tempoh hari. Oh masa tu gembiranya rasa hati. Rasa bangga apatah lagi. Ini berita gembira buat wia. Jarang dinobat pelajar terbaik dalam kelas. Maklumlah wia pelajar sederhana ;) #Sungguh tak tipu.

Asaimen Group hampir dapat markah penuh :')

Kuiz Brainstorm mengenai FB  >.<"

Paling wia terharu, asaimen group juga menaikkan nama wia. Sungguh itu berita baik kedua kerana group wia dan ahli yang lain hampir dapat markah penuh. Syukur alhamdulillah. Rezeki akhir sem :')

Memang membanggakan. Wia bukanlah niat untuk menunjuk nunjuk tapi sekadar berkongsi kegembiraan atas kejayaan. Dengan harapan final exam yang akan tiba akan dapat lebih terbaik. Amin. #Doakan wia ye kengkawan blogger..


Manisnya sebuah kejayaan.. Disebalik usaha yang gigih dan pengorbanan kan.? ;) Dan wia rasai saat ni di hari Jumaat yang berkat semalam. Sesungguhnya ini menjadi kekuatan untuk wia lebih berjaya di masa akan datang.. Semangat berkobar kobar.. Akhir sem dah katanya. Insha Allah :')

Patutlah peribahasa ada mengatakan.. "Disebalik hujan, rupanya Allah nak hadiahkan sebuah pelangi yang indah. Indahnya Kasih sayang Allah pada hambanya yang kerdil ni"..

1 comment:

  1. waaa congrats kak! sy selalu pegang kata2 ni;

    "imagine the satisfaction of successful, so that we'll never give up n will put more effort". hehee :P

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi