Wednesday 1 February 2012

Februari,, Hope Nice To Me (:

Cepatnya masa, terasa baru semalam tengok bunga api tahun baru Masihi 2012. Masuk hari dah pun masuk bulan Februari, bulan kedua dalam tahun 2012. Dah masuk bulan baru. Terasa masa tu sudah nak kejar. Banyak yang belum dibuat. Harap harap dapat dikecapi sebelum terlambat. Ecewah ayat wia ;)

Kadang kadang wia suka masa berlalu dengan pantas, kenkadang pulak terasa ingin masa lambat berlalu. Memang lumrah manusia kan.? Bulan baru dah menjelma. Azam bulan baru, memang dah disenarai pendek. Banyak asaimen yang belum settle. Banyak projek group yang tak buat buat lagi >.< " Bila teringat tu semua rasa cam malas balik kampus #pulakss.

Esok dah nak berangkat baalik Shah Alam. Jumaatnya masih perlu hadirkan diri dalam kelas dan duduki test company law. Kuikuikui. Asaimen tak terbuat dek terbuai dengan cuti CNY yang nyaman selama 2 minggu..Hadoii, orang cuti seminggu. Wia sampai dua minggu. Al-maklum kelas Rabu dah Jumaat jaa. Tu yang ambik lajak tu. Kihkihkih

Sejak dah senior ni. Balik bercuti mesti dah lebih sehari dua. Mungkin rnak lepaskan rindu pada famili ler tu. Yang penting..masa tetap akan berlalu walaupun kita kejar mahupun kita biarkan sebegitu. Yang pelajar menghitung hari untuk habis studi dengan jayanya. Yang solo menghitung hari untuk di ikat dengaan tali pertunangan. Yang bertunang menghitung hari untuk berkahwin. Yang berkahwin menghitung hari untuk menimang cahaya mata. Begitulah kitar hidup :')


Apapun wia harapkan Februari ni akan be NICE dengan wia. Amin. Semuanya berjalan lancar, dipermudahkan urusan. Tak lama jaa lagi wia akan habis studi. Banyak yang perlu dirancang. Dah dirancang memang nak sangat dilaksana. Impian demi impian. Kenikmatan nya bila dicapai dengan redha Allah. Ok, wia nak pi market dulu.

Selamat  berblogging. Tengss pada yang sudi komen ruangan entri wia. Sangat terharu :') Nanti wia balas ek. Akhir dan bukan yang terkahir, berbahagia la dengan orang tersayang. Tunjuk kan rasa kasih mu selagi ada masa. Itu lebih bermakna, dihargai dan menghargai antara satu sama lain. Terima kasih Ya Allah ^_______^

1 comment:

  1. biasalah wia..itulah kitaran hidup..lps wia hbs study,mesti nak fikir keja then kahwin dgn lelaki wia cintai & ble hidup bersama..anak itu sbg pengikat jiwa yg dh bersatu....

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi