Niat dihati nak pi beli buku hari ni. Habiskan baucar buku 1 Malaysia yang masih tersimpan kemas dalam purse kelabu wia. Tapi pendapat uoOls, kedai buku kat Shah Alam ni buka tak ek hari Ahad hujung minggu ni. Nak survival sensorang naik bas, kenkadang kena fikir dua tiga kali.
Kalau nak pi memang boleh. Kecewa belakang kira. Tapi bila dah gerak tu memang la nak dapatkan apa yang kita nawaaitu kan. Bila tak ada, nanti akan jadi dua kerja. Betul tak uoOls? Sebelum ni wia dah cari buku tapi kedai buku tu tak ada buku rujukan yang wia nak. Tak dapat gunakan lagi baucar yang kerajaan bagi tu.
InsyaAllah kalau rajin satgi nak keluar jugak lah. Jalan jalan cari buku dan window shopping. Memandangkan member semua balik bercuti sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam. Jenjalan sensorang la jawabnya. Insha Allah Rabu baru depa balik mai sini.
Kalau boleh wia nak habiskan terus baucar tu supaya tak membazir di kemudian hari. Sayangg RM200..Nak guna beli buku, aat tulis sebaiknya. Sampai sekarang tak tertunai lagi. Masa dan tempat belum mengizinkan. Macam hari ni takut kedai buku tak buka. Kan best kalau ada kereta atau motor ---"
Patut ke tidak wia keluar ye. Hati ini nak keluar tapi akut sia sia sebab kedai tak buka. Al-maklum ler nak keluar sorang sorang. Tak sabar nak carikan buku ilmiah disamping buku rujukan. Mesti ada dikalangan uoOls yang dah guna baucar buku tu sampai haabiskan. Bestnya ! Ni jeless ni :p
Selamat berblogging semua ! Ceriakan hari hari hempa semua ok. Wia bahagia sekarang dengan hidup wia kini. Teruja akan sesuatu pun ada. Berkobar kobar nak habiskan baucar buku dengan sebaiknya. Kalau tak hari ni insha Allah dalam minggu ni mesti borong buku. Salam Maulud Nabi (",)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
gunakan voucher dengan sebaiknya. ;)
ReplyDeleteyeay...untung kaurang dpt voucher.. :) beli buku yg dapat manfaatkan diri wia..okei :)
ReplyDelete