Wednesday, 22 February 2012

Ketagih Meggi? tapi Awassss !!

Berapa kali uoOls kerap makan megi..? Mi segera cam megi memang sedap dimakan dan cepat kan. Wia sendiri kerap makan. Huhu. Bila tetiba satu hari seorang lecturer wia cakap pasal meggi dan seumpama mi segera yang lain. Tetiba jadi takut ---"


Serius, megi boleh rosakkan buah pinggang. >.< Sebabnya banyak perisa tambahan yang digunakan. Lagipun kalau uoOls perasan, kalau kita makan megi tk kira la apa perisa pun mesti kita rasa cepat dahaga. Banyak sangat aji nomoto yang digunakan dalam penambah perisa.


Lepas tu kalau mi segera yang berkuah macam megi tomyam dan megi kari..Mesti rasa nak hirup kuahnya sampai ke titisan terakhir. Betul  tak.? Sebab rasa sedap dan nak lagi dan lagi. Hadoii ini wia cerita dari pengalaman sendiri.

Megi Feveret ;)

Kalau jawapan uoOls tak tu memang uoOls bukan penggemar megi yang tegar. Sobs sobs. Kebanyakan pelajar yang suka makan megi dan makanan instant ni termasuk wia :'( Nak hindari tu memang payah. Memang sekarang tak jatuh sakit lagi. Tapi efek jangka panjang memang buatkan buah pinggang kita kerja kerass. Kesian bila fikir buah pinggan kita yang kumuhkan segala apa yang kita makan kena kerja keras.



Bila makan makanan sedap seperti jajan, megi dan lain lain. Memang syokk tapi efek pada diri sendiri kita ambik endah tak endah. Serius, wia memang sekarang makan jugak dek kerana teringin. Tapi dah tak kerap macam dulu. Huhu


Perisa yang best bagi wia tomyam dan kari. Heee. Lepas masak letak pulak cili padi dan bawang besar mentah. Boleh kecur air liur. Wia suka masak atas dapur gas dan bukan rendam dengan air panas saja. Macam tak kaw camtu. Haha.. Pesanan dari editor, kurang kurang kan lah makan makanan yang tinggi MSG dia. Kuikui.


Bila tengok di bungkusan plastik meggi. Punya panjangkan bahan yang diguna. Kadang kadang tu bahan bahan yang tak pernah kita tahu. Dari tu, mencegah lebih baik dari mengubati :) Sama sama kita jaga kesihatan diri baik baik. Insaf =.= Harap dapat kurangkan makan makanan segera. Amin.


Tips bila makan makanan segera seperti meggi . Seeloknya bila merebus kali pertama, buang air tersebut. Kemudian guna air bersih yang lain untuk masak bersama perencah. Jangan malas buang air rebusan pertama. Kerana dalam air rebusan pertama mungkin mengandungi lilin yang digunakan dalam keraskan meggi.

Selamat Mencuba. Bila habit ni memang susah nak buang. Suka wia tekankan mencegah lebih baik dari mengubati. Amin. Sayangilah buah pinggang kita. Hee. Sekaligus tubuh badan yang merupakan jasad dan amanah dari Allah. Selamat berblogging ! Amacamm ok tak tulisan font dalam blog wia yang ditukar.? Ambik mood katanya ;)

2 comments:

  1. erk!!
    bahaya jg mkn magie slalu yek....
    tp sedap la la magie,tu la plg senang msk klu mals..:D

    ReplyDelete
  2. bahaya tapi kalo student memang banyak suka makan magie kan wia,,termasuk lieya sendiri hehehe,,n pebret magie semestnya tomyam,,lagi satu kan wia magie nie slain efek pada kesihatan ia jugak buat kita mengantuk tau,,heheh

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi