Monday, 27 February 2012

MiSi Mencari Roomate BerhaSil ! :')

Assalamualaikum. Malam ni wia terasa usaha yan tekun itu memang membuahkan hasil. Hari ni 27hb Feb memang mood macam macam ada. Biasa lah hati manusia. Begitu juga wia ;) Memang kalau dicerita dari bangun pagi hingga ke saat ini memang rumit.


Apakan daya, kalau boleh bercerita memang boleh. Wia kan hobi suka menaip.. Haha.Tapi wia tak sabar nak cerita yang lagi besh bersesuaian dengan mood heppi tak terhingga bila hasil yang diperoleh memuaskan hati. Hari ni wia ada TEST. Memang sukar nak dilupakan kejadian test hari ni. Dengan 2 jam lebih di bilik.. Empat soalan yang memang wajib dijawab dalam esei. Memang perah otak.


Lagi bertambah stress, jawab soalan TEST dengan lecturer stop bercakap 10 minit dalam masa 2 jam lebih. Mampu jawab test cenggitu.? >.<" Serabut kepala uoOls.. Mana nak dengar lecturer cakap , mana nak jawab soalan esei.. Tak pernah lagi la alami situasi cenggitu . Aigooo..


**********************************



Kejadian kedua, baru saja wia alami pukul 11 malam tadi. Nak tahu, malam ni wia dan member serumah yang lain bertekad cari roomate untuk wia. Yup memang sebulan ni wia hanya tinggal seorang dalam bilik kat umah sewa. HEAVEN sungguh rasa. Memandangkan wia kena terima kenyataan yang wia kena tinggal berdua untuk bulan bulan akan datang.


Hari ni pun dah penghujung bulan, memang terdesak cari rakan sebilik. Takut takut kena bayar lebih untuk bulan ni. Apa lagi, wia terus buat iklan cam biasa. #Memang dah biasa buat iklan sewa rumah sejak pandai tinggal dirumah sewa. Sejak stay Shah Alam. Doolu tinggal kat hostel kat ceruk BJ.. Pssstt..


Dalam 5 minit wia pos iklan, jangan ditanya dimana. Tup tup dapat panggilan teruss. Terus dari pemanggil cari bilik untuk disewa. Alahai masa tu dalam hati bunga bunga. Subhanallah :') Dia cakap dalam 5 minit terus nak on the way tengok bilik. Rezeki cepat ekspressss.. Syukur pada tuhan.


Terus bagitau member serumah yang lain. Depa semua terus eksaited. Kemas apa yang patut biar tampak kemas dan bersih. Menyapu, membuang sampai. Buang habuk dan wia kemas bilik. Al-maklum ler bilik wia yang kekosongan. Selesai weouls berkemas ala kadar. Memang gotong royong sakan dengan harapan ia menjadi. Dan orang tu terus setuju nak menyewa.


Beberapa ketika menanti..Loceng rumah berbunyi tanda ada tetamu di luar.. Zuppp. Sepantas wia jenguk luar pintu dan buka untuknya. Alahai dah kenal pun orangnya. Ira namanya. Tinggi dan bergaya. Cepat juga dia sampai. Pandai dia cari rumah weoulss. Hehe.


Dengan mesra kami sambut dia. FYI, rumah sewa kami memang ala barat sikit sebab pakai kasut dalam rumah. Then. terus wia tunjukkan  bilik dia. Dengan senang hati, dia tak banyak karenah. Wia ceritakan serba sikit pasal bilik dan kemudahan yang ada.


Alhamdulillah, Ira terus nak booking umah dengan bayar deposit terus.. Rasa cam nak nangis sebab terlalu heppi. Rezeki dan misi malam ni terus berjaya. Akhirnya di hujung bulan yang mendebarkan, dapat juga penuhi kekosongan bilik untuk 6 orang 1 rumah.


Jadi tak payah la bayar lebih untuk bulan depan. Hurray !! Semuanya cepat berlalu. Terlalu pantass. Baru makan malam tadi, weoulss semua susah hati. Kemudian, malam terus rezeki masuk. Ira datang tengok bilik dan kemudian terung booking. Ya Allah.. "KUN FA YA KUN"..  Jadi, maka jadilah ia. Subhanallah :')


Ini yang dikatakan rezeki datang bergolek bersama usaha. Lega tersenyum puas weouls malam ni. Usaha berhasil. Tidur nyenyak la malam ni bila misi malam ni berjaya dengan suksesnya. Hewhew. Minggu ni wia dah ada roomate baru. Nanti wia perkenalkan ok. Muda lagi pada wia.. Teehee :'D Selamat berblogging !

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi