Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul ♥ 1433H

Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal adalah tanggal kelahiran Nabi Muhammad S.A.W iaitu kekasih Allah dan nabi akhir zaman. Juga merangkap rasul junjungan yang diberi mukjizat Al-Quran. Sehingga sekarang umat Muhammad membaca kalam syurga yang indah dan makna yang mendalam yang terdapat dalam kitab Al-Quran.

Sedetik bingkisan lagu yang wia sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad sisipkan dalam entri sempena mengingati Nabi merangkap Rasul akhir zaman ni..# Syahdu rasa hati ni walau tak kenal wajah tapi cukup merinduimu Ya Muhammad..Subhanallah.


Rasulullah.......................
Dalam mengenalmu,, kami susuli lembaran sirahmu. Pahit gentir perjuangan mu. Membawa cahaya kebenaran. Engkau taburkan limpah ilmu..Untuk umatmu yang tercinta. Biar terpaksa tempuh derita namun hatimu tabah menghadapinya. Rasulullah..Walau kami tak kenal wajah, tapi kami rindu padamu Rasulullah.

Maaf lirik wia ingat ingat lupa. Kalau salah tolong bagitau. Teringat masa zaman sekolah, sambutan Maulud atau Maulidur Rasul disambut meriah. Semangat sediakan sepanduk, belarak ramai ramai sambil berselawat ke atas Nabi. # Rindu saat itu.

Meriah sambutan. Bermacam acara dibuat termasuk ceramah sempena mengingati Kekasih Allah ini. Tapi kini wia tak dapat nak sambut dan berlarak seperti dulu. Kerana rindu, sayu rasa hati ini untuk ikut serta berselawat ramai ramai sebagai muslimin dan muslimat umat Nabi.

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Nabi Muhamad S.A.W..Perbanyakkan berzikir dan selawat ke atas Nabi, insha Allah akan dibantu Nabi di akhirat kelak. Wallhualam-

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi