Monday, 6 February 2012

Terlalu Mengharap Kecewa Akhirnya :'((

Sebak. Sedih. Kecewa. Hampa dan seumpama dengannya. Itu yang wia rasa saat ini. Mungkin itu pelajaran yang wia dapat hari ni, jangan terlalu mengharap akan sesuatu, pasti kecewa dan sedihnya menusuk di kalbu. Memang sebelum ni wia pernah dengar yang " Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan"..: "Setiap yang berlaku adalah kuasa Allah"..

Sebenarnya ia memang berlaku dan wia alami pun kini. Jika merancang sesuatu, janganlah terlalu mengharap. Suka sekali wia sebutkan perkataan dan statement itu berkali kali. Supaya menjadi peringatan pada wia untuk masa akan datang kerana ia memang sakit ! bila dirasa.

Wia memang tak suka membebankan orang dan rasa terbeban. Mungkin bukan wia saja, tapi uoOls dan tanyalah pada orang lain pun, mesti tak suka dua perkara ni. Bila ini terjadi..memang perit rasa. Wia juga tak nak berhutang dengan sesiapa. Jiwa rasa sentapp.


Kenapa wia luahkan desini. Tersirat yang mendalam. Bukan soal nak menceritakan hal sebenar yang ingin wia luahkan. Cuma sekadar nak kurangkan sikit rasa sedih di lubuk hati. Kecewa memang kecewa yang amat. Biarlah tak jadi apa yang dirancang. Wia sekarang dah TAWAR HATI..

Lepas ni bukan tak boleh mengharap dan merancang cuma kena lebih hati hati dan tak terlalu mengharap seperti apa yang wia rasa sebelum ni. Teruja. Menghitung hari. Tapi kesudahannya hanya Allah yang tahu. Betul kata pepatah Melayu, kalau tak ada aral melintang, inshaAllah jadi. Tapi bila DIA cakap "Kun Faya kun".. dalam Surah Yassin ayat : 82 . Jadi, maka jadilah ia..  Tak ada siapa yang dapat menghalang.

Biarlah hal ni berlalu tanpa ikut seperti apa yang dirancang. T_T Sedih sekarang tak apa takut lebih kecewa dan sebak lagi dikemudian hari. Lepas ni wia akan lebih mendiamkan diri. Memang wia kuat bebel ,kalau tak tak ada la menaip satu hobi kan.? Tapi dalam hati siapa la yang tahu. # speachless.

Semoga ini menjadi tauladan buat wia sempena Maulud Nabi hari ni. Syukur dah diberitahu awal awal tak ada la terlalu kecik hati sangat di kemudian hari. Tapi untuk merasa yang kedua kalinya memang perit. Suka wia cakap yang wia sekarang dah redha. Semua kuasa Allah. Ini Moral of stories wia belajar untuk hari yang bermakna. #Hidung merah mata berair sampai bengkak.

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi