Sunday, 26 February 2012

Lemahnya Skil KomunikaSi Inggeris.

Assalamualaikum :) Memula nak cakap, pernah tak uOls terserempak dengan foreigner atau pelancong luar negara.? Kemudian di bertanyakan sesuatu pada uoOls. Kalau uoOls pernah, wia pun pernah. Termasuk hari ni. Kiranya ini kali ketiga atau keempat wia ditanya foreigner di tempat yang berbeza.


Ya Allah bila ditegur dan disapa terus wia rasa kekok yang amat untuk berkomunikasi dengan pelancong tersebut. Macam kejadian hari ni, wia terserempak dengan perempuan Nigeria.. Kebetulan hanya wia dan dia saja katsitu sebab nak melintas jalan.


Tetiba dia tegur bertanyakan katmana boleh dapatkan teksi.. Terus kekok. Ayat bahasa omputih wia terus tunggang langgang. Blur sangat waktu tu =.="   Strees pun ada sebab tak lancar cakap. Masa tu rasa malu yang amat. Nasib tak ada sesiapa. Hanya wia dan perempuan Nigeria tu :'(


Lepas tu, dia tanya wia berapa tambang dari SACC ke Blue Wave. Mana cek tau minah Nigeria >.< Oh last last keluar ayat I'm not sure mam. Erkk -_____-  Serius rasa macam nak tutup muka. Sebab malu. Mimik muka wia berkerut mesti ketara. Rasa seolah olah nak keluar ayat tu payah sangat. Lemahnya skill bahasa ENGLISH wia..


Malu pulak, sebab sebagai pelajar. Wia rasa tercabar dengan perempuan Nigeria tadi. Mesti dia tak faham ayat wia yang putus dan kekok tu. Kesian diaa. Ayat basic ja wia guna. Memang sangat memalukan diri sendirik. Masa tu memang rasa nak pi belajar communication skill  bahasa Inggeris.


Kebetulan, masa wia terserempak dengan perempuan Nigeria tu, wia tengon on call denga si dear.. Tetiba perempuan tu bertanya, wia masih on call.. Dan si dear pun dengar la apa yang wia cakapkan. Malu nyaa. Lepas tu terus, si dear SPEAKING ENGLISH dengan wia. Selama 10 minit jugak. Mungkin#


Memang bahasa yang asas pun sangat susah nak luahkan. Ini la wia.. Lemah dalam komunikasi skill.. Faham dengan apa yang disampai dan menulis boleh lagi. Hadoiii... Harus ambik kelas bahasa komunikasi omputih ni :'( Rasa tercabar sangat.. Teringin la nak cakap lancar dalam bahasa Inggeris. Lancar macam air.. Serius itu yang wia rasa saat ni.. Ada sesiapa leh bantu.? Kalau tak masalah ni akan berterusan. Aigooo..



Dear pun cadangkan wia cenggitu jugak. Sebabnya kita tak selalu praktis dalam rutin harian. Jadi apa yang dibelajar hanya pada waktu itu sahaja. Kemudian haruslah bahasa Malaysia jadi bahasa komunikasi harian. Ditambah pulak dengan loghat masing masing. Ikut negeri..


Apa yang wia lalui ini memang mulanya dengan gelak gelak. Kemudian, rasa malu dan kemudian sedar yang diri ini sangat lemah dengan bahasa antarabangsa ni. Itu kenyataan. Seronoknya tengok orang speaking laju macam peluru. Ada sesiapa leh jadi cikgu Inggeris wia.? :)


Yang penting, pengalaman hari ni dijadikan satu ikhtibar yang wia harus lebih mendalami ilmu komunikasi dalam bahasa ENGLISH.. Supaya tak jadi kejadian yang sama. Menulis dan mendengar masih faham. Tapi bila nak berkomunikasi. Itu masalah wia.. Doakan wia boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar lepas ni. Baru best bertegur sapa dengan foreigner yang bertanya arah dan tempah. Amin. P/s : Sebenarnya wia teringin nak belajar bahasa Mandarin dan Korea juga ;)

3 comments:

  1. same dengan kita :(

    ReplyDelete
  2. sama la kita wia,,nak menulis n paham apa yang orang cakapkan ble la tapi kalo nak spiking tu memang payah,,heheheh dah la konfident tak der,,,sabar jer la,

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi