Memula nak cakap, latar belakang blog wia dah bertukar ;) Suasananya lebih romantis mungkin. Gabungan biru pink, cantik juga dimata wia. Kepala atau header blog masih baik dimata wia setakat ni. Mungkin tak bertukar buat masa ni. Wia kurangkan widget di side bar sebelah kanan. Masih gunakan template yang lama, Denim.
Begitu jugak dengan wallpaper masih kekalkan dengan kaler hitam. Mungkin hitam itu anggun dan mempersona. Sebab itu wallpaper masih dengan kaler hitam dalam blog wia kali ni. Masih kekalkan tema warna feveret iaitu biru. Tak kisah la dark blue ataupun baby blue. Yang penting biru, memang wia minat habis. Sedari di bangku sekolah lagi. Kaler yang lain tetap jadi kegemaran.. tapi kena tengok pada tempat dan keadaannya.
Kalau dulu, latang belakang wia guna kaler warna warni cam pelangi. Kini ia dah bertukar wajah pada yang lebih menawan. Teehee :'D Sejuk mata memandang dan wia nak kurangkan rasa serabut dan serabai. InsyaAllah akan toada lagi salji di blog wia. Akan digantikan dengan yang lain. Tungguu... HeHe.
Kemudian kalau uoOls yang kerap berkunjung di blog wia, pasti akan perasan yang di cursor blog wia ada buble kaler biru. Itu juga akan bertukar.. Tapi pasti ada gantinya ;) Begitu jugak dengan cursor. Wia nak gantikan dengan yang lain. Kalau guna yang sama, bosan la kan.
Lagipun dah lama guna yang sama, nak juga kelainan sedikit walaupun tak banyak. Syukur sangat dengan kuasa jalur lebar yang tak berapa laju ni, wia masih boleh edit mana yang patut. #Mood sangat heppi. Kata orang jika kita pandang sesuatu dengan positif, memang akan jadi mudah.
Sukalah tengok apa yang kita minat, diubah dan didekorasi sendiri. Ingat dulu masa zaman FS iaitu Friendster..Suka tukar layout dan edit itu ini guna image gambar yang cumil cumil. Lepas tu wia mula berkecimpung dalam blog. Tutp tup FB meletup sampai la sekarang. FS dah ditinggalkan. Akhirnya dah tak aktif.
Bestnya wia masih boleh edit gambar, layout cantik cantik cam dulu dalam dunia blog ni. Satu hobi yang mendamaikan jiwa. Indahnya blog sendiri, cerita sendiri, pengikut sendiri. Lagi best kalau saling berkomen dalm entri yang diterbitkan. Nak pupuk laju laju dalam diri untuk komen blog uoOls.
Selamat berblogging uoOls. Selagi cik empunya blog masih rajin untuk tambah idea mengedit blognya. Dari masa ke masa, pasti berubah lagi wajah blog ni. InsyaAllah.. CHURP CHURP.? Tak tahu wia masih nak setia padanya atau tidak. #Tetiba.. Heartbeat mungkin :]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehe romantisnya singgah sini :)
ReplyDeleterasa mcm duk kt angkasa lak bile msuk blog wia ni. ngeee :P
ReplyDelete