Monday, 6 February 2012

DiSebalik Hujan ada PelanGi yg Indah Menawannn..

Dikejauhan ini, tangan disusun sepuloh jari memohon maaf pada semua makhluk Allah yang terhebad. Wia seorang hamba Allah yang cukup kerdil. Bila malam tadi terlalu sedih. Pagi ni bangun 1001 rasa ada. Bagi wia memaafkan orang itu, lebih nikmat jika nak dibandingkan dengan rasa sedih dan kecewa.

Wia dok berbasa basi. Hempa semua mesti tak faham kan.? :) Biarlah rahsia. Jom buka buku baru hari ni. Dok sensorang ni, kalau hati ceria dan gumbira, terasa macam dok ramai ramai bersama famili tercinta tau. Tak terasa yang diri nih keseorangan kat rumah sewa ni. Kalau diberi hajat yang ingin wia teringin sangat nak buat tika ni adalah nak melancong kesemua tempat yang menarik dalam Malaysia tercinta ni.

Serius wia kaki jalan. Kalau diberi peluang memang nak sangat pi makan angin di Bukit Tinggi, Pahang. Pulau Langkawi, Kedah. Genting Highland, Port Dickson, Klebang, Melaka, Bukit Bendera dan Batu Feringgi, Pulau Pinang. Ipoh, Danga Bay, Johor. Bukit Broga, Cameron Highland dan banyak lagi. Kalau disebut memang tak habis. HeHe.

Kan dah kata banyak tempat yang rasa nak pi makan angin. Duit boleh dicari. Tapi kepuasan diri dalam nikmat hidup yang Allah bagi itu harus digunakan dengan sebaiknya. Wia berharap semoga impian wia ni akan tercapai :) Itu baru jalan jalan 1 Malaysia. Siapa kata wia tak teringin ke luar negara.? :p

Comel meoww ni ;) Ibaratkan wia yg mengharapkan sesuatu yang indah lagi membahagiakan dari incik dear. Amin
Insha Allah ada rezeki mesti tak kemana. Kadang kadang angan angan boleh jadi kenyataan tanpa kita sedar. Itu kuasa Allah. Syukur sekarang ni mood wia dah ok. Hati dah kembali berbunga semula. Dah boleh senyum semula dan terasa dunia kini seindah suria dan secantik pelangi.

Kata dear, incik buah hati : Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Eloklah mata wia bengkak sampai sekarang dek puas menangis tadi. Baru penyelesaian dicapai. Duhai angin terbangkan daku ke awan yang biru ;) Terima kasih incik dear. Dah heppikan wia kembali. #Senyum puas.

Cerita tersurat dan tersirat. Siapa yang faham pasti tahu apa yang wia nak di sebalik kisah entri ni. Tak sabar tunggu saat tu ;) Moga Allah permudahkan cara dan jalan . Amin ~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi