Tuesday, 21 February 2012

Hati dan Perasaan Itu. Mampukah Berubah.?

Pernah tak munasabah diri sendiri.? Perasaan yang wia paling perasan dalam diri adalah mudah marah dan cepat menangis. Lepas tu cool semula. Memang dah lama tahu. Cuma sekarang terasa nak share dengan blogger sekalian. Marah dan tangis wia sekejap. Kemudian habis desitu seperti angin lalu.


Cepat marah ni, boleh cepat tua. Sebab mimik marah memerlukan beribu urat dan saraf di muka untuk berkerut dan kendur. Tapi sentiasa lah senyum dan ketawa. Insha Allah awet muda. #Fakta. Peringatan untuk diri sendiri. Cepat melatah memang tak patut bila dipersoalkan salah siapa. Betul tak.?



Wia menaip entri ini untuk bermuhasabah diri. Kesian kat si dear terutamanya, selalu kena marah. Tinggikan suara. Hadoii cepat betul suhu naik bila marah. Melenting sampai kadang kadang wia tak perasan yang wia dah kecilkan hati seseorang. I'm very sorry dear :'(


Begitu juga dengan menangis. Memang menangis tu tanda orang lemah. Pernah juga tahan , tapi air mata tetap jatuh juga. Sensitip mungkin punca wia cepat menangis. Mudah terasa, tersentuh dengan sesuatu. Air mata murah jatuh di pipi lalu basah di bantal.


Lepas ni wia nak lebih berhati hati bila bercakap. Perlu jaga hati dan perasaan orang lain. Kalau kita boleh marah, orang juga ada rasa dan hati. Mesti sampai satu tahap, depa jugak akan rasa nak marah. Lagipun perasaan marah, memang di sukai syaitan. >.< "


Lepas ni nak lebih pandai jaga hati dan perasaan insan dan makhluk Allah yang lain. Siapa la kita untuk marahkan orang, menangis tak keruan bila hati berasakan sesuatu. Hanya Allah yang lebih tahu. Mungkin banyakkan istighfar boleh kurangkan rasa marah yang membuak. Sensitip yang keterlaluan.


Tapi bukankah sensitip itu kelebihan. Marah itu perlu jika kena pada tempatnya. Tapi harus berpada pada. Sebenarnya wia kesiankan hati seseorang yang kerap kena marah melenting wia. Dalam masa yang sama, hati itu juga yang mendengar tangis dan sendu wia. Kejam kah wia.? --"


Sekali kita buat orang terluka, nanti takut 100 kali Allah balas. Sangat takut.. Jika yang mengenali diri wia, maafkan wia andai wia pernah marah atau terguris jiwa. Wia sedar.. Banyak kelemahan yang perlu dibentengi. Takut hati sendiri yang luka. Lambat nak sembuh.


Malam ni buat hati wia sayu. Terkenangkan ada Hati yang berkecil. Ada hati yang terguris dengan tingkah laku dan perkataan wia sendiri :'( Maafkan.. Kerna memang bukan bermaksud. Wia tak sengaja . Sungguh. Oh kasihan Hati itu.......................... Harap cepat sembuh. Amin ~

1 comment:

  1. sama ngan lieya la wia,,suka menangis,,cepat sangat tersentuh dengan benda2 kecik,,cepat terasa hati tapi abis nangis habis kat situ ker la,,

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi