Wednesday, 8 February 2012

Vanila Coklat Romantis Abad 21.

Hello ! Assalamualaikum. Kalau entri semalam wia cakap nak buat entri pasal Vanilla Coklat. Ini janji yang  hendak dikota. Di luar sana ramai blogger dah buat entri untuk drama ni. Tajuk pun dah besh uoOls. Apatah lagi jalan ceritanya. Kalau sebelum ni, wia layan tak layan jaa cerita ni. Sekarang ni dah tak boleh 'miss' cerita ni.

Mesti nak folo setiap minggu. Sesi senyum tersipu sipu la katakan :p Cerita memang maniss sangat. Alahai cair dengan heronya dan heroinnya yang sama cantik sama hensem. Zara dan Amir. Kalau nama sebenar depa pun indah sesuai dengan rupa paras. Hee.

Sweeeettt !! Itu yang selalu terkata dibibir setiap babak yang depa lakonkan. Mana tak nya, si hero pandai memainkan watak yang romantiss. Hati heroin mana tak cair. Sebagai penonton dan jugak seorang gadis, mesti la menghayati watak si hero. Maka ramai la penonton wanita yang belum kawin terutamanya cair. Idamkan lelaki seromantis dan sekacak Amir. Kuikuikui. # Begitu jugak wia :$


Jujur mengaku ni. Ops. Yang paling besh, episod sebelum sebelum ni si dear jarang tengok cerita yang wia minat ni. Tetiba malam tadi, wia langsung tak sangka dear tengok. Sebab habis cerita baru contact dear. Rupanya dear tengok episod malam tadi yang sangat romantiss tu. Alolor.. perasaan tu hanya tuhan yang tahu.

Memang wia harapkan yang cerita itu akan ditonton si dear jugak. Walaupun tak berapa nak mengharap dear suka tengok cerita camtu. Tapi sebaliknya pulak terjadi semalam. Dear menonton dan babak yang dilakonkan dear tengok. Kan dah tersurat tersirat tu. Dengan harapan bakal suami kita pun akan buat menda yang romantis camtu. # Blushing.


Lepas ni jugak, bunga dah boleh digantikan dengan kaktus sebagai hadiah. Romantik tau :) Pengaruh Vanilla Coklat dah mai dah. Biasa la momen terindah ramai yang idamkan. Begitu juga wia. Hope dapat bakal suami seorang penyayang dan romantis. Amin. Mencintai diri ini sepenuhnya dan bertanggungjawab. Hensem boleh dilihat dengan wataknya. Itu juga digelar kacak macho ^_______^

Sekadar bercerita drama Vanilla Coklat dan perasaan paling terlekat dihati adalah kejutan dan kebetulan yang tak disangka sangka. Insha Allah, jika si dear yang terbaik buatku. Dialah imam dan syurga buatku nanti. Amin. Mudah mudahan. Rupa paras bukan ukuran. Hati dan keikhlasan yang wia cari..I love Vanilla & Coklat so much. And drama too ;)

5 comments:

  1. kak nis nak suami mcm vanilla coklat..cewah cewah

    ReplyDelete
  2. sy terlepas tgk yg mlm td.. sedih.. :(

    ReplyDelete
  3. tak pernah tengok lagi.. selalu tak ada masa..kena download la pasni..

    ReplyDelete
  4. ZARA TUH SUKA JERIT- JERIT LAHH.. HAIYAAHH

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi