Walau cemana pun, nak ke tak kena la wia terima sebab blogspot percuma kan ;) Orang cakap tak kenal maka tak cinta. Mungkin dah lama kenal boleh suka. #Mungkin. Ada sesetengah suka akan perubahan yang baru ni, sesetengah orang pulak termasuk wia rasa yang lama lebih mudah dan sedap mata memandang. Yang baru ni rasa kekok pulak bila menaip. Huhu
Semalam wia dah selamat sampai ke negeri Kedah. Syukur alhamdulillah.. Ayah, mak dan adik adik datang bertolak pukul 2 pagi ke Shah Alam, dan sampai ke rumah sewa wia dalam pukul 9 pagi. Kata ayah biar lambat asal selamat..Gigih keluarga wia datang jemput dan ambik barang barang sebab wia dah berpindah uoOls..Mungkin dah tak balik Shah Alam lagi. Pasti rindu.. Sobs sobs.
Semasa di R&R :) |
Akhirnya 5.30 petang sampai ke Home Sweet Home ;) dan disambut si comel Thaqif yang dah besar dah pun.. 4 bulan tak jumpa memang dah lain.. Keletihan tak terasa gittu. Sempat makan cucur udang dan buah jambu batu yang tak berbiji dibeli singgah kat R&R Tapah dicicah bersama sos rojak.
Cantik :) Rumah kampung sbb tak sempat snap rumah taman. |
Penat sangat semalam dan sampaila hari ni.. Sebab tu sekarang baru bertenaga nak hapdate laju laju. Masalanya wia suka menaip panjang kan? Ada yang sudi baca ke.. Hikhik. Ok lah selamat berblogging.. Walau apapun yang terjadi kena redha dengan suatu pembaharuan ;)
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥