Wednesday, 11 April 2012

Tomyam Udang.. Slurppp :)

Assalamualaikum. Daulat Tuanku.. Hari ni semua orang bercuti termasuk budak sekolah dan para pekerja yang berkenaan. Maksudnya pekerja yang dapat cuti macam ayah dan si dear wia :) Seronok bercuti tapi tak ada bezanya dengan wia yang tengah bercuti ni..Hikss.


Hari ni memang ada pelan nak tengok wayang, tapi tak jadi sebab tak ada member. Al-maklum masing masing ada hal sendiri :P Jadi wia ambik kesempatan dok rumah sewa diam diam dan hiburkan diri sendiri dengan memasak. Opss macam sebelum ni tak masak jaa kan wia ni. Bukan tu maksud wia..


Cuma hari istimewa ni, kena lah masak special sikit kan =D Mulanya wia tak terlintas pun nak masak. Ingat nak beli, memandangkan banyak barang yang dah habis. Ambik kesempatan keluar cucuk duit dan beli barang dapur dan terlintas nak makan tomyam sendiri. Jadilah masak tomyam untuk lunch dan dinner hari ni :)

Bahan bahan yang serba ringkas. Makan sorang kan.? :)


Masa tengah masak dan mendidih :D


Zoom sikit.. Hmm bau aromanya buat tak sabar nak makan =p


Semangkuk dihidang untuk makan tengahari  :')


Taraaa !! Ini makan tengahari 11 April....


Disebabkan masak sendiri sendiri, barang yang diperlukan pun wia letak dalam ala kadar. Udang, sotong, saderi, bunga kobis dan lobak merah. Letak daun limau purut. Wia masak ringkas dan janji mengenyangkan :) Syukur dapat juga makan tomyam... Alhamdulillah, menjadi dan cukup rasa. Ini masakan lunch wia tadi..


Masak dekat rumah sewa. Pingggan mangkuk pun plastik. Bukan apa tahan lama sikit dari pinggan kaca. Duduk rumah sewa memang serba ringkas. Puas hati dapat makan tomyam. Kali terakhir makan tomyam adalah 4 bulan lepas.. Sekarang ni terliuq laksa Kedah. Yang sama dengan laksa Penang tu... Psst tak sabar nak balik rumah minggu depan  ;)

2 comments:

  1. sedapnya..tba2 teringin plak nak mkan tom yam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama kak mia cari butang add komen..rupanya kat sini..huhu...ble hidup rumah sewa ni, msk ala kadar la kan dik..same la akak..

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi