Saturday, 7 April 2012

Tamat Untuk Sesi 2 tahun Setengah.... :')

Assalamualaikum. Saat wia menaip entri hari ni ..Sukar nak digambarkan perasaan sekarang. nak gembira atau bersedih. Apa yang wia rasa sekarang adalah kedua duanya. Sedih campur gembira mungkin. Pertamanya wia nak bagitau yang wia dah tamat paper exam. Insha Allah tamat study jugak..


Perancangan masa depan, memang banyak. Rezeki Allah ada dimana mana selagi kita berusaha kan uOols? :) Perasaan menjawab paper terakhir tadi. Sukar nak digambarkan..Meninggalkan dewan peperiksaan. Paling sebak dan terharu bila mana saat tamat sesi menjawab. Sesi kemas beg berlaku, dua orang member rapat wia dulu datang menyapa dan bersalaman.



Masa tu rasa sebak hanya Allah yang tahu. Weouls memang ada salah faham. Mungkin juga lepas ni weouls dah tak berjumpa. Nak kata akan berhubung tu, entahlah. Hanya Allah yang tahu. Depa minta maaf atas hal yang lau, begitu juga wia. Paling wia terharu, tak sangka di hari terakhir, depa mai datang berjumpa dan bersalaman. Lama wia hug sorang demi sorang antara mereka...


Perasaan tu sukar digambar.. Lepas ni memang payah dah nak jumpa. Masing masing bawa haluan sendiri. Wia pulak.? Kalau nak tahu kena baca blog picisan wia ni selalu. #Pancing.. Hikss. Harapnya langkah kanan, diberi rezeki yang baik baik. Kalau ok, sambung studi lagi...



Member member wia dalam rumah sewa ni, ada dikalangan dah master dan PHd. Kagum sungguh >.< " Pandai pandai depa..Jeless positif :) Boleh dijadikan inspirasi kan uoOls.? Ehemm sebelum wia terlupa..kenapakah wia ambik exam hari ni.. Hari Sabtu. Pelik kan.?



Sebabnya di awalkan dari 11hb April ke 7hb April.. Kan 11hb adalah hari peristiwa penting dalam negara. Cepat bagitahu pada siapa yang tahu.. dan sekarang wia dah merdeka.. Hurraayyyyy !! Boleh letak buku jauh jauh. Masa untuk hiburkan diri dan enjoy. Kuikuikui.


Menonton moviee, jalan jalan dan banyak lagi. Insha Allah, wia hapdate katsini nanti ye.. Tak sabar nak blogvespaking dengan vespa atas angin wia yang satu nih :P Moge ceria selalu.. Tak sabar untuk esok... Tunggu.... Malam ni tidur dengan senyuman. Psst cian dear, dah lama terlelap dek letih bekerja. esok hujung minggu. Apa pelan uoOls.?.. Senyum selalu.

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi