Saturday, 28 April 2012

Red Velvet Cheese Cupcake ;) Yummmyy..

Assalamualaikum. Rindu nya pada cupcake yang sedap masa wia kat Shah Alam. Kek cawan feveret wia yang sesedap namanya, Red velvet with Cheese Cupcake. Memang kena dengan citarasa wia :) Sebelum balik tempoh hari wia memang nak pekena lagi sekali supaya tak rindu akan rasanya kelak. Dua biji wia beli sebab mahal. Seketul dah RM5.50.. UoOls bayangkan. Disebabkan teringin wia beli dua sebab ia comel tambah nampak begitu sedapp.


Sebelum wia beli sebelum ni cupcake ni belum secomel ini tapi rasanya memang superb sedapp ;) Dan kali ni bertambah lagi 50 sen dek pembungkus nya polka dot kaler biru dan merah jambu. Comel..Suka sangat ! Dan rasanya lain sikit kali ni, krimnya sedikit masin.. Errkk -____- spoil nak makan. Sedap lagi yang mula mula beli sebab rasa cheese nya menawan dihati. Kali ni kecumilannya tak dapat menambat hati wia..


Blur , tukang snap teruja ;)


Sayangnya tak dapat zoom dekat :)


cawan polka dot ;p


Nyum nyum dan lebih kenyang kali ni ;)


Red Velvet Cheese (^___^)


Rindu this moment ='D

Lain kali kalau rasa nak makan terpaksa la wia buat sendiri..Hehe. Insha allah nak cuba jugak nanti. Selamat malam dan berhujung minggu. Bestnya si dear pegi Jom Heboh dan bergambar dengan artis. Jeless ;p Tak sabar nak blogvespaking dengan vespa kaler biru wia.. Kuikui.. Jom santai dan bersiar siar pelan pelan..

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi