Monday, 31 January 2011

Kasut Bola Sepak Kuning Kunang Si Pali Bukan Pari Pari.

Assalamulaikum dan salam ceria :) Cepat masa berlalu. Akhirnya aku settle buat test investment awal dari yang lain. Walaupun segala macam kekusutan berlaku tapi kesudahannya aku boleh jawab. Senyum lebar hingga dalam hati. HikSs. Aku boleh lega sikit tapi masih ada test untuk esok dan Isnin minggu depan. Jadi kena rushing hapdate geng.. Okiehlah nak tunjuk sikit kasut bola feveret si pali buat yang kuning merengau. Haha. Puas dia merap si ayah.. akhirnya ayah cair dengan lentok liuk leher yang lembut dari lidah tu. Maklumlah anak manja ayah la katakan. AhakS ;) Meh usha gambar kasut bola sepak baru yang telah pun menjadi kesayangan Pali kerana harganya dan kulitnya. Nak tengok.. meh sini skrol bawah ^-^
Katanya b0leh jadi pemain handalan kelak dengan kasut nih. Alolo :')

Teng0k Si Pali sendiri yang snap pic kasut dia untuk bl0g aku nia ;)

Tara.. inilah gambar sisi daro pandangan tepi ;)


 Tetiba aku buat entri pada kasut Pali ni bukan apa..aku teringt yang muka dia masam macam cuka kelat je time kami sopink sampaikan nak beli apa pun payah bila tengok muka kelat dia yang tak dapat apa yang di ingini. Kira kira aku pun cenggitu jugak. Kata ayah semua anak dia lagu tu. Kuat merap bab duit. Kalau nak sesuatu tu.. nak sampai bulih. Bukan kira mahal ke dak. Kira nak la la tu jugak.Hoho. Tetiba aku terjumpa dalam f0lder gambar yang ini. Teringin nak publish buat entri kenang kenangan. Kini dah 3 minggu kasut tu dia, Si Pali guna agaknya cemana la keadaannnya. Adakah dok segak lagi ka dah lagu mana lusuhnya. Hikhik.


Cita cita adik aku yang sorang ni nak jadi pemain bola kebangsaan. Tiap tiap petang pi berlatih main bola kat padang awam dengan kengkawan dia. Siap wakil taman perumahan aku bagi pemain bawah umur 15 tahun. Aku harap cita cita dia tercapai la. Mana tahu kan suatu hari nanti. Mudah mudahan.. taoi kasut tu mahai oii.. dalam Rm100++.. huhu. Terkopak ayah masa keluarkan duit  untuk anaknya yang sorang ni. Padahal kasut lama dok ada dia sengaja nak beli yang mahal. Sanggup survey sampai ke pekan lama bila dekat Pusat Bandar dia tak berkenan. 

Dah dekat maghrib baru dapat kasut yang dia nak. Apalagi senyum lebar la Pali. Muka yang kelat , masam terus jadi manis macam gula gula lolipop ;) Geli hati ada bila senyum ja sambil pegang kasut dia datang masuk ke kereta waktu tu. Masa balik jangan cakap la dok belek kasut bola sepak dia la sampai kesudah. Tapi geram pun ada sebab aku tak sempat sopink kasut ngan mummy.. hiss! melampau. Nanti balik la qada balik apa yang tak dapat beli walaupun bukan kasut sebab baru je beli kasut time cuti hari tu. Ngee :'D


Okiehlah, kasut bola kuning tu buat mata aku silau. Esok test kena studi dan esok aku dah boleh balik kampung untuk CNY holiday. Sangggup ambik test awai tau sebab esok. Huu. Tapi harap harap semuanya menjadi baik dan berjalan lancar. Test oh test.. sabar ajelah hati. Yang penting aku tak sabar nak jumpa famili dan kumpul ramai ramai esok. Yippe! ;) Adios.. See U next entri. Hati sangat serba salah bila kawan membe minta soalan test yang aku ambik awai tadi. Hadoii =.="

Sunday, 30 January 2011

Dup Dap Dup Dap Hati ini Bukan Kepalang

Assalamualaikum. Ahad dah kembali pun hari ni. Cepat masa berlalu tapi aku pulak rasa masa terlalu pantas sampaikan hati ni kedebuk kedebak rasanya. Tak tahu kenapa rasa seperti hilang keyakinan pulak. Aku terasa ada satu perasaan berat yang sukar diluah tapi aku tak tahu apa yang tersirat dan tersurat yang aku rasa kini, penah tak uol rasa seperti tak sedap hati? Bukan suruh makan hati tu untuk rasa sedap ke tak ..tapi macam perasaan yang buat kita resah, bimbang. tapi kita tak tahu sebab apa,, Aku rasa setiap manusia penah rasa. Tapi itula..aku sekarang bernafas pantas dengan rasa jantung yang dup dap dup dap. Harap harap semuanya baik saja.
Okeylah pada entri lepas, aku ada cakap yang aku gementar habis bercakap dengan seorang manusia bergelar pensyarah perempuan. Aku tak tahu kenapa aku gementar sangat sampaikan tangan tu macam vibrate dan shack sekali gus. Hah uol bayangkanlah. Memang nebes habis. Sebenarnya dua tiga hari ni aku risau akan cuti CNY aku.. kalau ikutkan Rabu ni aku ada test. Tapi cuba bayangkan yang ia akan membebankan aku sebabnya test tu disebelah petang. Memang bertuahlah siapa yang dekat rumahnya dalam area Selangor dan KL tapi yang jauh macam aku di Utara nun.. memang resah berpeluh la dok fikir cemana hari Rabu nak balik. Kalau hari Khamis dah CNY memang macam tak best je. Entah entah jalan pun sesak. Bas pun xde..huu.

Banyak yang aku fikir, mungkin tu ugak puncanya hati aku tak sedap sekarang. Jadi aku ambik keputusan nak ambik test awal bersama group kelas yang lain esok. Muktamad, selepas pecah peluh, gementar dan dengan selunak suara aku memohon minta keizinan untuk ambik test awal esok. Alhamdulillah termakbul.. Syukur ^-^ Aku rasa lega sangat walaupun lepas habis cakap dalam f0n dengan puan tadi pun tak habis lagi. Seorang yaang nebesnya aku.. dalam hati kecil aku mengeluh.
Rasa hati siapalah yang tahu"

Tapi uoOls perasaan aku tak lega setakat tu, malam tadi dah settlekan agihan kerja untuk asaimen group dan sebagainya. Ada pulak suara suara yangv tak puas hati sebab aku ambik awal dari diorang... hmm itula manusia,tak penah puas dengan apa yang ada. Aku menaip ni bukanlah untuk mengata sesiapa, cuma aku tak sangka manusia walaupun selalu kesana kesini bersama tapi belakang tetap mengata. Pembetulan. Tapi tak semua macam tu. Serius aku dekat sini macam tiada teman yang boleh dipercayai. Semuanya pentingkan diri. Jadi aku yang keseorangan ni perlu kuat supaya aku tak senang tumbang depan mereka. Sampai macam tu sekali ye geng..bayangkan*

UoOls bayangkan depa boleh balik tinggalkan aku keseorangan setiap minggu setiap kali depa balik rumah tanpa rasa bersalah. Tapi aku balik rumah untuk holiday dalam jangka awal sikit dari depa, depa dah melenting liar siap cakap merenjas(loghat Kedah) bahasa kasar yang boleh membingitkan telinga dan menyakitkan hati bila dengar. Ibarat cenggitu la. Kononnya tak puas hati. Usaha tak nak. Bukan aku nak mengata tapi ini pendapat aku.. aku susah payah nebes bagai tanya puan dalam f0n dengan kredit maxis ke celcom yang pastinya mahal dari biasa. Tapi depa pulak tak puas hati. Sedangkan masa sebelum aku tanya depa dah redha kononnya nak balik hari Rabu. Itu kerana rumah depa dekat. Tapi aku, depa tinggalkan terkapai kapai tanpa sesiapa. Depa selalu macam tu :( Hati mana tak terguris.. Serius aku cakap. Rambut sama hitam tapi hati siapa la yang tahu selainNya.

Aku kecewa dapat kawan cenggini. Dan uOls yang baca jangan salah faham dengan mengatakan yang aku saja yang benar. Mungkin aku jugak salah. Tapi ini adalah tersirat yang aku rasa dalam diri. Sungguh hati ini tak sedap. Aku rasa semuanya yang ada dekat desini hanyalah hipokrit. Berpura pura senang tapi tak.. berpura pura tahu semua, tapi main pakai teka je. Berpura pura heppi tapi sebaliknya sedih. Berpura pura adalah sikap yang bali aku BENCI sangat sangat. Aku CAPS LOCK perkataan tu sebab nak menunnjukkan yang aku memang TAK SUKA orang seperti tu. Kalau boleh double caps lock tu dah lama aku buat. Toreh tulisan BENCi tu puas puas. Nauzubillah. Istighfar adalah jalan terbaik. Lega dapat lepaskan dalam entri ni.


Aku senang meluah pada alam maya, tapi tak semuanya sebab ia jugak perlu diprivasikan dan dikunci rapat. Sebabnya yang aku boleh  buat, aku tak sabar nak habiskan dan naak holiday cepat cepat. Kalau lagi difikirkan makin banyak yang runsing. Dengan mungkin sem depan aku berpindah kampus. Siapa yang nak bantu aku kemas. Itu xapa lagi sebab aku boleh buat sendiri. Tapi siapa yang nak tolong aku bawa barang barang. Runsingnya =.=" Kawan kawan pun dah bagi hint tak mau membantu. Parent pulak jauh. Kesian pulak nak mintak tolong datang ambik barang untuk pindah. Sebab barang aku tak banyak tapi itulah kawan disini hanya kawan. Tapi langsung tak ada sifat nak bantu :'( Aku kecewa dengan sahabat begini. Susahnya nak cari kawan yang betul betul kawan. Kat sini semuanya kawan yang senang ada. Bila susah kemana menghilang, aku sendiri tak tahu. Uols fahamkan perasaan aku. Sungguh kecewa. Dalam hati sebak membungkam.


Okieylah aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku kena sabar. Aku mesti cari jalan penyelesaian sendiri. Aku kena kuat. Tak semua mudah hidup di dunia ini. Itu yang aku belajar hidup didunia ni.Semuanya kena terima dengan hati terbuka. Aku harap semuanya cepat berlalu. Aku nak kebahagian;) Aku kena sabar, Aku mesti boleh atasinya. Yang penting aku boleh cakap kawan sejati tu tak jumpa lagi tetapi kawan biasa tu ramai sangat untuk semakkan rasa jiwa dan resah di hati! Hokey.. biasalah dalam entri. Kadang kadang ada yang sedih, ada marah dan ada yang heppi. Yang penting sekarang aku nak jerit puas puas supaya resah tu hilang, DeAr )))))))))))).. harap harap incik dear dengar. HikSs. Salam ceria hujung minggu. Bubye :'D Psst pagi ni hujan dan cejuk. Besst. Jom minum dulu choc panas..hee.

Saturday, 29 January 2011

Bunga Merah Carnation Mama..So Sweet ! ✿

Salam ceria bl0gger :) Hari ni kan rasa hati amat berbunga bunga. Mungkin sebab aku suka dah jatuh bunga pada bunga merah Carnation mama. Rasa macam dah jatuh cinta. Sebabnya bunga ni jarang berbunga tau. Memang agak susah nak tengok ia berbunga. Tapi hari tu balik cuti macam tertarik dengan bunga merah tu. Sebab ia disusun elok atas pagar rumah bersama pasu pasu lain. Tetiba aku teringat nak ambik tengok. Memang ia subur segar. Dengan daur lebar menghijau dan bunga segar dari pasu rumah tersayangg. Comel tau;) Dan aku apa lagi cepat cepat la popularkan bunga Carnation mummy ni yang sekuntum tu. Buat kenang kenangan.
Sebab masa mak beli tu, aku yang t0long temankan. Jadi aku tau pokok ni jarang berbunga. Jadi memang lama la  nak tengok bunga tu secantik hari tu. Warnanya boleh menarik si kumbang yang lalu lalang disekelilingnya. Aku sendiri terpegun dengan warna r0mantis tue.. tak pecaya tengok sendiri kecantikan munge ni ye uOols.. hati gadis ku cair buat seketika ;) Dan uoOls tengok sendiri ye. Rasa macam geram je. Itu belum munge mawar berduri ataupun ros segar mewangi lagi. Tapi kan kan kan.. puanpuan semua suka BUNGA. Tapi ada jugak yang alah.. itu memang ada. Pasti! ehee..

Sweetkan munge ni :) 
Aku cair bak aiskrim tengok munge merah Carnation mama ni..

Terasa seri wajah turun ke munge merah mekar ni :')

mmuahh ! sayang bunga Ciptaan tuhan ;)

Haa..itulah bunga yang baru sekuntum sihat desitu. Sebab lagi dua tiga debunga belum kembang. Tapi terkini* mak ada cakap bila aku tanya pasal bunga tu petang tadi. Mak cakap sekarang dah dua minggu, dah ada 2, 3 kuntum dah mekar. Mesti makin cantik bunga tue..eee asyiknya! Muka aku dah makin hilang seri dengan warna munge mama tu. Aku panggil bunga tu bunga merah Carnation mama sebab tu bunga kesayangan mak ;) Suatu hari nanti pun aku nak tanamkan perasaan atau hobi dengan menanam pok0k bunga banyak banyak di rumah. Hooyeh :D Kalau tanya sekarang, bukan aku tak minat tapi itula masa tak mengizinkan..hikSs. Munasabahkan alasan ^-^

Oklah malam ni banyak sangat asaimen kena siap siapkan. Tapi bila rindukan bloggie ni aku terasa nak hapdate apa yang aku hapload dalam FB pagi tadi.. sebab aku dah sukakan munge di taman laman pasu mummy.. munge tu unik la geng. Susah nak nampak ia berbunga. Kata orang, perempuan ibarat bunga. Durinya adalah perisai..dan madunya adalah maruah. Faham fahamilah karakter bunga yang memang sesuai dengan kita GadiS. Patutlah bunga dan wanita tak penah pisah.. dan jangan tak tahu yang lelaki pun ada yang minat pada bunga bungaan. Jadi bunga ni selalu menjadi penceria suasana tau =)
Selamat berbl0gging dan bl0gwalk ya. Psst petang tadi aku nebes sangat..nak tahu, baca entri aku seterusnya ok:) Aku heppi makin hari makin ramai yang menjadi pengikut bl0g Chitobebearchcholategoldish kesayangan nih. Syukur. Terima kasih kawan kawan.. aku amat hargainya. Alhamdulillah. Sama sama kita saling eratkan silaturrahim antara rakan maya ye. Akhirul kalam untuk entri kali ni.. aku SAYANG bunga. Bunga memang cantik. Jadilah ia hobi..mungkin itu hobi masa lapang aku kelak. Sekarang cuma dapat tengok bunga bunga mak yang menghijau dan mekar indah. Tetiba ingin masuk ke musim bunga luar negara..bl0ssom dan tulip ! Oh cantiknya...angan angan yang entah bila akan jejak kaki ke negara orang..Adios

Gegarkan Semangat Baru !!

Selamat pagi. Segalanya telah tenang seperti sediakala aku rasa lega..syukur. Semuanya adalah emosi semata mata. Jadi aku pasrah atas segalanya. Malam tadi malam yang tenang buat aku sambil dengar lagu yang menenangkan jiwa. Aku bahagia. Aku tahu semua orang sukakan keceriaan. Dan malam ni aku teringat pada adik tersayang. Gelak tawa dan suara manja dia yang kuat merap tu ;) Malam ni semuanya aku f0n. Cakap sampai henset panas macam ketuhar. Baru terasa puas hati. Alhamdulillah. Hati ini sedap sedikit. Dalam aku sedih masih ada yang mencari dan menemani aku desini..walaupun dari jauh.
 
Hari ni rasa lebih baik dari semalam. dan target hari ni nak siapkan slide presentation dengan jayanya bersama housmate yang tak balik minggu ni. Depa jugak merangkap classmate aku..ngee:') minggu depan ada dua test. Tapi itula ada sedikit masalah yang aku heran setiap kali aku nak balik kampung, iaitu halangan dari segi teSt. Tapi dengan lecturer yang sama pulak tu. Heran heran..hukhuk. Macam disengajakan je. Tapi aku redha. Aku akan cuba sedaya upaya ambik exam awal. Boleh gerak balik awal jugak nanti untuk CNY.. ehee macam aku je nak balik beraya beriya rasanya mengalahkan teman bangsa cina pulak.
 
Tapi best tengok depa balik dengan beg besau besau sebab dah ada cuti. Aku mungkin sehari sebelum raya cina baru balik kot. Harap harap dua hari sebelum tu. Sebab aku tak sabar balik bercuti dengan famili walaupun hari tu aku dah bercuti. Aku kan SUKA cuti sangat sangat. Siapa tak suka kan?.. itu bestnya hidup kat Malaysia tercinta ni. Banyak bangsa banyak even dan banyak seoson. Hee=) beSt melet0p.
muka fresh dari sebam semalam ;)

Okieh mood dah semangat semula. Lagi cepat siapkan lagi cepat habis. Aku tak mahu fikir apa apa dah. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Aku doakan hari ni hari Sabtu yang baik buat kita semua. Tadi pagi pagi mummy dah f0n. Rindu. Ok aku kalau tak cakap rindu, ceria dalam entri memang tak sah kan? kata orang baik baik sayangg. Bisness Computing dan selling menunngu untuk disiapkan.

Aku banyak nak stori.. tunggu ek. Sebab terjumpa banyak gambar dalam f0lder atas photoshoot sdn bhd fresh dari aku dari semasa ke semasa. Disebabkan kemurungan semalam hari ni aku ibarat dirembes rasa ceria semula. Bangun dari tersungkur dan cuba berjalan dan terus berlari sekuat hati..hikSs. Jom bekpes. Megi kari je hari ni.. rezeki pagi Sabtu. Selamat bercuti pada yang dah bercuti dan selamat belajar pada yang bergelar pelajar macam aku. Aja aja fighting untuk siapakan. Jangan lengah dan buang masa. Jom cabar diri siapakan hari ni geng..FYI membe aku belum bangun. Jadi aku buat sorang dulu untuk biz c0m..ngaaaa. See u (!) Senyum selalu~

Friday, 28 January 2011

Ya Allah.. Tabahkan Hati HambaMu yang Kerdil Ini. Aku Menangis Lagi Kawan..

Assalamualaikum. Ketika ini air mata aku menjurai jurai jatuh ke riba. Pipi apatah lagi laa.. jangan cakap. Memang basah dengan air mata. Aku perlukan teman, tapi tiada siapa sudi cakap. Aku begitu sensitip hari ni. Ya Allah.. berilah aku kekuatan. Aku nak balik je rasa. Kuatlah. Jangan menangis. Aku dah sakit hati, aku kecewa, aku redha. Berat sangat rasa hati ini sekarang. Tak tahu nak luah dimana. Alhamdulillah, di bl0g la aku luahkan segalanya. Aku tahu dikau pembaca pun tak ingin nak baca. Aku sedar, tapi biarlah segala galanya aku je yang tahu. Saat ni badan aku nak demam. Aku sakit. Tapi sakit lagi hati dan gelora yang aku rasa. Kurangkan tajam peritnya.. kenapa dengan emosi aku seseorang?. Aku perlu cakap dan bercerita. Tapi pada siapa. Ya Allah.. air mata ni gugur lagi.
Girls Myspace Comments
Berikan aku kekuatan. Aku tak sanggup selalu macam ni. Baiklah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan? Jadi aku mesti kuat dan tabah. Seksanya berjauhan dengan mak. Dear..huh?! malas nak bercerita pasal ni. Aku takut sangat. Aku TAKUT untuk katakan yang aku akan keseorangan. Memang nak nangis laju laju T_______T. Ya Allah..kepadaMu aku berserah. Aku perlu ingat walau tiada sesiapa insan disisi. Tapi aku ada DIA. Sang pencipta Yang Maha Esa..Aku hidup kerananya. Tiada dugaan yang tak boleh diselesaikan kalau kita tak mampu. Menangis, menyendiri dan itu la yang aku buat sekarang. Tsk Tsk. Yang penting aku tak boleh tunjuk pada kengkawan yang aku lemah. Nanti depa ketawakan aku. Aku tahu depa memang suka aku menangis sebabnya depa boleh ketawa puas puas. Itu yang aku rasa:'(
Broken Heart Myspace Comments
Maha Suci Allah S.W.T.. lapangkan lah dadaku ini dengan serabut masalah dunia. Aku akan menangis selagi termampu. Aku tahu mereka yakni sipulan dan sipulan itu hanya akan menyindir aku lagi dan lagi. Tapi beri hati aku seorang yang boleh menerima segalanya dengan luas dan terbuka.Aku tetap aku. Menangis selagi aku mampu. tersungkur dan bangun semula. Aku mesti tahu nawaitu aku desini. Jangan cepat mengalah. Aku sedar aku adalah hambaMu yang kuat merintih. Air mata ini gugur lagi.. berat kepala ni memikirkan apa yang aku rasa. Mak.. kalaulah dekat. Nak ja cek peluk erat erat. Cerita segalanya. Ya kawan kawan air mata menitis lagi.
Seronoknya tengok kawan kawan balik bercuti sempena CNY. Mesti meriah berjumpa kawan lama dan keluarga. Aku pulak mungkin balik malam raya. Dah tentu tentu ramai orang, jalan sesak di KL. Harap harap bas ada lagi.Aku nak balik sebab aku nak bercuti dengan famili. Aku nak jumpa adik aku yang studi kat UPM..lama dah tak jumpa. Itu angan angan aku untuk weekend ni. Sabar ye diri. Disebalik aku yang kerdil ni..di satu sudut aku suka nangis. Memang tak dewasa lagi kan? O.o memang kecewa tapi inilah sifat aku. Semulajadi. Menangis dan menagis T_______T
Sedihnya tanpa kawan desisi.. Siapa pun tak sudi menjadi pendengar setia?? Terukkah aku?! :'( bole aku nangis..... 
Memang resah hati ini tak akan pudar selagi aku tak luah. Pada yang terbaca entri aku.. aku memang cenggini. Hati ini, hari ni menagis saja kerjanya. Mata cerah dah selepas air mata tak henti. Harap tak buta. Aku tahu aku tak sepatutnya mengeluh pada apa yang orang buat pada kita, apa yang orang perli kita tapi janganlah berdiam diri pabila orang pijak kepala. Fuhh.. memang geram la. Stop nangis Wia.. aku tahu masih ada yang mengerti apa yang aku rasa jika dikau merasai apa yang aku rasa ini..

Akhir entri ni aku nak luahkan yang aku akan sentiasa menaip selagi termampu. Aku akan tabah selagi kuat. Fahamilah... aku tak suka perasaan ini berlarutan. Berentilah! Stop disturb and hurt me!! rakan bl0gger,  aku tak tahu kenapa dengan aku sehari ni.. tapi sampai sekarang aku masih menangis :'(
nanti aku bl0gwalk. Tapi kenapakah tiada yang sudi KOmen di bl0g ni?!
Rasa hampa menerpa..cukuplah aku sentap tadi dan kini menangis tanoa henti. Aku mungkin teralit tengok shooting drama yang dibuat di hostel aku buat sementara. Tapi harapnya hapuslah rasa gundah sedih ini..yang merintih bukan untuk meminta belas,Cik empunya bl0g,,

Sentap?! Makan Hati Berulam Jantung.

Salam Penghulu segala hari. Ok hari ni aku tensi mungkin sebab aku lemah. Aku cepat terasa. Aku cepat naik hangin. Aku tak normal hari ni..hati kecil menangis syahdu. Hanya hati ini yang tahu betapa sakitnya hati ini bila diperli, terpinggir dan dipandang macam tak tahu apa apa. Aku manusia biasa kawan. Aku ada perasaan macam hempa semua. Tak perlu cakap aku dah kenal yang mana sahabat yang mana khianat. 

Aku bukanlah nak buat entri sampah ! tapi aku geram dengan semua orang diri. Hmm bukan pada sesiapa. Sebab senang sangat tacing. Hati aku sungguh rapuh sampaikan air mata senang sekali bermain em0si. Aku tahu aaku dah besar. Dah hampir menjangkau 22 tahun dah pun. Kalau tak tahu bezakan yang salah yang benar tak tahu la kata apa.  Tapi hati ni sentap. Sentap diperli. Macam dia sorang pandai. Macam dia sorang perfect. Oh! manusia tak sempurna la kawan.

Aku tahu aku emosi. Aku selalu cenggitu. Tapi adakah perasaan aku yang perasan atau uOols pun perasan. Aku ramai kurang pengikut tapi aku tak ada sesiapa pun yang dekat dalam dunia maya  ni. Aku tahu aku tak ramah. Tapi aku hairan. Kenapa kenapa untuk itu dan ini. Memang aku tak puas hati ! Memang kot bl0g ni dah tak best. Aku dah hilang keyakinan. Terasa nak menyendiri. Terasa down. Pecayalah aku belum jumpa kawan yang betul betul sejati dalam hidup. Yang ada hanya kawan makan kawan. Kawan yang hipokrit dan segalanya negetif. Aku tahu aku perlu sabar. Tengok dan lihat dengan hati tenang. Aku tak mahu ion negetif menular dalam diri. Aku mesti kuat!


Aku tahu aku tak patut ada salah faham. Aku kena baik baik je. Pejam mata dan buat tak tahu. Yeah.. manusia selagi tak berkilat memang mudah dipandang sebelat mata. Tapi bila dah berkilat, cantik dan bersinar.. terang terang mengaku adik, kakak dan kawan. Ceit! Berpura pura nombor satu manusia. Aku boleh pandang tapi jarang aku suarakan. Memang kalau aku garang cenggini la jadinya. Dan sekarang laju laju aku istighfar. Hari ni hari baik. Mood kena baik supaya tak mudah orang nak tengok kita lemah..
Sekarang aku akan bangun. Bangun untuk lihat dari sudut yang indah. Dimana hidup ni mudah saja tanpa masalah. Dan aku dah dapat jalan penyelesaiannya. Aku boleh. Tengok semua boleh takkan aku tak. Aku pun kadang kadang memang cacat pun:'( tak payah cakap aku memang perasan sendiri. Baik hang diam. Tanpa hang cakap pun aku faham apa yag tersirat. Jadi aku nak teruskan hari ni dengan kekecewaan yang lepas. Bangun dari tido nanti aku ada strategi baru. Wait and see Bebeh !
Sentap?! makan hati berulam jantung. Dengar cam sedap tapi pahit nak telan.Bluerk ! Luah je PliSs..
Tak payah cermin tak payah mekap. Boleh tahu yang mana jernih. OKlah kalau uoOls rasa nak komen. Komen.. kalau tak nak. Aku pun tak suruh ! shhhuuh.. pegi jauh jauh. Aku sentap.. hang ada?! Fikir fikir la. Siapa makan cili dia berasa pedas. Baik aku atau hang, hang dan hang tahu yang namanya TERASA hati* Huh! lepas pun cakap. Bukan nak spoil mood tapi makin melampau kalau tak luah. Better diam kata incik dear untuk elak doasa kering. Nauzubillah siapa tadi tue.. itu bukan aku. Itu hanya kata kata terlepas dari seorang yang KECEWA HAMPA 100%. Adios~~

Thursday, 27 January 2011

SEMINIT Pun Penting Apatah Lagi SeSaat.

Salam ceria.Hari ni aku quit busy kata omputih sebabnya macam kelas padat sangat. Kelas komputer pagi dan petang ibarat pelajar IT gittu. hikSs. Tapi aku suka sangat kelas bisness computing. Sebab banyak perkara menarik yang aku boleh buat. Termasuk teroka sana teroka sini. Memang belajar banyak menda baru. Kata orang setiap hari harus ada cabaran baru mencabar hidup di dunia kan?:) dan hari ni aku belajar buat tuto dan asaimen yang best dalam word. Beshh la uoOls. ngee :') cepat dan pantas..
Sejak dua menjak ni jugak dok layan cerita Korea. Oho sebab menyelit pasal hal lain untuk bagitau yang aku ni suka sangat cerita dari Korea yang slow dan romantis tu. Kalau di Ntv7 aku suka tengok full h0use dan kalau yang tv3 tu cerita thank you. Hot kot(!) Kalau uoOls minat mesti hempa tau apa yang aku maksudkan. Aku memang layan la sebelum pegi kelas tadi. Balik kelas pun. Sedangkan asaimen makin banyak dan keje pun makin banyak. Haiz!! sebab presentation pun dah berlungguk tu. Harap aku tabah. Senyum lebar*
menongkat pipi :")
Jugak men0ngkat lemak pipi.
Hehe. Dah tengok gambar di atas? ye nampak sangat aku tak ada keje. Sebab masa ke kelas bersiap awal. Dan paling pentting sharp time menunggu cerita Korea start. Kelas pulak hari ni pukul 4 petang. Jadi memang layan cerita la dulu ;) Lepas uoOls tengok gambar kedua dua ni.. nampak tak perbezaan keduanya? Kalau uoOls bijak pandaai mesti dapat perbezaannya ^___~ tetiba test minda sekejap pulak. Macam macam aje aku nia..


Ok berbalik pada tajuk entri, memang hari ni menguji kecekapan menaip aku. Huh! sebab lecturer bagi asaimen yang menguji sangat sangat. Memang terbaiklah. Kerja pertama aku b0leh settlekan dengan jayanya. Kerja kedua memang tak b0leh tolak kiri tolak kanan. Berjaya jugak. Tapi..haah yang ketiga memang berbelit belit sikit, aku boleh buat tapi tak sempat selesaikan dengan jayanya. Memang aku geram la kan? tapi yang tak b0leh tahan, lewat seminit asaimen tu akan dipotong. Aku tergolong dalam golongan tu kot. Macam nak nangis kuat kuat..tsk tsk. Tapi aku yakin, lecturer tu tak akan buang markah banyak sangat k0t. Nada sedapkan hati*


Bila lecturer cakap perlukan 5 gambar, aku dengan yakinnya pilih dan terus google gambar dengan jayanya. Yang paling syokk dia cakap bebas pilih gambar. Jadi, aku ilih dengan apa yang aku minat. Dalam hati..bunga, teddy, cupcake dan lolipop dan coklat serta minnie. Memang kesukaan GADIS semalaya la kan? kalau tak suka memang bukan gadis. hikSs. Tapi kalau tak minat semua pun ada la jugak salah satu yang diminati. Aku pasti. Jadi dengan seronoknya dapat gambar yang digemari. Tambah tambah waktu di komputer lab. Aku suka kelaspetang Khamis. Boleh on9 dengan kuasa tenet yang 9 kali ganda lajunya dari wifi kat ostel :'D


Jadi dikesempatan tu sempat hapload dalam FB tau. Memang cepat dah siap Hooyeh.. ada kegirangan desitu. Baru aku tahu yang aku sikit sikit suka pada graphic. Tengok la gambar kiut miut di dalam entri pun uoOls dah dapat agak aku orangnya macam mana kan? ehehe. Tapi abaikan. Yang pasti aku sentap jugak SEMINIT pun asaimen aku dipotong markah walaupun tak siap. ggrrr. Muka semacam singa dah tau muncul tapi sabik sabar ajelah cik selemah. 

Ok ni salah satu gambar feveret aku.. memang entah nampak sweet je. Hokey malam ni cik roomate aku dapat almari baru atas sebab kerosakan . Memang itu la yang selalu berlaku kalau ada kerosakan. Jadi dapat perabot baru la dia. Bau kedai lagi tau. Jeles :P selamat bl0gwalk kalian. Kali ni entri aku bercampur aduk mengikut apa yang terlintas seperti biasa. Jadi itu sebabnya aku SENTAP kecekapan menaip aku tercalar sudah, disebabakan asaimen lambat seminit O.o Jadi cekapkan menaip Dawia ! Aja aja Fighting ^-^ Jumpa enrtri seterusnya geng.. chiao.

Wednesday, 26 January 2011

Betapa BERHARGA Rasa Diri Jalankan Tanggungjawab Pertama Kali Mengundi di UniverSiti. Hari ini Dalam Sejarah ;)

Assalamualaikum. Hari ni kira macam hari ini dalam sejarah la sebabnya aku macam dapat satu pengalaman baru bila hidup life unibersiti.Yelah macam satu perasaan baru sebabnya hari ni hari rabu macam uoOls semua tau. Tapi hari ni dah macam Hari Pilihanraya Malaysia dah bila semua student U dok sibuk sibuk menjalankan tanggungjawab masing masing untuk mengundi! Oh best sangat kalau uoOls nak tau memang asyik! haha. 
Ok aku serius. Kelas aku pagi tadi pukul 10 pagi. Jadi mestilah lah gerak ke kelas dalam pukul 9 lebih cenggitu. Tapi disebabkan kerajinan yang terlebih pegi kelas agak awal hari ni dalam setengah jam macam tu. Lepas je keluar dari pintu pagar hostel..haah tetiba nak meriah Dewan Biru dengan student berbaju Kot hitam. Smart la kan.. ingatkan ada pertandingan syarahan ke pidato macam zaman sekolah dulu. Lepas tu barulah teringat yang inilah hari yang ditunggu tunggu oleh setiap calon MPP tahun ni. Sebab yang mantan ahli MPP tahun lepas dah letak jawatan. ngee :'D 

Awal awal seorang calon dah ajak masuk ke dewan untuk sesi mengundi yang bermula pukul 9 pagi sampai pukul 4 petang. Jadi disebabkan aku dengan membe gegas untuk ke kelas selling. Jadi dengan sopan kami tolak untuk undi di awal pagi. Mungkin lepas kelas. HikSs. Tapi kawan kawan aku tu agak pelik sebab bab bab mengundi langsung depa tak suka. Memang tak sekepala sikit aku dengan depa ni kadang kadang. Al maklumlah aku ni kan jiwa dewasa. Depa jiwa muda remaja trang tang tang:P Jadi tak jadi la mengundi tapi betul la ramai dok berkumpul mungkin dah habis kelas, depa dok beratur tunggu turn nak pangkah kot. macam tu perasaan aku bila lau di luar dewan. Kelas tadi pun simple sangat sebabnya hanya bincang kertas test. Dan aku down SANGAT sebab result dapat sikit dan sesuai sangat dengan usahaa aku yang tak seberapa waktu tu.

Aku redha. Walaupun aku down. Siapa tak down kalau memang dapat markah rendah dari kawan kawan yang lain. Tapi yang paling aku BENCI bila kawaan kawan macam erkk susah nak cakap. So aku rasa macam nak larik jauh jauh dari depa ja rasanya waktu tu.huhuk.Aku tabahkan hati.. tapi terdetik dalam hati jiwa raga..awatla aku tak pulun sangat tadi, Hampeh =.=' nangis tak berlagu pun tak dapat apa.. kesian carry mark aku nanti :( itulah kesilapan asyik leka dengan hiburan dunia sampai abaikan pelajaran. Jangan contohi aku yang selalu sangat gagal dalam hidup walaupun BERJAYA lahir ke dunia yang indah ni. Alhamdulillah.. tapi aku sangat bersyukur dengan apa yang aku terima. Mungkin ada hikmah. InsyaAllah akan buat terbaik dan berbekalkan ketabahan hati.. aku mesti BERTINDAK! aching!

Berbalik pada hari ni aku pes time mengundi. Best woo... tak susah mana pun seperti mengundi di pilihan raya yang kena pangkah (X) dan kemudian beratur siap kena bawak kad pengenalan. Lepas tu daftar dan kena pegi satu tempat untuk pangkah. Kemudian kena masukkan dalam tabung selepas dilipat. Wah memang agak rumit tapi itu la prosedur mengundi yang sebenar yang dijalankan di negara demokrasi Malaysia. Tapi bila kat Unibersiti aku tak tahu pulak yang cara mengundi dia amat berbeza. Tu yang orang Kedah kata "penqhak" tu. Ataupun jakun ataupun macam pelik tersangat sama je maksudnya. Tapi best.
Tak sampai 10 minit ke 5 minit pun selesai kalau orang tak ramai. Memang cepat sebab kami mengundi dalam komputer. Jadi cuma kelik kelik je la seramai 12 orang. Memang mudah.. dan aku dah pilih 6 orang dari 12 orang tersebut. Aku undi pada orang orang yang aku kenai ja. Kuikui. Adil la kan? :) tak kenal buat apa nak pilih kan.. tu konsep aku. Tapi sebelum tu diorang dah memang berkempen dan tampal poster serata kampus dah. Cuma aku je tak snap poster dan banner diorang sebab simple sangat. Hoho. Tapi janji nampak macam nak ada pilihanraya sudah kan? Alhamdulillah.. lepas je beli makanan atas sebab daapur dah tak ada. Terus gerak nak masuk hostel. Jadi lalu la dewan biru yang menjalankan proses pengundian calon. Jadi tak semena mena kenalah jalankan tanggungjaawab mengundi terus ke jalan benar.
YES ! aku dah mengundi. Best la mengundi di Unibersiti ;) pes time tu uoOls. Tak penah kot. Ingat payah sangat rupanya sekejap je. Yang bestnya mantap MPP pun turun padang memeriahkan suasana. Wah yang penting kereta yang diorang pandu tu.. fuh! superb mewah la. Jeles..dan tetiba teringin nak jadi GF diorang dalam angan angan. hikhik. Dan la hensemm..auww :"D sila jangan berangan la Dawia. Hemo hemo. Yang palinh aku teruja meh sini aku nak nyanyi sikit cemana liriknya yang pemes kalau time nak ngundi..
 Mari la mari..
..pegi mengundi..
Tunaikan kewajipan pada unibersiti
Sweetkan nyanyian tu yang berkumandang di hiler.. yang lucunya student student yang nyanyikan..mungkin rakaman kot. Macam happening je. Memang meriah kali ni. Dulu ada jugak sesi mengundi.. Tapi aku tak join. Rasa macam rugi je. Tapi mungkin semuanya dah tertulis. Jadi aku BANGGA jalankan tanggungjawab aku tadi. Heppi dan tersenyum lebar lebar. Akhirnya ni la pertama kali aku mengundi di unibersiti. Kad matrik itu dan ini. Memang best la :') Aku heppi sangat. Oklah dah catat sejarah dah.. walaupun dah lama jadi pelajar kat sini. Dan mudah mudahkan kalau ada peluang aku akan mengundi lagi selagi bergelar warganegara Uniselian dan Malaysian. HikSs.

Okieh nak blogwalking dah. Makin nak lewat malam tenet wifi makin laju lambat la sangat. Hoho. harap harap aku berjaya ziarah umah uoOls ek. Malam ni sangat heppi. Malah sangat sejuk dingin udara malam ni mungkin sebab nak hujan ataupun lepas hujan tadi. Hujan rahmat telah buat incik dear BF tak sihat. Moga cepat sembuh hb. harap harap dear faham apa yang aku maksudkan dalam mms tadi.. aucak :D bubye. See u again ok. Tata~~ Have anice day geng. Nak cepat cepat f0n mummy. Rindu :')

Join Giveaway Pulak ..Dilawi Giveaway ;)

Salam hembusan malam dari cik empunya bl0g ;) malam ni agak free jugak sebab petang tadi kelas batal dan baru lepas diner. Aku dengan senang hati nak join giveaway pulak sebab di tag oleh seorang bl0gger ;) rasa macam kiut je bannner dia. Amat tertarik da bomb untuk sertai.. uoOls cam teringin tak nak join giveaway yang tinggal dua hari je lagi ni.. kalau dah. Sila pejam mata laju laju..dan kira dari nombor satu hingga tiga :') dan selepas tu ready untuk join dengan taip laju ye.


Syarat Syaratnya :-

Follow blog dila♥awi
 Letak baner kat post entry dengan sidebar, ♥ dilawi♥giveaway ♥
tag diri dan sendiri. Chops ini bukan syaratnya cuma aku tak tahu nak tag siapa. Ini selalu jadi problem aku..erkk
Jangan lupa tinggalkan Link Entry kat Comment Box cik pengajur seperti biasa.

Hadiah??
RM20 (topup or cash,terpulang kepada pemenang)
Tarikh tutup
28 FeB 2011


Wee dah joinkan diri. Menang ke tidak lain cerita. Hikhik. Hari ni aku ada cerita nak stori.. tunggu ye ;) next entri okieh..sedang nak siapkan laju laju. Walaupun aku tau tak ramai yang baca dan komen bl0g ni. Memang amat sedih tapi aku kan biasa biasa. Tunggu aku jadi da bomb macam giveaway ada teddy bear ni kelak. Haa jangan main main cik selmah :P

Okiehlah nak cakap hari ni hari yang lapang sangat. Tapi entri aku pendek singkat tapi padat. Meh join ramai ramai giveaway ni ye. Amat sweet (!) Aku rasa bila sekali aku join giveaway ke contest mesti lepas ni gian nak join lagi. Kuikui. Gudluck for myself---> btw aku rasa down sikit hari ni.tsk tsk. Tapi hidup ni kalau dipandang dari segi aspek indah mesti syok :D Jadi.. kita enj0y. Orang tak akan tahu kita down selagi kita tak cerita.. jadi jangan sesekali salah memilih untuk mengadu, dan tunjukkan yang kita lemah. Nak tahu lebih lanjut..baca entri aku pada entri selanjutnya okieh ;) See u (!) buibui ~

Tangan Bertuah Cik Nico !

Salam ceria ;) hari ni rasa free dan terasa nak jawab tag yang ditag oleh rakan bl0gger. Terasa lama dah peram. Kalau buat ikan pekasam dan boleh makan dah. Dan kalau buat buah mempelam rendam dengaN air gula dah boleh jadi jeruk dah. Punya nak tunjuk betapa lama aku simpan tag untuk sertai contest ;) Dah lama tak join cabutan bertuah. Ni dan sekarang aku dengan senang hati join kan diri untuk meriahkan suasana :) Nak tengok syarat syaratnya mudah saje. Sebab tu aku mudah nak sertai ^^



Syarat Syaratnya adalah?? :)

Buat satu entri mengenai cabutan “tangan bertuah cik nico!”..
tajuk entri tu mesti “tangan bertuah Cik nico!"
Letakkan banner cabutan bertuah di dalam entri dan jangan lupa link kan kepada blog cik nico!
Cabutan bertuah ini tidak memerlukan anda untuk berbuat apa-apa kecuali anda harus menghebohkan @ menjemput rakan-rakan yang lain sahaja untuk menyertai contest ini 
Dalam entri tersebut anda boleh tag seberapa banyak rakan-rakan dan pastikan mereka tahu mereka di’tag’. Minima tag ialah 3 orang
Follow blog CIK NICO ini supaya segala pemberitahuan dan keputusan cabutan “tangan Hadiah untuk pemenang juga sangat menarik “tertarik kau memang da boom!"
Cabutan bertuah ini akan bermula daripada 9Januari - 28 februari 2011..
jadi, jangan lepaskan peluang!

 Mudah aje kan? Cepat cepat masih sempat lagi join Cabutan bertuah Cik Nico nia.. mana tahu tuah menyebelahi kita ke nanti..hikSs. amin, mudah mudahan. Harap aku berjaya sebab dah lama tak menang cabutan bertuah jackpots ;) wish me luck..ok ;) See u(!) psst sejuk dalam beku.. mendung day today.

Tuesday, 25 January 2011

Tips Menjaga Diri Sendiri Dengan Cara Sihat :)

Salam ceria. Sehari ni agak busy dengan teSt. Rindu dengan bl0g. Last kali terdetik nak hapdate pasal suhu badan yang kian tak berapa nak menentu seminggu dua sekarang ni. Waktu aku menaip entri ni pun, cuaca agak tak menentu. Tadi panas terik dan sekarang hujan dalam panas. Aku baru je baring baring lepas makan ubat tengahari tadi dengan tujuan daat hilangkan berat badan dan sakit sakit. Tetiba badan rasa lemag sangat. Seram sejuk datang tetiba. Sebabnya pagi tadi aku ada kelas. Tapi dalam air cond yang bersuhu sederhana tu aku rasa macam tak sedap badan. rasa macam nak baring je. Mungkin sebab cuaca. Memang sekarang musim demam, selsema dan batuk. Jadi jagalah kesihatan masing masing ye.

Bila rasa kuat sikit, baru rasa fresh. Nasib kelas agak jarak jarak masanya. Jadi sempat aku lelapkan mata untuk seketika. Sebabnya sekarang ni dalam bilik pun jenuh berpakaian tebal siap berselimut. Bayangkan suhu bilik pun sejuk terlampau. Memang dugaan. Aku tahu sakit boleh menghapuskan dosa dosa kecil. Jadi aku nka bagi tips untuk menjaga diri sendiri dengan cara sihat. Mudah mudahan uoOls yang sekepala dengan aku boleh mencuba bersama sama. Aku tak pandai  bagi tips, tapi aku bagitau dengan apa yang aku praktikkan :D insyaAllah.. itu yang aku amalkan.
Aku suka minum air masak berbanding air manis. Bukan sebab aku tak suka tapi kurang gemar. Bukan jugak aku nak jimatkan duit tapi kebenarannya kalau makan dekat luar langsung aku tak minta air yang berais. Lebih kepada air skyjuice biasa je. Suam suam gittu. Lebih sedap tekak di minum untuk hadamkan makanan. Lagipun jenis aku ni cepat kenyang kalau dah makan makanan. Minum air kalau order pun mesti tak habis. Kuikui.
Macam itu lah aku selalu. Tak sanggup nak tahan sakit. Jadi aku suka makan ubat. Tak maghu lengah lengah lagi. Sebab ubatkan penahan dari kuman dalam badan merebak. Jadi aku ni jenis tak suka sakit. Sebab tu,dalam almari di ostel ni aku dah sediakan minyak angin, minyak gamat dan segala jenis ubat, Supaya bila aku sakit, aku terus makan ubat dan berehat. Kalau sesiapa yang tak suka makan ubat sebab pahit. Anggap je ubaat tu macam gula gula. Mesti uoOls boleh telan punya. Kalau tak boleh jugak, berikhtiarlah sampai boleh. Sebabnya ada orang boleh tahan sakit tanpa makan ubat. Tapi itu akan menyebabkan sakit lebih tambah teruk. Sebab itu kita perlu makan ubat dan berehat. Baru cepat sembuh.
Sebab ada sesetengah orang suka mandi kalau demam ataupun selsema. Dan kadang kadang tu saanggup mandi tengah malam kerana terlalu biasa mandi malam. Itu saangat tidak baik untuk kesihatan. Mak selalu pesan jangan suka mandi malaam sebabnya boleh menyebabkan paru paru berair nanti. Memang best mandi malam, segar je. Tapi kesan jangka panjang amatlah takut bila kita dengar. Malah mandi la ketika sebelum tengahari dimana waktu tu belum lagi matahari terpacak atas kepala. Sebab waktu tu, suhu badan akan keluar dan pabila kitasimbah air di badan. Maka suhu badan tak akan keluar dan akhirnya boleh menyebabkan suhu dalam badan tak kebah. Sebab itu elak mandi sesuka hati. Waktu tengahari dan waktu malam.

Okiehlah aku pun tak tahu sangat untuk bagi tips. Tapi rasanya apa yang aku amalkan sebelum menjadi. Yang penting waktu tak sihat, banyakkan rehat. jangan paksa diri buat sesuatu yang kita tak larat. Rehat dan rehat adalah cara terbaik untuk sembuh disamping elak minum minuman berais siang malam. Memang sedap tapi efeknya badan jadi lemah sangat sangat. Tapi ada jugak aku dengan yang minum minuman yang sejuk tapi tak ada ais boleh jugak.Contohnya aor botol dalam peti ais tu, boleh jugak minum sebabnya yang jadi luka dalam tekak adalah ais. Sebab ais panas dan boleh menyebabkan badan yang panas jadi tak sihat malah lemah.
Aku ni bukanlah seorang doktor. Cuma sedikit tips yang selalu aku buat dan elak di saat cuaca tak menentu macam sekarang. Aku tak gemar ais dan lebih sukakan minum air masak atau air panas je :'D Harap harap badan ni sentiasa sihat sebabnya malam ni aku ada test. Hujan pun dah berenti di luar tempat aku nia.. sekarang dah kembali panas semula. Alhamdulillah:) badan aku jeyang pulih tapi tekak masyaAllah peritt. Aku sekarang tengah berusaha minum air 8 botol sehari sebabnya memang badan kita memerlukan baaannnnyakk sangat air tanpa warna dan perisa. Dan air masaklah yang terbaik. Macam yang uoOls tahu pun 70% badan kita adalah cecair :)
Baiklah aku nak pegi sambung studi bisneSs computing. Malam ni test. Doakan aku ye. Selamat berbl0gging geng. Syukur aku masih kuat untuk haodate entri kali ni. Selalulah ziarah menziarahi antara bl0gger ye !:D Apa yang aku taip deat atas adalah tips kecil dari aku. Harap dapat amalkan bersama ok:) Have anice day uoOls. Buibui. See u again next entry..Psstt terasa mula minat pula dengan cupcake dan kek. Bestnya (!) nak cubalah nanti supaya dapat jadikan ia sebagai hobi dan secara langsung boleh jadikan sebagai pekerjaan kelak. Mudah mudahan.. siapa tau kan :') amin* Heppi heppi selalu. Tak sihat makan ubat ok. Kalau teruk langsung jumpa doktor. Ehem.. ingat dulu ada peluang jadi nurse. Hmm tak kesampaian kot. Jadi.. angan angan tetap menjadi impian. Missing u darl. x0x0.
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi