Thursday 27 January 2011

SEMINIT Pun Penting Apatah Lagi SeSaat.

Salam ceria.Hari ni aku quit busy kata omputih sebabnya macam kelas padat sangat. Kelas komputer pagi dan petang ibarat pelajar IT gittu. hikSs. Tapi aku suka sangat kelas bisness computing. Sebab banyak perkara menarik yang aku boleh buat. Termasuk teroka sana teroka sini. Memang belajar banyak menda baru. Kata orang setiap hari harus ada cabaran baru mencabar hidup di dunia kan?:) dan hari ni aku belajar buat tuto dan asaimen yang best dalam word. Beshh la uoOls. ngee :') cepat dan pantas..
Sejak dua menjak ni jugak dok layan cerita Korea. Oho sebab menyelit pasal hal lain untuk bagitau yang aku ni suka sangat cerita dari Korea yang slow dan romantis tu. Kalau di Ntv7 aku suka tengok full h0use dan kalau yang tv3 tu cerita thank you. Hot kot(!) Kalau uoOls minat mesti hempa tau apa yang aku maksudkan. Aku memang layan la sebelum pegi kelas tadi. Balik kelas pun. Sedangkan asaimen makin banyak dan keje pun makin banyak. Haiz!! sebab presentation pun dah berlungguk tu. Harap aku tabah. Senyum lebar*
menongkat pipi :")
Jugak men0ngkat lemak pipi.
Hehe. Dah tengok gambar di atas? ye nampak sangat aku tak ada keje. Sebab masa ke kelas bersiap awal. Dan paling pentting sharp time menunggu cerita Korea start. Kelas pulak hari ni pukul 4 petang. Jadi memang layan cerita la dulu ;) Lepas uoOls tengok gambar kedua dua ni.. nampak tak perbezaan keduanya? Kalau uoOls bijak pandaai mesti dapat perbezaannya ^___~ tetiba test minda sekejap pulak. Macam macam aje aku nia..


Ok berbalik pada tajuk entri, memang hari ni menguji kecekapan menaip aku. Huh! sebab lecturer bagi asaimen yang menguji sangat sangat. Memang terbaiklah. Kerja pertama aku b0leh settlekan dengan jayanya. Kerja kedua memang tak b0leh tolak kiri tolak kanan. Berjaya jugak. Tapi..haah yang ketiga memang berbelit belit sikit, aku boleh buat tapi tak sempat selesaikan dengan jayanya. Memang aku geram la kan? tapi yang tak b0leh tahan, lewat seminit asaimen tu akan dipotong. Aku tergolong dalam golongan tu kot. Macam nak nangis kuat kuat..tsk tsk. Tapi aku yakin, lecturer tu tak akan buang markah banyak sangat k0t. Nada sedapkan hati*


Bila lecturer cakap perlukan 5 gambar, aku dengan yakinnya pilih dan terus google gambar dengan jayanya. Yang paling syokk dia cakap bebas pilih gambar. Jadi, aku ilih dengan apa yang aku minat. Dalam hati..bunga, teddy, cupcake dan lolipop dan coklat serta minnie. Memang kesukaan GADIS semalaya la kan? kalau tak suka memang bukan gadis. hikSs. Tapi kalau tak minat semua pun ada la jugak salah satu yang diminati. Aku pasti. Jadi dengan seronoknya dapat gambar yang digemari. Tambah tambah waktu di komputer lab. Aku suka kelaspetang Khamis. Boleh on9 dengan kuasa tenet yang 9 kali ganda lajunya dari wifi kat ostel :'D


Jadi dikesempatan tu sempat hapload dalam FB tau. Memang cepat dah siap Hooyeh.. ada kegirangan desitu. Baru aku tahu yang aku sikit sikit suka pada graphic. Tengok la gambar kiut miut di dalam entri pun uoOls dah dapat agak aku orangnya macam mana kan? ehehe. Tapi abaikan. Yang pasti aku sentap jugak SEMINIT pun asaimen aku dipotong markah walaupun tak siap. ggrrr. Muka semacam singa dah tau muncul tapi sabik sabar ajelah cik selemah. 

Ok ni salah satu gambar feveret aku.. memang entah nampak sweet je. Hokey malam ni cik roomate aku dapat almari baru atas sebab kerosakan . Memang itu la yang selalu berlaku kalau ada kerosakan. Jadi dapat perabot baru la dia. Bau kedai lagi tau. Jeles :P selamat bl0gwalk kalian. Kali ni entri aku bercampur aduk mengikut apa yang terlintas seperti biasa. Jadi itu sebabnya aku SENTAP kecekapan menaip aku tercalar sudah, disebabakan asaimen lambat seminit O.o Jadi cekapkan menaip Dawia ! Aja aja Fighting ^-^ Jumpa enrtri seterusnya geng.. chiao.

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi