Monday 17 January 2011

Tiada lagi Nasi Lemak dan Teh 'O' PanaS..

Assalamualaikum. Selamat pagi Isnin bl0gger. Cemana hari uoOls produktif dak pagi ni.. Macam biasa, aku rasa hari ni hari tidak sama seakan hari hari yang lepas. Sebab pagi ni tiada lagi sarapan nasi lemak dan air teh. Ditambah dengan kuih muih penuh atas meja yang kerap kali kuih ketayap yang kaler hijau tu.Memang selalu ada setiap kali breakfast. Tapi pagi ni dah tiada nasi lemak atau kadang kadang bihun goreng atau mee goreng. Sebabnya aku dah dekat hostel, dan tiada lagi bangun bangun tidur tanpa kemaskan katil. Cuci muka tanpa mandi terus ambil nasi lemak kat meja di dapur dan terus makan. Enak sangat (!) lepas tu nak lagi kenyang ngap kuih yang ada untuk sarap pagi tuu.. laparnya saat aku menaip entri hari ni.. sebab tadi aku hanya makan biskut kering sahaja 3 kepingg :'(

Sebenarnya aku teringat suasanan kat rumah, yang setiap pagi mesti ayah belikan sarap. Tak payah aku susah nak masuk dapur buat nasi goreng atausediakan sarapan. Tapi cuma bangun makan dan buat apa yang patut. Hmm patutlah berat badan pun naik :P maklumlah ank manja sekejap. Bertuah badan kan.. hikSs. Tapi memang pun, balik seminggu hari tu.. tak payah susah susah bangun awal buat sarap. Memang conform ayah belikan sarap. Nasi lemak yang satu tempat tu.. sambal ikan bilis dia memang sedap la. Kalau la dapat makan sekarang.. Ya Allah, memang satu keajaiban. Tapi aku kena sedar yang sekarang aku akan hanya sarap dengan biskut kering ataupun roti je. Bermula hari ni aku dah mula rindu pada nasi lemak dan kuih ketayap..
Air teh 'O' panas..
Setiap pagi aku akan rindukan sarapan nasi lemak dan kuih. Tak pun bihun gorengg yang memang terkenal kat kampung tu kelazatannya. Kena pulak dengan teh 'O' panas takpun k0pi radix secawan.. memang kenyang sampai tengahari.. rindunya (!) =.= asap dari teh dan kopi dan enaknya bau nasi lemak dalam daun pisang..memang wangi dan lazat (!) ni yang buat aaku nak balik rumah lagi ni. Tapi biarlah.. ada hikmah tu. Siapa lah tak mau makan sedap sedap kan? yang penting hari ni aku kena beli makanan tengahari sebab dapur dah tak ada. Dah kena sonlap..erkk.
Nasi lemak memang sedapp dan makanan 1 Malaysia =)

Bihun goreng ;)
Nasi lemak :) 
Semua gambar credit dari google.
Okiehlah rasa lapar bila tengok gambar kat atas nia.. aku nak pegi sambung buat asaiamen yang terbengkalai. Oh badan masih penat..errk. Tapi tabah Wia tabah (!) Kuat..sikit je lagi. Kerja jangan tangguh. Jangan biarkan nasi lemak melemahkan semangat untuk terus belajar. Tapi sekurang kurangnya aku ada ngap biskut kering.. Tetiba teringat nak beli teh buat minum time sarapan. Aku tak gemar mil0 mahupun minuman manis. Entah kenapa.. tapi teh b0leh la :'D Jom buat asaimen.. hari ni monday blueS yeah. Lama sangat cuti sampai seminggu segalanya terasa malas. Aja aja Fighting Wia (!)

Nasi lemak mana mana tempat takkan sama tempat yang kita suka makan. Pecayalah.. nasi lemak yang sedap adalah nasi yang sedap sambal tumisnya;) eee cam mengidam tapi itulah yang ajar selalu bagitau aku. Sebabnya satu famili aku semuanya suka nasi lemak termasuk adik kecik yang darjah tiga. Air teh kosong rasanya aku je baru suka berbanding air lain. Kenapa atau bagaimana? aku sendiri tak tahu nak bagi sebabnya. uOols, nampaknya aku kena gigih bl0gwalk sebab dah lama aku tak bl0walk cam selalu. Heppy berbl0gging guys.. adi0s~ 

1 comment:

  1. baeklah... saye sangat lapa tatkale membace entry kamoo ini.. huhu.waaa, nak makan.

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi