Sunday, 30 January 2011

Dup Dap Dup Dap Hati ini Bukan Kepalang

Assalamualaikum. Ahad dah kembali pun hari ni. Cepat masa berlalu tapi aku pulak rasa masa terlalu pantas sampaikan hati ni kedebuk kedebak rasanya. Tak tahu kenapa rasa seperti hilang keyakinan pulak. Aku terasa ada satu perasaan berat yang sukar diluah tapi aku tak tahu apa yang tersirat dan tersurat yang aku rasa kini, penah tak uol rasa seperti tak sedap hati? Bukan suruh makan hati tu untuk rasa sedap ke tak ..tapi macam perasaan yang buat kita resah, bimbang. tapi kita tak tahu sebab apa,, Aku rasa setiap manusia penah rasa. Tapi itula..aku sekarang bernafas pantas dengan rasa jantung yang dup dap dup dap. Harap harap semuanya baik saja.
Okeylah pada entri lepas, aku ada cakap yang aku gementar habis bercakap dengan seorang manusia bergelar pensyarah perempuan. Aku tak tahu kenapa aku gementar sangat sampaikan tangan tu macam vibrate dan shack sekali gus. Hah uol bayangkanlah. Memang nebes habis. Sebenarnya dua tiga hari ni aku risau akan cuti CNY aku.. kalau ikutkan Rabu ni aku ada test. Tapi cuba bayangkan yang ia akan membebankan aku sebabnya test tu disebelah petang. Memang bertuahlah siapa yang dekat rumahnya dalam area Selangor dan KL tapi yang jauh macam aku di Utara nun.. memang resah berpeluh la dok fikir cemana hari Rabu nak balik. Kalau hari Khamis dah CNY memang macam tak best je. Entah entah jalan pun sesak. Bas pun xde..huu.

Banyak yang aku fikir, mungkin tu ugak puncanya hati aku tak sedap sekarang. Jadi aku ambik keputusan nak ambik test awal bersama group kelas yang lain esok. Muktamad, selepas pecah peluh, gementar dan dengan selunak suara aku memohon minta keizinan untuk ambik test awal esok. Alhamdulillah termakbul.. Syukur ^-^ Aku rasa lega sangat walaupun lepas habis cakap dalam f0n dengan puan tadi pun tak habis lagi. Seorang yaang nebesnya aku.. dalam hati kecil aku mengeluh.
Rasa hati siapalah yang tahu"

Tapi uoOls perasaan aku tak lega setakat tu, malam tadi dah settlekan agihan kerja untuk asaimen group dan sebagainya. Ada pulak suara suara yangv tak puas hati sebab aku ambik awal dari diorang... hmm itula manusia,tak penah puas dengan apa yang ada. Aku menaip ni bukanlah untuk mengata sesiapa, cuma aku tak sangka manusia walaupun selalu kesana kesini bersama tapi belakang tetap mengata. Pembetulan. Tapi tak semua macam tu. Serius aku dekat sini macam tiada teman yang boleh dipercayai. Semuanya pentingkan diri. Jadi aku yang keseorangan ni perlu kuat supaya aku tak senang tumbang depan mereka. Sampai macam tu sekali ye geng..bayangkan*

UoOls bayangkan depa boleh balik tinggalkan aku keseorangan setiap minggu setiap kali depa balik rumah tanpa rasa bersalah. Tapi aku balik rumah untuk holiday dalam jangka awal sikit dari depa, depa dah melenting liar siap cakap merenjas(loghat Kedah) bahasa kasar yang boleh membingitkan telinga dan menyakitkan hati bila dengar. Ibarat cenggitu la. Kononnya tak puas hati. Usaha tak nak. Bukan aku nak mengata tapi ini pendapat aku.. aku susah payah nebes bagai tanya puan dalam f0n dengan kredit maxis ke celcom yang pastinya mahal dari biasa. Tapi depa pulak tak puas hati. Sedangkan masa sebelum aku tanya depa dah redha kononnya nak balik hari Rabu. Itu kerana rumah depa dekat. Tapi aku, depa tinggalkan terkapai kapai tanpa sesiapa. Depa selalu macam tu :( Hati mana tak terguris.. Serius aku cakap. Rambut sama hitam tapi hati siapa la yang tahu selainNya.

Aku kecewa dapat kawan cenggini. Dan uOls yang baca jangan salah faham dengan mengatakan yang aku saja yang benar. Mungkin aku jugak salah. Tapi ini adalah tersirat yang aku rasa dalam diri. Sungguh hati ini tak sedap. Aku rasa semuanya yang ada dekat desini hanyalah hipokrit. Berpura pura senang tapi tak.. berpura pura tahu semua, tapi main pakai teka je. Berpura pura heppi tapi sebaliknya sedih. Berpura pura adalah sikap yang bali aku BENCI sangat sangat. Aku CAPS LOCK perkataan tu sebab nak menunnjukkan yang aku memang TAK SUKA orang seperti tu. Kalau boleh double caps lock tu dah lama aku buat. Toreh tulisan BENCi tu puas puas. Nauzubillah. Istighfar adalah jalan terbaik. Lega dapat lepaskan dalam entri ni.


Aku senang meluah pada alam maya, tapi tak semuanya sebab ia jugak perlu diprivasikan dan dikunci rapat. Sebabnya yang aku boleh  buat, aku tak sabar nak habiskan dan naak holiday cepat cepat. Kalau lagi difikirkan makin banyak yang runsing. Dengan mungkin sem depan aku berpindah kampus. Siapa yang nak bantu aku kemas. Itu xapa lagi sebab aku boleh buat sendiri. Tapi siapa yang nak tolong aku bawa barang barang. Runsingnya =.=" Kawan kawan pun dah bagi hint tak mau membantu. Parent pulak jauh. Kesian pulak nak mintak tolong datang ambik barang untuk pindah. Sebab barang aku tak banyak tapi itulah kawan disini hanya kawan. Tapi langsung tak ada sifat nak bantu :'( Aku kecewa dengan sahabat begini. Susahnya nak cari kawan yang betul betul kawan. Kat sini semuanya kawan yang senang ada. Bila susah kemana menghilang, aku sendiri tak tahu. Uols fahamkan perasaan aku. Sungguh kecewa. Dalam hati sebak membungkam.


Okieylah aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku kena sabar. Aku mesti cari jalan penyelesaian sendiri. Aku kena kuat. Tak semua mudah hidup di dunia ini. Itu yang aku belajar hidup didunia ni.Semuanya kena terima dengan hati terbuka. Aku harap semuanya cepat berlalu. Aku nak kebahagian;) Aku kena sabar, Aku mesti boleh atasinya. Yang penting aku boleh cakap kawan sejati tu tak jumpa lagi tetapi kawan biasa tu ramai sangat untuk semakkan rasa jiwa dan resah di hati! Hokey.. biasalah dalam entri. Kadang kadang ada yang sedih, ada marah dan ada yang heppi. Yang penting sekarang aku nak jerit puas puas supaya resah tu hilang, DeAr )))))))))))).. harap harap incik dear dengar. HikSs. Salam ceria hujung minggu. Bubye :'D Psst pagi ni hujan dan cejuk. Besst. Jom minum dulu choc panas..hee.

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi