Saturday, 29 January 2011

Bunga Merah Carnation Mama..So Sweet ! ✿

Salam ceria bl0gger :) Hari ni kan rasa hati amat berbunga bunga. Mungkin sebab aku suka dah jatuh bunga pada bunga merah Carnation mama. Rasa macam dah jatuh cinta. Sebabnya bunga ni jarang berbunga tau. Memang agak susah nak tengok ia berbunga. Tapi hari tu balik cuti macam tertarik dengan bunga merah tu. Sebab ia disusun elok atas pagar rumah bersama pasu pasu lain. Tetiba aku teringat nak ambik tengok. Memang ia subur segar. Dengan daur lebar menghijau dan bunga segar dari pasu rumah tersayangg. Comel tau;) Dan aku apa lagi cepat cepat la popularkan bunga Carnation mummy ni yang sekuntum tu. Buat kenang kenangan.
Sebab masa mak beli tu, aku yang t0long temankan. Jadi aku tau pokok ni jarang berbunga. Jadi memang lama la  nak tengok bunga tu secantik hari tu. Warnanya boleh menarik si kumbang yang lalu lalang disekelilingnya. Aku sendiri terpegun dengan warna r0mantis tue.. tak pecaya tengok sendiri kecantikan munge ni ye uOols.. hati gadis ku cair buat seketika ;) Dan uoOls tengok sendiri ye. Rasa macam geram je. Itu belum munge mawar berduri ataupun ros segar mewangi lagi. Tapi kan kan kan.. puanpuan semua suka BUNGA. Tapi ada jugak yang alah.. itu memang ada. Pasti! ehee..

Sweetkan munge ni :) 
Aku cair bak aiskrim tengok munge merah Carnation mama ni..

Terasa seri wajah turun ke munge merah mekar ni :')

mmuahh ! sayang bunga Ciptaan tuhan ;)

Haa..itulah bunga yang baru sekuntum sihat desitu. Sebab lagi dua tiga debunga belum kembang. Tapi terkini* mak ada cakap bila aku tanya pasal bunga tu petang tadi. Mak cakap sekarang dah dua minggu, dah ada 2, 3 kuntum dah mekar. Mesti makin cantik bunga tue..eee asyiknya! Muka aku dah makin hilang seri dengan warna munge mama tu. Aku panggil bunga tu bunga merah Carnation mama sebab tu bunga kesayangan mak ;) Suatu hari nanti pun aku nak tanamkan perasaan atau hobi dengan menanam pok0k bunga banyak banyak di rumah. Hooyeh :D Kalau tanya sekarang, bukan aku tak minat tapi itula masa tak mengizinkan..hikSs. Munasabahkan alasan ^-^

Oklah malam ni banyak sangat asaimen kena siap siapkan. Tapi bila rindukan bloggie ni aku terasa nak hapdate apa yang aku hapload dalam FB pagi tadi.. sebab aku dah sukakan munge di taman laman pasu mummy.. munge tu unik la geng. Susah nak nampak ia berbunga. Kata orang, perempuan ibarat bunga. Durinya adalah perisai..dan madunya adalah maruah. Faham fahamilah karakter bunga yang memang sesuai dengan kita GadiS. Patutlah bunga dan wanita tak penah pisah.. dan jangan tak tahu yang lelaki pun ada yang minat pada bunga bungaan. Jadi bunga ni selalu menjadi penceria suasana tau =)
Selamat berbl0gging dan bl0gwalk ya. Psst petang tadi aku nebes sangat..nak tahu, baca entri aku seterusnya ok:) Aku heppi makin hari makin ramai yang menjadi pengikut bl0g Chitobebearchcholategoldish kesayangan nih. Syukur. Terima kasih kawan kawan.. aku amat hargainya. Alhamdulillah. Sama sama kita saling eratkan silaturrahim antara rakan maya ye. Akhirul kalam untuk entri kali ni.. aku SAYANG bunga. Bunga memang cantik. Jadilah ia hobi..mungkin itu hobi masa lapang aku kelak. Sekarang cuma dapat tengok bunga bunga mak yang menghijau dan mekar indah. Tetiba ingin masuk ke musim bunga luar negara..bl0ssom dan tulip ! Oh cantiknya...angan angan yang entah bila akan jejak kaki ke negara orang..Adios

2 comments:

  1. wow!!canteekkk bunga tu!!

    salm kenal
    jemput baca
    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/01/akhirnyarita-rudaini-berbaik-dengan.html

    ReplyDelete
  2. @ qasehraihan
    terima kasih ye
    bunga memang cantik ;)
    insyaAllah nnt sis kesana :D ;;)

    ^^

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi