Wednesday, 26 January 2011

Betapa BERHARGA Rasa Diri Jalankan Tanggungjawab Pertama Kali Mengundi di UniverSiti. Hari ini Dalam Sejarah ;)

Assalamualaikum. Hari ni kira macam hari ini dalam sejarah la sebabnya aku macam dapat satu pengalaman baru bila hidup life unibersiti.Yelah macam satu perasaan baru sebabnya hari ni hari rabu macam uoOls semua tau. Tapi hari ni dah macam Hari Pilihanraya Malaysia dah bila semua student U dok sibuk sibuk menjalankan tanggungjawab masing masing untuk mengundi! Oh best sangat kalau uoOls nak tau memang asyik! haha. 
Ok aku serius. Kelas aku pagi tadi pukul 10 pagi. Jadi mestilah lah gerak ke kelas dalam pukul 9 lebih cenggitu. Tapi disebabkan kerajinan yang terlebih pegi kelas agak awal hari ni dalam setengah jam macam tu. Lepas je keluar dari pintu pagar hostel..haah tetiba nak meriah Dewan Biru dengan student berbaju Kot hitam. Smart la kan.. ingatkan ada pertandingan syarahan ke pidato macam zaman sekolah dulu. Lepas tu barulah teringat yang inilah hari yang ditunggu tunggu oleh setiap calon MPP tahun ni. Sebab yang mantan ahli MPP tahun lepas dah letak jawatan. ngee :'D 

Awal awal seorang calon dah ajak masuk ke dewan untuk sesi mengundi yang bermula pukul 9 pagi sampai pukul 4 petang. Jadi disebabkan aku dengan membe gegas untuk ke kelas selling. Jadi dengan sopan kami tolak untuk undi di awal pagi. Mungkin lepas kelas. HikSs. Tapi kawan kawan aku tu agak pelik sebab bab bab mengundi langsung depa tak suka. Memang tak sekepala sikit aku dengan depa ni kadang kadang. Al maklumlah aku ni kan jiwa dewasa. Depa jiwa muda remaja trang tang tang:P Jadi tak jadi la mengundi tapi betul la ramai dok berkumpul mungkin dah habis kelas, depa dok beratur tunggu turn nak pangkah kot. macam tu perasaan aku bila lau di luar dewan. Kelas tadi pun simple sangat sebabnya hanya bincang kertas test. Dan aku down SANGAT sebab result dapat sikit dan sesuai sangat dengan usahaa aku yang tak seberapa waktu tu.

Aku redha. Walaupun aku down. Siapa tak down kalau memang dapat markah rendah dari kawan kawan yang lain. Tapi yang paling aku BENCI bila kawaan kawan macam erkk susah nak cakap. So aku rasa macam nak larik jauh jauh dari depa ja rasanya waktu tu.huhuk.Aku tabahkan hati.. tapi terdetik dalam hati jiwa raga..awatla aku tak pulun sangat tadi, Hampeh =.=' nangis tak berlagu pun tak dapat apa.. kesian carry mark aku nanti :( itulah kesilapan asyik leka dengan hiburan dunia sampai abaikan pelajaran. Jangan contohi aku yang selalu sangat gagal dalam hidup walaupun BERJAYA lahir ke dunia yang indah ni. Alhamdulillah.. tapi aku sangat bersyukur dengan apa yang aku terima. Mungkin ada hikmah. InsyaAllah akan buat terbaik dan berbekalkan ketabahan hati.. aku mesti BERTINDAK! aching!

Berbalik pada hari ni aku pes time mengundi. Best woo... tak susah mana pun seperti mengundi di pilihan raya yang kena pangkah (X) dan kemudian beratur siap kena bawak kad pengenalan. Lepas tu daftar dan kena pegi satu tempat untuk pangkah. Kemudian kena masukkan dalam tabung selepas dilipat. Wah memang agak rumit tapi itu la prosedur mengundi yang sebenar yang dijalankan di negara demokrasi Malaysia. Tapi bila kat Unibersiti aku tak tahu pulak yang cara mengundi dia amat berbeza. Tu yang orang Kedah kata "penqhak" tu. Ataupun jakun ataupun macam pelik tersangat sama je maksudnya. Tapi best.
Tak sampai 10 minit ke 5 minit pun selesai kalau orang tak ramai. Memang cepat sebab kami mengundi dalam komputer. Jadi cuma kelik kelik je la seramai 12 orang. Memang mudah.. dan aku dah pilih 6 orang dari 12 orang tersebut. Aku undi pada orang orang yang aku kenai ja. Kuikui. Adil la kan? :) tak kenal buat apa nak pilih kan.. tu konsep aku. Tapi sebelum tu diorang dah memang berkempen dan tampal poster serata kampus dah. Cuma aku je tak snap poster dan banner diorang sebab simple sangat. Hoho. Tapi janji nampak macam nak ada pilihanraya sudah kan? Alhamdulillah.. lepas je beli makanan atas sebab daapur dah tak ada. Terus gerak nak masuk hostel. Jadi lalu la dewan biru yang menjalankan proses pengundian calon. Jadi tak semena mena kenalah jalankan tanggungjaawab mengundi terus ke jalan benar.
YES ! aku dah mengundi. Best la mengundi di Unibersiti ;) pes time tu uoOls. Tak penah kot. Ingat payah sangat rupanya sekejap je. Yang bestnya mantap MPP pun turun padang memeriahkan suasana. Wah yang penting kereta yang diorang pandu tu.. fuh! superb mewah la. Jeles..dan tetiba teringin nak jadi GF diorang dalam angan angan. hikhik. Dan la hensemm..auww :"D sila jangan berangan la Dawia. Hemo hemo. Yang palinh aku teruja meh sini aku nak nyanyi sikit cemana liriknya yang pemes kalau time nak ngundi..
 Mari la mari..
..pegi mengundi..
Tunaikan kewajipan pada unibersiti
Sweetkan nyanyian tu yang berkumandang di hiler.. yang lucunya student student yang nyanyikan..mungkin rakaman kot. Macam happening je. Memang meriah kali ni. Dulu ada jugak sesi mengundi.. Tapi aku tak join. Rasa macam rugi je. Tapi mungkin semuanya dah tertulis. Jadi aku BANGGA jalankan tanggungjawab aku tadi. Heppi dan tersenyum lebar lebar. Akhirnya ni la pertama kali aku mengundi di unibersiti. Kad matrik itu dan ini. Memang best la :') Aku heppi sangat. Oklah dah catat sejarah dah.. walaupun dah lama jadi pelajar kat sini. Dan mudah mudahkan kalau ada peluang aku akan mengundi lagi selagi bergelar warganegara Uniselian dan Malaysian. HikSs.

Okieh nak blogwalking dah. Makin nak lewat malam tenet wifi makin laju lambat la sangat. Hoho. harap harap aku berjaya ziarah umah uoOls ek. Malam ni sangat heppi. Malah sangat sejuk dingin udara malam ni mungkin sebab nak hujan ataupun lepas hujan tadi. Hujan rahmat telah buat incik dear BF tak sihat. Moga cepat sembuh hb. harap harap dear faham apa yang aku maksudkan dalam mms tadi.. aucak :D bubye. See u again ok. Tata~~ Have anice day geng. Nak cepat cepat f0n mummy. Rindu :')

2 comments:

  1. mina dulukn...suke buat undi rosak...hahaha..jahatkan...

    mina siap hasut member2 lg tu...dh la kitorang bising2...benggang je org kt ctu....kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. akak dulu suka sangat p mengundi.haha ntah macamada kesoronokan plak. pastu dalam kotak tempat mngundi tu, selalu berangan jadi yb satu hari nnti.haha

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi