Monday 20 February 2012

Impian Bersiar Sebelum Habis Studi :')

Assalamualaikum. Tinggal beberapa hari saja lagi bulan Februari akan melabuhkan tirai untuk tahun 2012. Cepatnya masa. Pejam celik pejam celik wia pun dah semakin dekat dengan final exam. Tapi banyak lagi yang belum tercapai. cara nak atasi adalah mudah. Kena ada transport.. Ada sesiapa nak ajak wia jenjalan tak.?

Alahai bestnya kalau ada sekepala yang suka jalan jalan. Mesti tiap tiap minggu dapat jalan jalan. Syurga rasanya. Wia memang suka bersiar siar tempat cantik cantik. Harap dapat pi jejak kaki desini. Meh wia senarai pendek kan. Mana tahu yang sudi bawa wia bersiar siar. Maklum la suka bergambar tempat cantik cantik ! Entah kenapa..Minat mungkin#

Taman Botani, Putrajaya.
One Utama, Damansara.
Pavilion , KL
Genting Highland.
Broga Hill.
Up town.
The Curve.
KLCC
Mines
Bukit Tinggi

Banyak lagi sebenarnya sayang sayangs. Cukup memadai dapat merasa pegi sana sekali. Wia memang suka berjalan jalan. Bukan nak perabihkan duit. Sekadar nak bergambar desana. Alahai kepingin sangat hati ini.. Cukup area Kuala Lumpur wia senaraikan. Yang jauh tu masa kerja nanti pun boleh pi.. Hikss.

Bukit Tinggi :)
Insha Allah kalau ada rezeki, pasti dapat pi. Amin. Kalau ada kenderaan sendiri. Lagi best! Kata orang tak baik bermain berkataan kalau. sebab ibarat tanda tak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Ni cuma impian wia sebelum balik ke Kedah, habis belajar nanti.

Sesiapa yang baik hati nak ajak wia bersiar siar tempat ni, komen la di entri ye. Boeh hang out sesama. Kenangan terindah kan. Dapat rehat dan santaikan minda. Member wia yang lain ada. Cuma depa kurang bersiar siar atas sebab tertentu. --"

Bagi wia, sekadar jenjalan bersiar siar. Tak banyak duityang keluar. Pendapat masing masing. Wai doakan moga dapat jejakkan kaki ke tempat tempat yang femes seperti di atas. Sekadar ingin tengok sendiri dan create satu moment indah desana bersama beberapa keping gambar buat kenangan.

Semangat wia ni kan.? :) Tak apalah kalau tak ada rezeki tak dapat pi salah satu tempat di atas. Yang penting, dapat merasa. Allah permudahkan jalan. Insha Allah, semuanya tak akan jadi mustahil. Siapa yang suka bersiar siar tempat cantik, jangan lupa ajak wia ek..Hehe. Selamat Berblogging !

4 comments:

  1. jom sis.. boleh je bawak, tp sis kena support sy laa.. hehee! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul ke ni ;)
      beshnya..Hehe

      support.kalau bab gula2 boleh je
      :)

      Delete
  2. wia study mn? Tmn Botani dgn Mines tu biasela i pergi sbb dkt. Uptown tu uptown DANAU KOTA ke? Setakat Downtown Mines or Velodome tu biasela pegi.. Klu dekat, bolehla next time ajak Wia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unisel shah alam :)

      yeke..bestnya !
      nnt hang out sesama tau.
      Jgn lupa ajak..hehe

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi