Tuesday 3 April 2012

Tabahkan Hati KAMI dengan Ujian MU...

Assalamualaikum. Hari ni wia rasa lesu dan bermalasan sangat. Memang buku dan nota hanya di belek waktu pagi tadi saja.. Yang lain nya banyak terbaring atas tilam yang empuk tak empuk -____- Ok jujurnya wia tak sihat hari ni. Sakit yang diperoleh dari Allah tanda DIA sayang hambanya.


Nak dijadikan cerita, si dear juga sakit dan tak berapa sihat hari ni. Moga KAMI berdua tabah dengan dugaan Mu Ya Allah. Yang penting sabar dan hadapi dengan tenang. Wia doakan weouls cepat cepat sembuh. Memang lemah satu badan. Sakit tu menucuk nucuk dan sangat tak selesa.



Bagaikan sukar nak buat apa apa, memang hari ni rasa letih yang berpanjangan. Malu dekat roomate. Nasib dia faham. Kondisi wia sekarang masih tak okey. Masih gagah duduk depan lappy dan menaip sambil tahan sakit. Sakit apa? Biarlah ia ternoktah dekat situ. Dan buat si dear.. banyakk kan berehat ye. Insha Allah esok kita sama sama sihat. Amin.


Dugaan menjadi hambaNya. Kesakitan memang paling tak suka. Tapi usah lah mengeluh. #Peringatan untuk diri sendiri juga. Terima dengan hati ikhlas. Insha Allah.. Akan cepat sembuh. Ya, hari ni wia sakit. Sukar nak buat kerja apapun. Semuanya digagahkan untuk teruskan kehidupan seharian seperti makan dan minum.


Walhal diri sangat letih dan tak bermaya. Ditambah dengan menahan sakit. Jarang wia menaip entri tak sihat. Sekali sekala menaip pasal ni, rasanya tak ada salahnya. Bila menaip, rasa sakit ni hilang sekejap. Harap terus hilang. Mungkin jangan terlalu fokus pada sakit dan setkan diri untuk berasa terlalu sakit adalah salah satu cara phisikologi yang terbaik.


Masih rasa sakit membelenggu diri. Rasanya wia perlukan rehat yang panjang.. Teruskan berblogging ye semua. Terima kasih kerana sudi ziarah dan tinggalkan jejak. Nanti sihat wia balas jejak laju laju ye. Alhamdulillah, wia dah downgrade semula pakej broadband. Tak tahu apa akan terjadi lepas ni.. Slow lagi dan lagi. #Mungkin. Doakan kesembuhan kami.. Amin.

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi