Sunday 23 January 2011

Heppy 2nd AnniverSary Enggagement Ring ;)

Salam hujung minggu semua :) pagi  ni aku bahagia. Sebab dapat rehat puas puas waktu cuti. Pada yang tak bercuti. Sila jangan jeles ye :P Sebenarnya aku rasa terkilan sikit sebab terlepas taip entri pasal hal penting ni. Dah buat alert. Tapi disebabkan badan tak sihat dan kelas yang banyak. aku terabai sekejap dan akhirnya aku biarkan hari berlalu selama 2 hari. Oh tak sangkanya (!) Ok sebenarnya dah genap dua tahun aku dan si dear bertunang masa 21 Januari yang lepas. Tersarung cincin kali yang kedua tahun Rasa bahagia sangat. Serius tak tipu. Alhamdulillah.. cincin ini masih di jari manis tangan kananku. ;)
Tetap shining walaupun tak seGAH dulu. Maksudnya dulu sangatlah berkilat bersinar sinar tapi dah masuk dua tahun ni, cincin tu agak menyusut dan kadang kadang membesar di jari ni. Betul kata orang, cincin kesayangan perlu dijaga baik baik walaupun kita selalu pakai setiap hari. Oh aku tak berapa pandai. Tapi nasib tiga batu dia masih kekal molek sehingga ke hari ni walaupun struktur dia macam dah lari dari asal. Ada senget sikit sikit. HikSs. Tuan dia lasak sangat. Tak tahu la.. main belasah je semua. Maklumlah dah ada orang cakap kena pakai selalu walau kemana pun pegi. jadi aku ikutkan je. lagipun kalau tak pakai memang rasa lain. Betul.. rasa macam tak lengkap ataupun rasa macam ada tertinggal sesuatu barang yang berharga. Dan memang berharga pun :'D
Okiehlah dah dua tahun aku bersama cincin ini.. dan aku diamanahkan menjaga ia supaya tidak hilang kerana itu lah satu satunya tanda pertunangan aku dan incik dear ;) Kalau hilang tiada gantinya. Sebab Kedai emas itu sendiri dah ditutup kata incik dear. Fuhh (!) punya cepat kedai tu tutup walaupun baru dua tahun. Tapi dalam setahun..ataupun sebulan macaam macam boleh berlaku, inikan pulak dua tahun kan? wallahualam. Harap harap aku boleh jaga 'hati' ini baik baik. Dan macam entri aku tahun lepas pun. aku masih tak tahu apa maknaa dear berikan tiga batu dicincin terukir indah. Katanya ada maksud sendiri.. sangat romantis incik dear ;)
Heppy 2nd Year AnniverSary Enggagement :)
Alhamdulillah genap dua tahun 21012011 :')

Tersarung di jari manis terasa bangga. Alhamdulillah. Aku akan jaga sebaik mungkin walupun dah 3 kali kes kehilangan jumpa kembali berlaku. Naik gedebuk gedebak dada berkocak. tapi alhamdulillah, jumpa balik. Mungkin sebab jodoh aku dengan cincin ni masih panjang. Syukur. Dan kalau uoOls nak tahu aku tak suka simpan dalam kotak merah baldu tu. Dan selepas pakai mesti aku letak dekat merata tempat lepa tu mesti tak ingat. Memang salah kan? :) Oklah kotak tu pun dah uzur kalau asyik buka tutup buka tutup. Jadi nak selamat aku guna chemistry je cari cincin kesayangan dan harta aku satu satunya dari incik dear sayangg:)
Malam tadi bahagia sangat. Entah kenapa aku sendiri tak pasti. Dan hari ni aku taip entri terlambat dua hari. Huh sungguh aku rasa terkilan. Tapi yang pasti dah dua tahun kami bertunang... So sweet (!) Doakan kami ye :$ Aku bersyukur sangat apa yang dikurniakan pada aku dan sekarang aku cuma menghargai apa yang menjadi milikku ;) senyum lebar. Dan ceria ceria selalu di hujung minggu ye (: Bl0gwalk selalu dan aku akan usahakan melawat dan buat contest yang rakan maya baik hati tag aku :) insyaAllah ye :'D buibui.

2 comments:

  1. Anonymous12:44 pm

    semoga berkekalan kasih sayang hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  2. Amin ya rabbal alamin :)
    terima kasih ye ;;) ;))

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi