Wednesday 14 March 2012

Al-Kisah Domino Pizza....

Assalamualaikum . Boleh buat entri makanan makan pagi ni. Wia sebenarnya banyak koleksi makanan. Hee.. Cuma belum sempat terhapdate saja lagi. Kadang kadang tak sesuai dengan mood macam mana nak menaip. Tak gittu.? Mood pagi ni sejuk redupp tanda panas malu nak keluar.


Ayat pun dah manis manis keluar, sebab hati dah ceria. Kadang kadang ayat berpuitis sebab sejak dua menjak ni minat membaca novel datang lagi :P Kan hari tu ada membeli belah buku dengan baucar. Sebab tu laju laju baca novel yang jadi pilihan supaya tak membazir beli, tapi tak membaca. tak ada faedah juga kan.? :)


Ok berbalik kepada entri makanan. Sebenarnya dua tiga hari lepas rumah sewa wia didatangi seorang kakak yang wia kira mungkin mai dari Domino's Pizza area Klang katanya. Nak bagi kupon free. Gurpl!  Wia kalau menda free cepat laju laju terbeliak mata, buka telinga besar besar. Walaupun dah tahu, mana ada menda yang free dalam dunia ni..


Sebab berminat, kena la baayar RM20 untuk dapatkan kad tu :') Disebabkan member serumah yang lain tak mau join, wia guna laa sensorang. Untuk juga uoOls. Sebab leh dapat free pizza dengan harga RM20. Chopss ! Tapi ada jug masalahnya. Iaitu, kupon baucar tu hanya valid untuk "take out".. Ciss :P


Kesimpulannya sekarang, wia memang tak penah makan Domino Pizza.. Teringin nak cuba makan tu 100% tinggi melambung. Dengar kata pulak yang Domino Pizza ni lagi sedap dari Pizza Hut. Itu tak tahu laa.. Sebab wia sendiri belum cuba. Dah cuba baru la leh bagitau kan.? Jadi permasalahannnya. Meh wia nak senaraikan..

  1. Wia tak ada kenderaan untuk ambik Domino pizza PERCUMA kat Shah Alam guna baucar ni..
  2. Ada kaedah kedua, yang boleh delivery, tapi kena juga order pakej lain yang disediakan Domino. Wia tak nak sebab wia nak grab yang percuma bukan tambah beban.
  3. Kalau wia nak pi ambik, dengan siapa wia nak minta tolong.?
  4. Kalau boleh tak mau menyusahkan orang. Bila delivery boleh juga dipertimbangkan. Tapi, ada tapinya nanti tak termampu nak makan sorang. Erkk -___- Susah jugak tu.

Problem, Problem. Fiuhhh..

Ini nak kupon baucar nya :)

Senarai menu pun boleh pilih , nampak sedap semuanya :')

View dekat sikit. Snap bukan guna kamera DSLR.
Tengok kupon baucar dan menu dah tertarik. Nak dapatkan pulak payah bebenor. Huhu. Insha Allah kalau ada rezeki tak kemana kan.? Nanti bila wia dah dapat beli, wia storikan dalam blog ek. Tetiba mood nak baca novel datang lagi :D Jom membaca..

Sebelum tu, wia nak jalan jalan blog, ziarah member yang lain. Nampak wia cam free kan.? Padahal tak.. Ada satu presentation lagi, bersama sama satu business plan yang harus diselesaikan sebelum melangkah ke final exam. Doakan wia :') Siapa yang sudi bawa wia makan domino Pizza, wia belanja makan Pizza free :)

3 comments:

  1. saya sangat lapar sekarang ini .
    dan saya nampak domino pizza .hahahha xD
    nak !!

    ReplyDelete
  2. jemput baca dan komen karya AA :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi