Wednesday, 28 March 2012

Paper Kedua diPermudahkan :]

Assalamualaikum...Selesai juga paper kedua wia untuk semester ni. Heppi hanya Allah yang tahu. Maka dengan ini dapat la wia berehat agak lama sementara menanti paper terakhir dengan gap yang agak jauh. Suka suka (^___^) v.. ahha tengok siap buat peace tanda aman kecil yang wia boleh berjauhan sat dengan buku bagi merehatkan minda kerana dua paper yang dekat ni.


Yang lepas, wia dah usaha, dan sekarang wia hanya mampu bertawakal. Ada rezeki leh dapat A+.. Amin, mudah mudahan dimakbulkan. Boleh la naik pointer kan.? Lepas ni paper Research Method. Seminggu lebih dari sekarang.. Lama juga kan.? Boleh la jalan jalan blog cuci mata. Hikss. Rindu nak blogvespaking dan baca entri kengkawan alam maya.

Selesai paper kedua ;)


Sehari tak online rasa dah banyak benda yang wia tak tahu. Desini nampak pentingnya internet, IT kan.? Dunia sekarang semuanya pantas hanya di hujung jari. Kiranya dah semakin dekat wia dengan paper terakhir, makan semakin dekat wia nak tinggalkan SHAH ALAM.. Sedih pulak :'(


Walaupun ada pahit getirnya berjauhan dengan famili, disamping hidup di rumah sewa macam sekarang, tapi tetap ada manisnya. Alahai.. itu yang wia tak sanggup nak hadapi bila nak balik Kedah. Lepas tu dah tak payah mai sini lagi. Itu best tapi yang tak best pasti wia merindu udara dan bumi kat Shah Alam ni. Sobs sobs.

Bakal berubah...




Tetiba tadi wia on9 dan terlihat dekat dashboard yang macam ni dekat lappy. Tak sabar nak menaip untuk sesuatu yang penting ^______^ v  Tapi wia continue esok pagi la. Wahh tak sangka blogspot dah upgrade. Macam mana la rupanya, April nanti kan.. Tunggu dan lihat. ;) Selamat malam semua. Terima kasih, rasanya malam ni malam yang paling indah buat wia :') Terharu dan semua rasa ada. Apapun wia akan cerita esok.  Stay Tuned.... Dalam diam hati berbunga gembira..

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi