Saturday 31 March 2012

Suka lah, Cantik Ciptaan Allah :')

Assalamualaikum. Bunga.? Siapa tak suka kan.? Orang yang alah dengan bunga, mungkin tak suka. Wia pulak dah jatuh cinta pada bunga hidup. Sinonim la kan, perempuan dengan bunga. Ada juga perempuan yang tak suka bunga. Kan kan.? Bagi wia, bunga memang minat sangat dan suka super duper milion lemon.


Banyak dah bergambar dengan bunga. Sampaikan ada member fesbuk yang cakap yang wia suka bunga tak habis habis. Sebab gambar profil banyak dengan bunga. Kebenarannya, YUP memang wia suka pun # Senyum.


Hadiah sejambak bunga segar tempoh hari, wia simpan dalam satu bekas berisi air. Walaupun bekas tu tak cantik dan tak berkaca mahupun dalam kristal. Bagi wia, bunga ni harus disegarkan untuk elak cepat layu. Satu panadol soluble dimasukkan dalam bekas air tadi. Dan 5 kuntum bunga kesayangan sempena hadiah bufday wia tempoh hari, wia masukkan termasuk dengan tangkai.. Cantik jaa dalam bekas tu.



Penyeri dalam bilik wia pulak rasanya. Memang bunga boleh menceriakan mood dan suasana tampak romantis. Suka suka ;) Member sebilik pun kalau nak lalu bilik wia mesti rasa nak masuk dan bau bunga mawar segar merah dan putih. Sayanggnya masa mula mula jaa bau nya asli dan semualajadi. Masuk hari kedua, baunya dah makin hilang. Sedihh.


Tapi hari ni dah masuk hari ke-4, sekuntum bunga mawar merah masih ada bau kekal semulajadi. Suka sangat. walaupun dah makin nak layu.. Alahai sayangg nak tengok bunga mawar wia mengecut dan mati. Lumrahkan.? Sebab tu rasanya lepas ni wia kena simpan dengan baik supaya masa bunga dan daun nak layu, wia masih dapat bunga yang tak terlerai daun dan bunga dari tangkai.

Cantiknyaa.. (^_____^)


Caranya mudah, hanya perlu letakkan setempat dalam satu plastik, seakan masa mula beli kemudian terbalikkan dia.. Insha Allah bunga layu tapi daun dan kelopaknya tak akan gugur. Ni yang tak sabar nak buat. Wia nak simpan buat kenangan. Kalau boleh framekan memang nak sangat. Hikss.

Bunga wia dapat..makin menunduk ikut graviti dan semakin layu..

Suka bunga hidup.? Ada sesiapa nak hadiah kan lagi :) Ok selamat berblogging uoOls. Wia sebenarnya nak layan cerita Korea pulakss. Terima kasih yang datang bertandang ke blog picisan wia. Selamat berhujung minggu :'D Insha Allah nanti wia balas jejak uoOls ye.

4 comments:

  1. cantik dan bermakna..

    ReplyDelete
  2. boleh tahu apa function letak panadol ye ?

    ReplyDelete
  3. boleh tahu apa fungsi letak panadol ye ?

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi